Tuesday 28 January 2014

Samarahan venue Kejohanan Bola Sepak Piala Mamee 1Malaysia ...

Samarahan venue Kejohanan <b>Bola Sepak</b> Piala Mamee 1Malaysia <b>...</b>


Samarahan venue Kejohanan <b>Bola Sepak</b> Piala Mamee 1Malaysia <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2014 08:13 AM PST

KUCHING: Samarahan dipi­lih selaku venue Kejohanan Bola Sepak Piala Mamee 1Malaysia Zon Malaysia Timur yang berakhir di UNI­MAS, Kota Samarahan se­malam.

Kejohanan itu dianjur­kan oleh Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) dengan kerjasama Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd dan Manchester United.

Kejohanan yang juga merupakan program pem­bangunan bola sepak ne­gara itu dibahagi kepada zon Timur, Selatan, Tengah, Utara dan Malaysia Timur.

Ahli Majlis Penasihat YR1M Sarawak, Irwan Zulkarnain Hasbie berkata hanya pe­main yang berumur bawah 19 tahun dan belum pernah mewakili negeri layak meny­ertai kejohanan tersebut.

"Kita mahu memberi pel­uang kepada pemain remaja merasai kejohanan ini. Ia pastinya menjadikan ia se­makin menarik," katanya pada sidang media semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YR1M, Ung Su Ling pula berkata tujuan utama kejohanan tersebut adalah bukan sekadar mencungkil bakat baharu tetapi membina sahsiah diri dan kepimpinan remaja di negara ini.

Beliau turut gembira den­gan kejayaan penganjuran kejohanan tersebut di sini sambil berharap ia akan men­jadi acara tahunan.

"Ini merupakan kali per­tama YR1M menganjurkan kejohanan besar seperti ini dan kami mahu merakamkan penghargaan kepada pihak penaja yang telah banyak menghulurkan bantuan serta sokongan.

"Apa yang paling penting kejohanan ini dapat menger­atkan hubungan antara kes­emua pemain yang berasal dari negeri-negeri lain," katanya.

YR1M ditubuhkan pada 11 Januari 2013 dan ia merupa­kan badan kebajikan yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia mela­lui program sukan dan pen­didikan.

Ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Mengangkat Martabat <b>Bola Sepak Malaysia</b> (Bahagian 1) - Nik Nazmi

Posted: 22 Jan 2014 08:05 PM PST

Tahun ini sekali lagi tahun Piala Dunia. Edisi 2014 akan berlangsung di negara yang memenangi paling banyak Piala Dunia dalam sejarah, Brazil. Ini kali kedua Piala Dunia berlangsung di negara Amerika Latin tersebut. Justeru bagi peminat bola sepak seluruh dunia, tahun ini satu lagi tahun yang mengasyikkan, meskipun bagi kita di Malaysia, ini akan bermakna berjaga malam dan bangun awal pagi kerana perbezaan masa. Di Dun saya ada sebuah restoran yang cukup terkenal di kalangan kaki bola (terutamanya penyokong Liverpool seperti saya) iaitu D'Stall Corner Kelana Jaya.

Namun, meskipun bola sepak adalah sukan paling terkenal di negara kita, mutu bola sepak kini amatlah mendukacitakan.

Untuk berlaku adil, ada petanda positif, yang telah menyebabkan meningkatnya minat penyokong selepas skandal rasuah dan keluarnya Singapura daripada liga pada pertengahan tahun 1990-an. Pada 2009, pasukan bawah 23 tahun kita, Harimau Muda, meraih pingat emas Sukan Sea selepas Thailand mendominasi begitu lama dan berjaya mempertahankan kemenangan ini dua tahun kemudian. Pada 2010, pasukan senior, Harimau Malaya, memenangi Piala AFF Suzuki. Malangnya, kita telah kehilangan kedua-dua gelaran.

Lebih menyedihkan lagi, kita hanya boleh bermimpi untuk menjadi juara Asia Tenggara, bukannya bersaing di peringkat tertinggi di dunia atau sekurang-kurangnya Asia. Ini bukannya perkara baharu, kita pernah layak ke peringkat Olimpik dua kali dan menjadi kuasa bola sepak Asia pada zaman kegemilangan dekad 1970an dan 1980-an. Pada 1999, FAM umum reformasi besar-besaran dengan sasaran Malaysia layak ke Piala Dunia menjelang 2014!

Pun begitu, kini 2014 sudah pun tiba dan selain kejayaan-kejayaan kecil tersebut, ternyata Malaysia jauh sekali untuk layak ke Piala Dunia. Dalam ranking Fifa yang terbaharu, kita berada di tangga ke-154 di dunia. Di Asia Tenggara kita berada di bawah Filipina (127), Myanmar (130), Vietnam (144), Thailand (146), Singapura (150) dan Laos (152)! Tidak seperti negara kita, bola sepak bukannya sukan utama di Filipina. Prestasi kita di kejohanan-kejohanan serantau menggambarkan kita sekurang-kurangnya berada dalam kalangan empat negara terbaik di rantau ini, bukannya ke tujuh, tetapi ini adalah kerana kekurangan perlawanan A yang diiktiraf oleh Fifa.

Meskipun Piala Malaysia merupakan kejohanan piala kebangsaan yang tertua di Asia, Liga Super Malaysia kini bergred D dan berada di tangga ke-18 di benua ini. Justeru, pasukan-pasukan tempatan kita tidak layak ke kejohanan elit Liga Juara-Juara Asia. Liga-liga tempatan Thailand, Singapura dan Vietnam semuanya tersenarai di atas Liga Super Malaysia. Singapura, sebagaimana ramai di antara kita maklum, hanya memulakan Liga S mereka pada 1996 selepas mereka keluar daripada liga tempatan kita. Namun kini hanya Harimau Muda B (pasukan kita yang bermain di Liga S) boleh layak menerusi play off ke Liga Juara-Juara Asia, sementara pasukan yang bermain di Liga Super Malaysia tidak boleh berbuat demikian. Pasukan-pasukan tempatan kita hanya boleh layak ke kejohanan Piala AFC – untuk negara-negara bola sepak yang masih 'membangun'.

Ranking-ranking ini penting. Bagi sebarang pemerhati luar, inilah gambaran pertama bagi mereka menilai bola sepak negara. Bagi satu contoh yang lebih jelas, kita tidak boleh mengambil kesempatan terhadap dua kelab Britain yang dimiliki rakyat Malaysia – Cardiff City FC dan Queens Park Rangers – kerana sukar bagi sebarang pemain dari negara yang berada di bawah ranking 70 teratas Fifa untuk mendapat permit pekerjaan. Itulah hakikatnya ketika timbul cakap-cakap bahawa bintang-bintang negara seperti Safee Sali dan Safiq Rahim akan ke kelab-kelab tersebut.

Maka, ke mana kita sekarang? Selepas kontrak K Rajagopal tamat tahun lepas, timbul cadangan untuk melantik jurulatih tersohor Perancis Philippe Troussier – yang mempunyai pengalaman luas melatih Jepun, Afrika Selatan dan Nigeria – untuk melatih Harimau Malaya. Troussier walau bagaimanapun dikatakan meminta gaji sehingga RM400,000 sebulan. Hakikatnya, dengan keadaan bola sepak kita pada hari ini, penyelesaian segera, tidak kira betapa mahal, tidak akan berhasil.

Dalam bahagian seterusnya, saya akan melihat bagaimana kita boleh mengangkat martabat bola sepak negara. Antara contoh utama saya ialah sebuah negara yang mana bola sepak masih bersaing dengan besbol dan paling penting sekali hanya menjadi kuasa bola sepak pada tahun 1990an, Jepun. Sebelum itu mereka ketinggalan berbanding kita, malah mereka melawat Malaysia untuk mempelajari bagaimana untuk membangunkan sukan ini! Mereka memperkenalkan pelan 100 tahun untuk bola sepak mereka. Namun begitu, biarpun baharu dua dekad berlalu, mutu bola sepak mereka telah meningkat dengan drastik dan mereka telah meletak sasaran memenangi Piala Dunia pada 2050, baharu melebihi separuh tempoh pelan 100 tahun mereka.

Harus kita ingat, Malaysia boleh!

Wednesday 22 January 2014

LIVE: Sukan SEA Bolasepak Malaysia vs Brunei | Warta Rakyat

LIVE: Sukan SEA <b>Bolasepak Malaysia</b> vs Brunei | Warta Rakyat


LIVE: Sukan SEA <b>Bolasepak Malaysia</b> vs Brunei | Warta Rakyat

Posted: 10 Dec 2013 02:01 AM PST

Added by on December 10, 2013

31,003 total views, 5 views today

Saturday 18 January 2014

12 pasukan berentap saingan bola sepak KRT di Sarikei ...

12 pasukan berentap saingan <b>bola sepak</b> KRT di Sarikei <b>...</b>


12 pasukan berentap saingan <b>bola sepak</b> KRT di Sarikei <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2013 07:21 AM PST

SARIKEI: Sebanyak 12 pasukan bakal berentap memburu gelaran juara merebut Piala Perpaduaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sarikei pada kejohanan bola sepak sembilan sebelah.

Pasukan bertanding dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan A ialah KRT Jalan Haji Karim, KRT Jalan Abdul Rahman, Rukun Tetangga (RT) Sarikei dan KRT Kerubong Ilie.

Kumpulan B ialah KRT Taman Susur Jambu Timur, CIM, RASCOM FC dan Real Meradong, manakala Kumpulan C pula KRT Taman Susur Jambu Barat, RELA FC, SAFRA dan Pelados FC.

Pengarah Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Sarawak, Dirwana Azool berkata kejohanan itu merupakan julung kali dianjurkan melibatkan kerjasama pihak KRT.

"Pihak berbangga kerana penganjuran sulung ini, jumlah penyertaan pasukan menyertainya amat memberangsangkan.

"Kita berharap aktiviti serupa dapat dijadikan sebagai acara tahunan KRT bersama pihak JPNIN.

"Bagi menyokong usaha ini, kita menyedia peruntukan RM5,000 bagi menampung pihak KRT untuk mengelolakan program serupa pada tahun akan datang," jelas Dirwana.

Sementara Pengerusi KRT Jalan Haji Karim, Husin Ghani berkata, pihaknya amat gembira kerana diberi peluang dan kepercayaan mengelolakan aktiviti itu.

"Apatah lagi, pada kali ini JPNIN memberi amanah dan kepercayaan kepada Sarikei tuan rumah bagi mengadakan pertandingan ini.

"Melalui peluang ini, kita merakamkan terima kasih kepada 17 KRT di kawasan ini atas kerjasama dan sumbangan diberikan dalam menjayakan aktiviti ini," katanya.

Johan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500, piala dan pingat dan naib johan dengan hadiah RM300 berserta piala dan pingat.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Wednesday 15 January 2014

Sukan Malaysia dan Antarabangsa: Bola Sepak : Jadual ...

Sukan <b>Malaysia</b> dan Antarabangsa: <b>Bola Sepak</b> : Jadual <b>...</b>


Sukan <b>Malaysia</b> dan Antarabangsa: <b>Bola Sepak</b> : Jadual <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2014 06:11 AM PST

Liga Premier 2014 akan memulakan saingannya pada 24 Januari 2014 (Jumaat) di mana saingan musim ini melibatkan 12 pasukan. 2 pasukan teratas akan bersaing dalam Liga Super 2015 di mana diberitakan bahawa Liga Malaysia 2015 akan diswastakan bagi menambah kemantapan Liga Bola Sepak Malaysia. Antara pasukan-pasukan pilihan yang dijangka memberikan saingan merebut 2 tempat ke Liga Super 2014 ialah Felda United, Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, Perlis dan PDRM FA. Namun begitu saingan pasukan lain seperti UiTM FC, DRB Hicom FC, PBAPP FC dan SPA FC tidak boleh dipandang mudah oleh pasukan lain.

Pada pandangan Bual Sukan, saingan Liga Premier 2014 dijangka menarik dengan kemasukan pemain import berkualiti dan pemain-pemain tempatan terbaik bagi pasukan masing-masing. Berikut adalah jadual perlawanan Liga Premier 2014 akan datang :

24/01/2014 (Jumaat)

Felda United FC lwn PBAPP FC

Negeri Sembilan lwn DRB Hicom FC

Kedah lwn Perlis

SPA FC lwn UiTM FC

Johor Darul Takzim II lwn PDRM FA

Pulau Pinang lwn Sabah

27/01/2014 (Isnin)

PBAPP FC lwn Negeri Sembilan

PDRM FA lwn Pulau Pinang

UiTM FC lwn Johor Darul Takzim II 

Perlis lwn SPA FC

DRB Hicom FC lwn Kedah

Sabah lwn Felda United FC

Tuesday 14 January 2014

Malaysia braced for austerity challenge - The Borneo Post Online

<b>Malaysia</b> braced for austerity challenge - The Borneo Post Online


<b>Malaysia</b> braced for austerity challenge - The Borneo Post Online

Posted: 11 Jan 2014 08:12 AM PST

KOTA SAMARAHAN: Axis FC menjulang nama Sarawak setelah menjulang juara Ke­johanan Bola Sepak Piala Mamee 1Malaysia Zon Malay­sia Timur dengan menewaskan Daerah Tawau 1-0 di Stadium UNIMAS, di sini semalam.

Gol Axis dijaringkan oleh Augustine Panjang menerusi tandukan cantik pada minit ke-10.

Tawau cuba bangkit dari ketinggalan namun barisan pertahanan Axis kental men­gawal gol mereka daripada dibolosi hingga tamat masa perlawanan.

Kemenangan itu memas­tikan Axis menggondol hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi dan pingat. Manakala Tawau berpuas hati dengan hadiah RM3,000.

Tunas Asas Bola Sepak Safa Kota Kinabalu yang men­duduki tempat ketiga meraih RM2,000 manakala Team Kickalob K2015 membawa pulang RM1,000 di tempat keempat.

Pengurus Pasukan Axis, Iswandi Ali Hassan melu­ahkan rasa gembira dan sy­ukur dengan kejayaan anak-anak buahnya itu.

"Sasaran awal kita adalah untuk menduduki dua tempat teratas bagi membolehkan kita layak ke perlawanan akhir di Kuala Lumpur.

"Ini adalah bonus buat Axis dan tahniah kepada semua pemain serta barisan jurulatih yang telah berkerja keras memastikan Sarawak muncul johan," katanya semalam.

Menurut Iswandi, pasukan itu merupakan gabungan pemain dari akademi bola sepak Axis dan Sekolah Sukan Tabuan Jaya.

Selaku johan dan naib johan, Axis dan Tawau akan mewaki­li Zon Malaysia Timur ke per­lawanan akhir bagi merebut hadiah lumayan berjumlah RM15,000 pada 22 Februari depan di Kuala Lumpur.

Sebanyak 16 pasukan meny­ertai kejohanan yang berlang­sung selama lima hari.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Yayasan Rakyat 1Malay­sia (YR1M) dengan kerjasama Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd dan Manchester United.

Sarawak diwakili enam pasukan manakala Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing menghantar lima pasukan.

Menteri Muda Pembangu­nan Belia, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyam­paikan hadiah kepada para pemenang.

Turut hadir Presiden Per­satuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Haidel Heli dan Naib Presiden Per­satuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Razali Dolhan dan Ahli Majlis Penasihat YR1M Sarawak, Irwan Zulkarnain Hasbie.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Monday 13 January 2014

Sukan Malaysia dan Antarabangsa: Bola Sepak : Jadual ...

Sukan <b>Malaysia</b> dan Antarabangsa: <b>Bola Sepak</b> : Jadual <b>...</b>


Sukan <b>Malaysia</b> dan Antarabangsa: <b>Bola Sepak</b> : Jadual <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2014 09:14 AM PST

Sepak mula Liga Malaysia 2014 akan bermula pada 17 Januari 2014 melibatkan pertembungan merebut Piala Sultan Hj. Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih antara Singapore Lions XII bertemu Pahang. Perlawanan ini selain merebut kejuaraan pertama musim ini turut menawarkan mata dalam Liga Super 2014. 5 lagi perlawanan akan dilangsungkan pada 18 Januari 2014. Saingan Liga Super 2014 pastinya sangat menarik apatah lagi kebanyakan pasukan membuat perbelanjaan memantapkan pasukan selain persiapan rapi memilih pemain import dan pemain tempatan berkualiti untuk musim 2014.

Pada pandangan Bula Sukan, pasukan juara bertahan Liga Super 2013, Singapore Lions XII pastinya akan berusaha untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi mereka tahun lalu. Namun begitu, jika dilihat serta diamati pasukan berbelanja besar musim ini, Johor Darul Takzim FC pastinya menjadi pilihan ramai kerana mempunyai barisan pemain tempatan dan import yang terbaik. Saingan pasukan lain seperti Selangor, Kelantan, ATM FA, Pahang dan pasukan-pasukan lain juga tidak harus dipandang mudah kerana setiap pasukan berpeluang mencabar kejuaraan Liga Super 2014 akan datang. Berikut adalah jadual perlawanan Liga Super 2014 akan datang bagi bulan Januari :



17 Januari 2014 (Jumaat)

Pahang lwn Singapore Lions XII

18 Januari 2014 (Sabtu)

Selangor lwn T-Team

Terengganu lwn PKNS FC

Johor Darul Takzim FC lwn Perak

Kelantan lwn Sime Darby FC

ATM FA lwn Sarawak

25 Januari 2014 (Sabtu)

PKNS FC lwn ATM FA

Singapore Lions XII lwn Selangor

Sarawak lwn Kelantan

T-Team lwn Johor Darul Takzim FC

Sime Darby FC lwn Pahang

Perak lwn Terengganu

28 Januari 2014 (Selasa)
Johor Darul Takzim FC lwn Singapore Lions XII
Terengganu lwn T-Team
Kelantan lwn PKNS FC
ATM FA lwn Perak
Selangor lwn Pahang 
Sarawak lwn Sime Darby FC 

<b>Bola Sepak Malaysia</b> Perlu Lebih Daripada Jurulatih Berprestij <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2014 04:45 PM PST

Saya merujuk kepada beberapa laporan bahawa FAM sedang mempertimbangkan khidmat bekas jurulatih kebangsaan Jepun, Afrika Selatan dan Nigeria, Philippe Troussier untuk menggantikan K. Rajagopal sebagai jurulatih Harimau Malaya. Selain itu juga ada laporan yang menyebut Zdenek Zeman (bekas jurulatih Roma, Itali), Bob Houghton dari England, Rudi Voeller dari Jerman dan bekas jurulatih Singapura Radojko Avramovic sebagai calon kerusi panas tersebut.

Sumber-sumber menyebut Troussier meminta lebih RM400,000 sebulan atau RM4 juta setahun untuk memberikan khidmatnya.

Sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, bagi mengangkat martabat bola sepak Malaysia, kita memerlukan reformasi menyeluruh bermula dengan penukaran Presiden FAM dan struktur organisasi tersebut, liga domestik sehinggalah program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi. Hanya apabila isu-isu tersebut diselesaikan – dan ini memerlukan masa yang lama – kita dapat mempertimbangkan jurulatih kebangsaan berprestij untuk membimbing Harimau Malaya.

Sebab itu apabila negara Jepun, sebuah negara yang ketinggalan di dalam bola sepak rantau ini, termasuk dengan negara kita pada era sebelum 1990an, merancang strategi untuk mengangkat mutu bola sepak negara mereka menggariskan Pelan 100 Tahun! Kini, lebih kurang dua dekad kemudian pelan mereka sudah membuahkan hasil apabila Jepun layak ke Piala Dunia berturut-turut sejak 1998 dan kini berada di tangga no 2 ranking FIFA di Asia.

Justeru, saya menyambut baik kenyataan-kenyataan dari Kementeria Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara yang tidak bersetuju dengan cadangan perlantikan jurulatih yang mahal buat negara.

Kita menunggu butir-butir Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang akan dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi. Kita berharap penekanan kepada perubahan radikal dan menekankan matlamat jangka masa panjang, kalaupun tidak 100 tahun dapat dapat dipertimbang Kerajaan Persekutuan. Yang penting, perubahan mestilah diinstitusikan dan tidak berharapkan kekuatan personaliti atau individu semata-mata.

Sunday 12 January 2014

Sukan Malaysia dan Antarabangsa: Bola Sepak : Jadual ...

Sukan <b>Malaysia</b> dan Antarabangsa: <b>Bola Sepak</b> : Jadual <b>...</b>


Sukan <b>Malaysia</b> dan Antarabangsa: <b>Bola Sepak</b> : Jadual <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2014 06:11 AM PST

Liga Premier 2014 akan memulakan saingannya pada 24 Januari 2014 (Jumaat) di mana saingan musim ini melibatkan 12 pasukan. 2 pasukan teratas akan bersaing dalam Liga Super 2015 di mana diberitakan bahawa Liga Malaysia 2015 akan diswastakan bagi menambah kemantapan Liga Bola Sepak Malaysia. Antara pasukan-pasukan pilihan yang dijangka memberikan saingan merebut 2 tempat ke Liga Super 2014 ialah Felda United, Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, Perlis dan PDRM FA. Namun begitu saingan pasukan lain seperti UiTM FC, DRB Hicom FC, PBAPP FC dan SPA FC tidak boleh dipandang mudah oleh pasukan lain.

Pada pandangan Bual Sukan, saingan Liga Premier 2014 dijangka menarik dengan kemasukan pemain import berkualiti dan pemain-pemain tempatan terbaik bagi pasukan masing-masing. Berikut adalah jadual perlawanan Liga Premier 2014 akan datang :

24/01/2014 (Jumaat)

Felda United FC lwn PBAPP FC

Negeri Sembilan lwn DRB Hicom FC

Kedah lwn Perlis

SPA FC lwn UiTM FC

Johor Darul Takzim II lwn PDRM FA

Pulau Pinang lwn Sabah

27/01/2014 (Isnin)

PBAPP FC lwn Negeri Sembilan

PDRM FA lwn Pulau Pinang

UiTM FC lwn Johor Darul Takzim II 

Perlis lwn SPA FC

DRB Hicom FC lwn Kedah

Sabah lwn Felda United FC

Saturday 11 January 2014

12 pasukan berentap saingan bola sepak KRT di Sarikei ...

12 pasukan berentap saingan <b>bola sepak</b> KRT di Sarikei <b>...</b>


12 pasukan berentap saingan <b>bola sepak</b> KRT di Sarikei <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2013 07:21 AM PST

SARIKEI: Sebanyak 12 pasukan bakal berentap memburu gelaran juara merebut Piala Perpaduaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sarikei pada kejohanan bola sepak sembilan sebelah.

Pasukan bertanding dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan A ialah KRT Jalan Haji Karim, KRT Jalan Abdul Rahman, Rukun Tetangga (RT) Sarikei dan KRT Kerubong Ilie.

Kumpulan B ialah KRT Taman Susur Jambu Timur, CIM, RASCOM FC dan Real Meradong, manakala Kumpulan C pula KRT Taman Susur Jambu Barat, RELA FC, SAFRA dan Pelados FC.

Pengarah Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Sarawak, Dirwana Azool berkata kejohanan itu merupakan julung kali dianjurkan melibatkan kerjasama pihak KRT.

"Pihak berbangga kerana penganjuran sulung ini, jumlah penyertaan pasukan menyertainya amat memberangsangkan.

"Kita berharap aktiviti serupa dapat dijadikan sebagai acara tahunan KRT bersama pihak JPNIN.

"Bagi menyokong usaha ini, kita menyedia peruntukan RM5,000 bagi menampung pihak KRT untuk mengelolakan program serupa pada tahun akan datang," jelas Dirwana.

Sementara Pengerusi KRT Jalan Haji Karim, Husin Ghani berkata, pihaknya amat gembira kerana diberi peluang dan kepercayaan mengelolakan aktiviti itu.

"Apatah lagi, pada kali ini JPNIN memberi amanah dan kepercayaan kepada Sarikei tuan rumah bagi mengadakan pertandingan ini.

"Melalui peluang ini, kita merakamkan terima kasih kepada 17 KRT di kawasan ini atas kerjasama dan sumbangan diberikan dalam menjayakan aktiviti ini," katanya.

Johan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500, piala dan pingat dan naib johan dengan hadiah RM300 berserta piala dan pingat.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

<b>Bola Sepak</b> - Sukan <b>Malaysia</b> dan Antarabangsa - Blogger

Posted: 08 Jan 2014 09:32 PM PST

Saingan musim baru Liga Malaysia 2014 dijangka sengit dengan setiap pasukan yang bersaing memperkemas dan memantapkan pasukan masing-masing dengan barisan pemain tempatan serta 4 tenaga import berkualiti. Saingan Liga Super 2014 menyaksikan sebanyak 12 pasukan akan bersaing dengan juara musim Liga Super 2013, iaitu pasukan jemputan Singapore Lions XII pastinya menghadapi saingan sukar mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada musim lalu. Antara pasukan yang pastinya menjadi pilihan menjuarai Liga Super 2014 akan datang ialah pasukan Kelantan atau The Red Warriors di bawah kendalian Ketua Jurulatih baru iaitu Steve Darby yang menggantikan Ketua Jurulatih dari Croatia, Bojan Hodak.

Walaupun kehilangan sebahagian daripada tonggak pemain musim lalu, Kelantan tetap dilihat antara pencabar utama di mana barisan pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda dan import berkualiti pastinya memberikan cabaran getir kepada pasukan-pasukan lain. Gandingan pemain-pemain berpengalaman seperti Ketua Pasukan yang juga pemain terbaik Liga Malaysia 2013, Mohd. Badhri Mohd. Radzi atau Piya, Khairul Fahmi Che Mat, Farisham Ismail, Nik Shahrul Azim, Zairul Fitree Ishak dan Ahmad Fakri Shaarani serta pemain-pemain import berkualiti seperti Obinha Nwaneri (NIgeria), Francis Forkey Doe (Liberia), Muhammad Ghaddar (Lubnan) dan bekas pemain antarabangsa Mesir, Mohamad Shawky pastinya menjadikan pasukan Kelantan antara pilihan mencabar kejuaraan musim 2014. 

Selain itu, pemain-pemain muda seperti Wan Zaharul Nizam, Khairul Nizam Rosli  dan pemain-pemain baru seperti Amar Rohidan, Ahmad Shakir Ali, Tengku Hasbullah Raja Hassan, Nazri Ahmad pastinya bakal membentuk gandingan mantap untuk pasukan Kelantan. Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Kelantan merupakan pilihan untuk mencabar kejuaraan Liga Super 2014 walaupun kehilangan sebahagian besar pemain-pemain utama musim lalu. Berikut adalah jadual perlawanan melibatkan pasukan Kelantan dalam Liga Super 2014 akan datang : 

Pusingan Pertama

18 Januari : Sime Darby FC (GS) 

25 Januari : Sarawak (GL)

28 Januari : PKNS FC (GS)

8 Februari : Perak (GL) 

15 Februari : T-Team (GS)

8 Mac :  Singapore Lions XII (GL)

15 Mac : Pahang (GS)

22 Mac : Selangor (GL)

25 Mac : Johor Darul Takzim FC (GS)

29 Mac : Terengganu (GL)

5 April : ATM FA (GS)

Pusingan Kedua

12 April : ATM FA (GL)

15 April : Sime Darby FC (GL)

19 April : Sarawak (GS)

10 Mei :  PKNS FC (GL)

17 Mei : Perak (GS)

24 Mei : T-Team (GL)

10 Jun : Singapore Lions XII (GS)

14 Jun : Pahang (GL)

17 Jun : Selangor (GS)

21 Jun : Johor Darul Takzim FC (GL)

25 Jun : Terengganu (GS)

* Jadual Tertakluk kepada pindaan

GS : Gelanggang Sendiri

GL : Gelanggang Lawan