Saturday 22 February 2014

Siasatan polis telus tanpa mengira individu di belakang pasukan ...

Siasatan polis telus tanpa mengira individu di belakang pasukan <b>...</b>


Siasatan polis telus tanpa mengira individu di belakang pasukan <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2014 08:14 AM PST

KUALA TERENGGANU: Siasatan berhubung insiden kekecohan perlawanan bola sepak di antara pasukan JDT dan T-Team akan dibuat secara profesional tanpa mengira individu yang be­rada di belakang kedua-dua pasukan berkenaan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Saya rasa tidak perlu ragu-ragu dan kita akan telus dalam siasatan berkenaan, tidak ki­ralah pasukan dari mana dan siapa pun di belakang pasukan itu. Jangan risau, saya sendiri beri jaminan yang siasatan dijalankan secara telus," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung insiden perla­wanan pusingan kedua Piala FA antara T-Team dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Johor Baharu Sabtu lalu.

Khalid berkata setakat ini pihaknya telah menerima lapo­ran dari kedua-dua pasukan berhubung insiden itu.

Beliau berkata pihaknya juga telah mula merakam­kan percakapan kira-kira 15 orang bagi membantu siasatan dan meminta orang ramai tidak membuat speku­lasi berhubung kejadian itu. — Bernama

Print Friendly
We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

No comments:

Post a Comment