Sunday 16 March 2014

Axis FC juara Malaysia Timur bagi Bola Sepak Piala Mamee ...

Axis FC juara <b>Malaysia</b> Timur bagi <b>Bola Sepak</b> Piala Mamee <b>...</b>


Axis FC juara <b>Malaysia</b> Timur bagi <b>Bola Sepak</b> Piala Mamee <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2014 08:12 AM PST

KOTA SAMARAHAN: Axis FC menjulang nama Sarawak setelah menjulang juara Ke­johanan Bola Sepak Piala Mamee 1Malaysia Zon Malay­sia Timur dengan menewaskan Daerah Tawau 1-0 di Stadium UNIMAS, di sini semalam.

Gol Axis dijaringkan oleh Augustine Panjang menerusi tandukan cantik pada minit ke-10.

Tawau cuba bangkit dari ketinggalan namun barisan pertahanan Axis kental men­gawal gol mereka daripada dibolosi hingga tamat masa perlawanan.

Kemenangan itu memas­tikan Axis menggondol hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi dan pingat. Manakala Tawau berpuas hati dengan hadiah RM3,000.

Tunas Asas Bola Sepak Safa Kota Kinabalu yang men­duduki tempat ketiga meraih RM2,000 manakala Team Kickalob K2015 membawa pulang RM1,000 di tempat keempat.

Pengurus Pasukan Axis, Iswandi Ali Hassan melu­ahkan rasa gembira dan sy­ukur dengan kejayaan anak-anak buahnya itu.

"Sasaran awal kita adalah untuk menduduki dua tempat teratas bagi membolehkan kita layak ke perlawanan akhir di Kuala Lumpur.

"Ini adalah bonus buat Axis dan tahniah kepada semua pemain serta barisan jurulatih yang telah berkerja keras memastikan Sarawak muncul johan," katanya semalam.

Menurut Iswandi, pasukan itu merupakan gabungan pemain dari akademi bola sepak Axis dan Sekolah Sukan Tabuan Jaya.

Selaku johan dan naib johan, Axis dan Tawau akan mewaki­li Zon Malaysia Timur ke per­lawanan akhir bagi merebut hadiah lumayan berjumlah RM15,000 pada 22 Februari depan di Kuala Lumpur.

Sebanyak 16 pasukan meny­ertai kejohanan yang berlang­sung selama lima hari.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Yayasan Rakyat 1Malay­sia (YR1M) dengan kerjasama Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd dan Manchester United.

Sarawak diwakili enam pasukan manakala Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing menghantar lima pasukan.

Menteri Muda Pembangu­nan Belia, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyam­paikan hadiah kepada para pemenang.

Turut hadir Presiden Per­satuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Haidel Heli dan Naib Presiden Per­satuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Razali Dolhan dan Ahli Majlis Penasihat YR1M Sarawak, Irwan Zulkarnain Hasbie.

Print Friendly

42 pasukan bersaing merebut kejuaraan <b>bola sepak</b> jalanan <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2014 10:22 AM PST

KUCHING: Hari pertama Kejohanan Bola Sepak Jalanan Agenda DBKU 2014 ber­langsung meriah di Kom­pleks Pelancongan Sarawak semalam dengan 42 pasukan bersaing merebut kejuaraan.

Penyertaan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu terbuka lelaki, remaja lelaki (bawah 16 tahun) dan agensi kerajaan.

Sebanyak 20 pasukan dari sekitar Bandar raya Kuching berentap dalam kategori ter­buka lelaki.

Antaranya Jamal, Kasouhi C, Batris Team, Sourabaya Junior, Swinburne (Kumpu­lan A), Mambang, KLMJ United, Kasaouhi D, Matang Junior FC, Hafizi.

Kumpulan B, Amang FC, ZAF United, Al Ain FC, Kasouhi A, Welfare Junior (Kumpulan C) manakala Kapsel, Hornet United, Ka­souhi B, ICATS dan KPSS FC (Kumpulan D).

Kategori remaja lelaki melibatkan penyertaan 14 pasukan iaitu JJM FC, Zaf United, Sayotters, Gestapo (Kumpulan A), Wildstar B, Lost Power, Abro's Junior Duo (Kumpulan B), PDRM Junior, White Tiger, Galaxy FC, Peru FC (Kumpulan C), Wildstar A, Aero FC, Abro's Junior Uno (Kumpulan D).

Sementara bagi agensi kera­jaan, lapan pasukan yang terlibat terdiri dari Welfare United, TM Telekom, Ke­sans, FRDM (Bomba), Res Q (Bomba), MPU Kekas, Bandarayaku A dan B.

Juara dan naib juara kategori terbuka lelaki bakal menerima hadiah wang tunai RM700 dan RM400 berserta piala, pingat dan cenderamata setiap pasukan.

Bagi kategori remaja lelaki, juara dan naib juara akan pulang dengan wang tunai RM500 dan RM300 bers­erta piala, pingat dan cen­deramata.

Ini termasuk juara dan naib juara bagi kategori agensi kerajaan yang akan meraih hadiah wang tunai RM600 dan RM400 serta piala, pingat dan cenderamata.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Abang Ab­dul Wahap Abang Julai di­jangka hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang petang ini.

Print Friendly

Aksi <b>bola sepak</b> Tunas Harapan BDA bermula – BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2014 01:15 PM PST

BINTULU: Kejohanan Bola Sepak Tunas Harapan BDA 2014 Edisi Ke-8 membuka tirainya dengan menyaksikan perlawanan antara SMK Sebauh dan Akademi BDA di Stadium Mini Bintulu kelmarin.

Perasmian sepak mula kejohanan disempurnakan Penolong Pengurus Besar Jabatan Environmen Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Mohd Bohari Kipli mewakili Pengurus Besar BDA, Datu Mohidin Ishak.

Turut menyaksikan kejohanan itu Presiden Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) Duke Janteng, Setiausaha BDA merangkap penasihat kejohanan, Siti Aishah Othman dan tetamu lain.

Kejohanan anjuran BDA dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Bintulu dan BiFA itu disertai oleh 21 pasukan dibahagikan dua kategori iaitu sekolah rendah untuk 12 tahun ke bawah dan menengah (17 tahun ke bawah).

Pasukan sekolah rendah terdiri Akademi BDA, Sekolah Kebangsaan (SK) Kidurong, SK Kuala Nyalau, SK Jepak, SK Asyakirin, SK Orang Kaya Mohammad, SK Kampung Baru, SK Tanjung Batu, SK Agama, SK Tatau, SK St Anthony, SK Sungai Silas dan SK Bintulu.

Manakala sekolah menengah terdiri Akademi BDA, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh, SMK Bandar Bintulu, SMK Asyakirin, SMK Tatau, SMK Kemena, SMK Baru dan SMK Kidurong.

Mohd Bohari berkata, kejohanan itu sebagai landasan untuk melahir lebih ramai pemain mewakili Bahagian Bintulu, negeri dan negara pada masa hadapan.

Kejohanan yang diadakan sejak 2007 itu menawarkan hadiah wang tunai RM1,000, piala pusingan, piala iringan dan pingat untuk johan sekolah menengah.

Manakala naib johan akan menerima hadiah wang tunai RM700, piala iringan serta pingat dan tempat ketiga bersama akan menerima RM300 termasuk piala iringan.

Sementara johan sekolah rendah bakal menerima hadiah wang tunai RM700, piala pusingan, piala iringan dan pingat.

Diikuti naib johan bakal menerima RM500, piala iringan serta pingat dan tempat ketiga bersama menerima RM200 serta piala iringan. Dalam kejohanan tahun lalu menyaksikan SMK Sebauh dan SK Kidurong muncul johan.

Print Friendly

No comments:

Post a Comment