Sunday 2 February 2014

FAS diminta turun padang pantau liga-liga bola sepak tempatan ...

FAS diminta turun padang pantau liga-liga <b>bola sepak</b> tempatan <b>...</b>


FAS diminta turun padang pantau liga-liga <b>bola sepak</b> tempatan <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2013 01:43 PM PST

LIMBANG: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) diminta turun padang untuk memantau liga-liga bola sepak yang diadakan di setiap bahagian termasuk Limbang bagi memastikan setiap perlawanan mengikut cara penganjuran ditetapkan.

Pengerusi Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA), Dr Abdul Rahman Ismail berkata pemantauan barisan kepimpinan FAS penting bagi memastikan liga-liga yang dijalankan dengan cara betul termasuk Liga Limbang yang berlangsung sekarang.

"FAS meminta kita (LFA) mengadakan liga tempatan, tetapi perjalanan liga perlu dipantau oleh barisan kepimpinan FAS sekarang," katanya ditemui pada perlawanan Piala FA antara Pasukan ABC Club dan ACJ di Komplek Sukan Limbang Ahad lalu.

Pada perlawanan itu, ABC Club muncul juara sekali gus menewaskan ACJ dengan 1-0.

Manakala pasukan Budak Pasir dan Tiger FC terpaksa berkongsi di kedudukan ketiga bersama.

Hadir sama Pengerusi Liga Limbang yang juga Timbalan Pengerusi LFA, Alidin@Brahim Tawar dan jawatankuasa tertinggi LFA lain.

Dr Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota turut memuji barisan kepimpinan FAS kerana mampu mengembalikan kegemilangan bola sepak Sarawak dalam tempoh yang singkat.

"Kita memberi penghargaan dan menyokong penuh kepimpinan FAS yang terbukti mantap khususnya dalam menaikkan skuad Sarawak tersenarai pada kedudukan teratas di Liga Perdana," katanya.

Dr Rahman turut berharap FAS terus memilih pemain dari Bahagian Limbang untuk beraksi dalam skuad Sarawak seperti Ashri Chuchu.

Mengulas mengenai kekurangan jurulatih di sini, Dr Rahman memberitahu pihaknya membuat keputusan mengadakan kursus kejurulatihan pertama kali pada tahun depan.

"Kita juga difahamkan FAS mungkin akan membuat peraturan secara berperingkat-peringkat mewajibkan setiap pasukan mempunyai jurulatih bertauliah pada tahun akan datang.

"LFA melakukan langkah awal memastikan setiap pasukan mempunyai jurulatih bertauliah dalam usaha meningkatkan perlawanan dengan teknik terkini melalui peranan jurulatih bertauliah," katanya.

Sementara itu, pasukan ABC Club membuktikan kecemerlangan dalam Liga Super apabila muncul juara diikuti Tiger FC naib juara dan Central FC di tempat ketiga.

Manakala pasukan Budak Pasir menjuarai Liga Premier diikuti Felda United naib juara dan PML di tempat ketiga.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

No comments:

Post a Comment