Sunday 30 March 2014

Pasukan Perubatan muncul juara bola sepak MAKSAK ...

Pasukan Perubatan muncul juara <b>bola sepak</b> MAKSAK <b>...</b>


Pasukan Perubatan muncul juara <b>bola sepak</b> MAKSAK <b>...</b>

Posted: 17 Mar 2014 02:26 PM PDT

KOTA SAMARAHAN: Pasukan Perubatan muncul juara kejohanan Bola Sepak Lelaki MAKSAK Sarawak Antara Kelab Gabungan 2014 selepas mengalahkan UiTM Sarawak 2-0 di Stadium UNIMAS semalam.

Dua gol Perubatan dijaringkan Paul Sambang dan Zamri Dollah.

Biarpun membariskan pemain terbaik termasuk bekas pemain Sarawak, Mohd Fareez Tukijo, UiTM buntu untuk merobekkan gawang Perubatan.

Tempat ketiga masingmasing dikongsikan pasukan LANDAS dan Muzium.

Pada perlawanan separuh akhir, Perubatan mengalahkan LANDAS dengan 1-0 manakala UiTM mengenepikan Muzium dengan jaringan besar 5-0.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datu Dr Zulkifli Jantan melahirkan rasa gembira dengan kejayaan pasukannya merangkul kejuaraan tersebut.

"Kami tidak mempunyai padang sendiri untuk berlatih. Namun, setiap pemain menunjukkan komited untuk menang dan berlatih di gelanggang luar.

"Kemenangan ini amat menggembirakan semua warga Jabatan Kesihatan," katanya bangga.

Pasukan lain yang turut mengambil bahagian termasuk JKR, Pendidikan, IADA, UNIMAS, Kastam, Pertanian, SEB, LKIM, PUSTAKA, R&DO, Kuport dan LCDA.

Print Friendly

<b>Bola sepak</b>: Perlu pelan pembangunan jangka panjang - BNBBC

Posted: 25 Mar 2014 01:32 AM PDT

Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bola sepak: Perlu pelan pembangunan jangka panjang

25 MAC : Pelan induk pembangunan bola sepak negara perlu dirancang dengan pelan jangka masa yang panjang manakala perlu beristiqamah dan konsisten dalam pelaksanaannya.

Itu gesaan yang dibuat oleh ahli parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa kepada Kementerian Belia dan Sukan yang kurang berpuas hati apabila Timbalan Menterinya, Datuk M. Saravanan  berkata pelan ini akan disambung jika ada keperluan.

annuar150Malah kata Saravanan, kementeriannya hanya boleh menjawab mengikut pelan yang telah dirancang dan tidak boleh membuat sebarang keputuan walaupun didesak untuk memberi jaminan bahawa pelan itu dibuat untuk jangka masa panjang.

Bagaimanapun, Saravanan dalam jawapannya di Dewan Rakyat pada Selasa, berjanji akan meminta kementerian dan pihak tertinggi mengkaji semula pelan ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Annuar yang mahu tahu mengenai pelan pembangunan bola sepak di negara ini ekoran kemelut dalam badan sukan berkenaan.

Jelas Annuar,  bola sepak dalam negara adalah satu badan yang unik dan elit sedangkan dalam tadbir urus yang dilakukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak terbuka.

Beliau mendakwa, FAM tidak pernah membentangkan bajetnya manakala jawatankuasa bola sepak kebangsaan perlu wujud namun sehingga kini tidak dibentuk dan tiada mesyuarat mengenainya.

Annuar memberikan contoh Jepun yang membuat pelan induk untuk jangka masa 50 tahun dengan menyaksikan keberkesanan dan keseriusan mereka terhadap industry bola sepak negara itu.

Baginya, jika kerajaan tidak dapat melakukan sesuatu perubahan, orang ramai bahkan ahli Parlimen akan mula hilang kenyakinan kepada kerajaan.–bnbbc.my

Berita Bertarikh Pada 4:32 PM

No comments:

Post a Comment