Monday 13 January 2014

Sukan Malaysia dan Antarabangsa: Bola Sepak : Jadual ...

Sukan <b>Malaysia</b> dan Antarabangsa: <b>Bola Sepak</b> : Jadual <b>...</b>


Sukan <b>Malaysia</b> dan Antarabangsa: <b>Bola Sepak</b> : Jadual <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2014 09:14 AM PST

Sepak mula Liga Malaysia 2014 akan bermula pada 17 Januari 2014 melibatkan pertembungan merebut Piala Sultan Hj. Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih antara Singapore Lions XII bertemu Pahang. Perlawanan ini selain merebut kejuaraan pertama musim ini turut menawarkan mata dalam Liga Super 2014. 5 lagi perlawanan akan dilangsungkan pada 18 Januari 2014. Saingan Liga Super 2014 pastinya sangat menarik apatah lagi kebanyakan pasukan membuat perbelanjaan memantapkan pasukan selain persiapan rapi memilih pemain import dan pemain tempatan berkualiti untuk musim 2014.

Pada pandangan Bula Sukan, pasukan juara bertahan Liga Super 2013, Singapore Lions XII pastinya akan berusaha untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi mereka tahun lalu. Namun begitu, jika dilihat serta diamati pasukan berbelanja besar musim ini, Johor Darul Takzim FC pastinya menjadi pilihan ramai kerana mempunyai barisan pemain tempatan dan import yang terbaik. Saingan pasukan lain seperti Selangor, Kelantan, ATM FA, Pahang dan pasukan-pasukan lain juga tidak harus dipandang mudah kerana setiap pasukan berpeluang mencabar kejuaraan Liga Super 2014 akan datang. Berikut adalah jadual perlawanan Liga Super 2014 akan datang bagi bulan Januari :



17 Januari 2014 (Jumaat)

Pahang lwn Singapore Lions XII

18 Januari 2014 (Sabtu)

Selangor lwn T-Team

Terengganu lwn PKNS FC

Johor Darul Takzim FC lwn Perak

Kelantan lwn Sime Darby FC

ATM FA lwn Sarawak

25 Januari 2014 (Sabtu)

PKNS FC lwn ATM FA

Singapore Lions XII lwn Selangor

Sarawak lwn Kelantan

T-Team lwn Johor Darul Takzim FC

Sime Darby FC lwn Pahang

Perak lwn Terengganu

28 Januari 2014 (Selasa)
Johor Darul Takzim FC lwn Singapore Lions XII
Terengganu lwn T-Team
Kelantan lwn PKNS FC
ATM FA lwn Perak
Selangor lwn Pahang 
Sarawak lwn Sime Darby FC 

<b>Bola Sepak Malaysia</b> Perlu Lebih Daripada Jurulatih Berprestij <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2014 04:45 PM PST

Saya merujuk kepada beberapa laporan bahawa FAM sedang mempertimbangkan khidmat bekas jurulatih kebangsaan Jepun, Afrika Selatan dan Nigeria, Philippe Troussier untuk menggantikan K. Rajagopal sebagai jurulatih Harimau Malaya. Selain itu juga ada laporan yang menyebut Zdenek Zeman (bekas jurulatih Roma, Itali), Bob Houghton dari England, Rudi Voeller dari Jerman dan bekas jurulatih Singapura Radojko Avramovic sebagai calon kerusi panas tersebut.

Sumber-sumber menyebut Troussier meminta lebih RM400,000 sebulan atau RM4 juta setahun untuk memberikan khidmatnya.

Sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, bagi mengangkat martabat bola sepak Malaysia, kita memerlukan reformasi menyeluruh bermula dengan penukaran Presiden FAM dan struktur organisasi tersebut, liga domestik sehinggalah program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi. Hanya apabila isu-isu tersebut diselesaikan – dan ini memerlukan masa yang lama – kita dapat mempertimbangkan jurulatih kebangsaan berprestij untuk membimbing Harimau Malaya.

Sebab itu apabila negara Jepun, sebuah negara yang ketinggalan di dalam bola sepak rantau ini, termasuk dengan negara kita pada era sebelum 1990an, merancang strategi untuk mengangkat mutu bola sepak negara mereka menggariskan Pelan 100 Tahun! Kini, lebih kurang dua dekad kemudian pelan mereka sudah membuahkan hasil apabila Jepun layak ke Piala Dunia berturut-turut sejak 1998 dan kini berada di tangga no 2 ranking FIFA di Asia.

Justeru, saya menyambut baik kenyataan-kenyataan dari Kementeria Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara yang tidak bersetuju dengan cadangan perlantikan jurulatih yang mahal buat negara.

Kita menunggu butir-butir Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang akan dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi. Kita berharap penekanan kepada perubahan radikal dan menekankan matlamat jangka masa panjang, kalaupun tidak 100 tahun dapat dapat dipertimbang Kerajaan Persekutuan. Yang penting, perubahan mestilah diinstitusikan dan tidak berharapkan kekuatan personaliti atau individu semata-mata.

No comments:

Post a Comment