42 pasukan bersaing merebut kejuaraan <b>bola sepak</b> jalanan <b>...</b> |
- 42 pasukan bersaing merebut kejuaraan <b>bola sepak</b> jalanan <b>...</b>
- Tolak tindakan jahanam <b>bola sepak Malaysia</b> - Harakah Daily
- Pemain <b>bolasepak Malaysia</b> maut ditetak tiga lelaki di Ipoh Padang <b>...</b>
- BERAPI!!! Inilah Wajah Pemain <b>Bolasepak Malaysia</b> Maut Ditetak <b>...</b>
42 pasukan bersaing merebut kejuaraan <b>bola sepak</b> jalanan <b>...</b> Posted: 25 Jan 2014 10:22 AM PST KUCHING: Hari pertama Kejohanan Bola Sepak Jalanan Agenda DBKU 2014 berlangsung meriah di Kompleks Pelancongan Sarawak semalam dengan 42 pasukan bersaing merebut kejuaraan. Penyertaan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu terbuka lelaki, remaja lelaki (bawah 16 tahun) dan agensi kerajaan. Sebanyak 20 pasukan dari sekitar Bandar raya Kuching berentap dalam kategori terbuka lelaki. Antaranya Jamal, Kasouhi C, Batris Team, Sourabaya Junior, Swinburne (Kumpulan A), Mambang, KLMJ United, Kasaouhi D, Matang Junior FC, Hafizi. Kumpulan B, Amang FC, ZAF United, Al Ain FC, Kasouhi A, Welfare Junior (Kumpulan C) manakala Kapsel, Hornet United, Kasouhi B, ICATS dan KPSS FC (Kumpulan D). Kategori remaja lelaki melibatkan penyertaan 14 pasukan iaitu JJM FC, Zaf United, Sayotters, Gestapo (Kumpulan A), Wildstar B, Lost Power, Abro's Junior Duo (Kumpulan B), PDRM Junior, White Tiger, Galaxy FC, Peru FC (Kumpulan C), Wildstar A, Aero FC, Abro's Junior Uno (Kumpulan D). Sementara bagi agensi kerajaan, lapan pasukan yang terlibat terdiri dari Welfare United, TM Telekom, Kesans, FRDM (Bomba), Res Q (Bomba), MPU Kekas, Bandarayaku A dan B. Juara dan naib juara kategori terbuka lelaki bakal menerima hadiah wang tunai RM700 dan RM400 berserta piala, pingat dan cenderamata setiap pasukan. Bagi kategori remaja lelaki, juara dan naib juara akan pulang dengan wang tunai RM500 dan RM300 berserta piala, pingat dan cenderamata. Ini termasuk juara dan naib juara bagi kategori agensi kerajaan yang akan meraih hadiah wang tunai RM600 dan RM400 serta piala, pingat dan cenderamata. Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dijangka hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang petang ini. |
Tolak tindakan jahanam <b>bola sepak Malaysia</b> - Harakah Daily Posted: 11 Feb 2014 11:48 PM PST
KUALA LUMPUR: Insiden keganasan atau rusuhan bola sepak yang berlaku baru-baru ini ketika perlawanan Liga Super 2014 di antara Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) adalah sesuatu yang amat mendukacitakan. "Apatah lagi ketika bola sepak Malaysia sedang cuba bangkit dari kesuraman akibat prestasi yang kurang memberangsangkan dan juga gejala rasuah bola sepak," ujar Pengarah DACS Pemuda PAS Malaysia, Zulkarnain Zaki. Katanya, insiden di Kuantan juga sedikit sebanyak telah dikaitkan dengan 'insiden terowong' yang berlaku dalam perlawanan Piala FA di antara JDT yang menjadi tuan rumah kepada T-Team. Katanya, pasukan-pasukan atau kelab-kelab lain telah reda dengan masalah keganasan atau rusuhan bola sepak ekoran tindakan-tindakan tegas yang telah diambil oleh Persatuan Bola sepak Malaysia termasuk mendenda pasukan-pasukan yang bersalah dan bertanggungjawab hingga tercetusnya gejala yang buruk ini dengan jumlah yang besar. Kini, ujarnya pasukan-pasukan termasuk kelab-kelab penyokong lebih berdisiplin dalam setiap perlawanan yang melibatkan pasukan yang mereka sokong. "Malangnya sikap dan emosi sebahagian pimpinan kelab telah mengatasi semangat kesukanan yang sepatutnya hadir bersama dengan prestasi pasukan," katanya dalam satu kenyataan. Menurutnya, ekoran dari segala tindak tanduk yang diambil menyebabkan para penyokong turut merasakan mereka juga 'kebal'. "Situasi diburukkan lagi dengan tindakan pemimpin negeri melaksanakan 'sumpah' dengan al-Quran yang ternyata jauh menyimpang dari keperluan situasi itu sendiri," ujarnya. "Di pihak saya, sebaiknya kita tidak terlalu membesarkan perkara ini sebaliknya menyokong usaha transformasi yang telah diambil oleh JDT, TRW dan sebagainya demi kemajuan dan kemeriahan bola sepak negara," katanya lagi. Tetapi, tegas beliau pihaknya menolak sekeras-kerasnya sebarang tindakan oleh mana-mana pihak yang mengundang ketidakamanan, kejahanaman dan huru-hara dalam bola sepak Malaysia. "Kita boleh menganjurkan agar pemimpin setiap persatuan atau kelab menunjukkan contoh dan akhlak yang baik supaya para penyokong dan masyarakat bola sepak dapat mengikuti mereka dan dijadikan contoh teladan yang baik," ujarnya. |
Pemain <b>bolasepak Malaysia</b> maut ditetak tiga lelaki di Ipoh Padang <b>...</b> Posted: 15 Feb 2014 05:32 PM PST Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa yang juga seorang pemandu lori berasal dari Menglembu cedera serius di kepala dan tangan. Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Myvi berwarna perak. "Polis masih mengesan kereta suspek yang didaftarkan di negeri Johor." Chang Keong berkata, tiga rakan mangsa yang berada di tempat kejadian tersebut telah diminta memberi keterangan untuk membantu siasatan lanjut dan bagi mengenal pasti motif kejadian. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai polis berhampiran. |
BERAPI!!! Inilah Wajah Pemain <b>Bolasepak Malaysia</b> Maut Ditetak <b>...</b> Posted: 15 Feb 2014 07:35 PM PST Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa yang juga seorang pemandu lori berasal dari Menglembu cedera serius di kepala dan tangan. Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Myvi berwarna perak. "Polis masih mengesan kereta suspek yang didaftarkan di negeri Johor." Chang Keong berkata, tiga rakan mangsa yang berada di tempat kejadian tersebut telah diminta memberi keterangan untuk membantu siasatan lanjut dan bagi mengenal pasti motif kejadian. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai polis berhampiran. |
You are subscribed to email updates from bola sepak malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment