Sunday 23 March 2014

Tolak tindakan jahanam bola sepak Malaysia - Harakah Daily

Tolak tindakan jahanam <b>bola sepak Malaysia</b> - Harakah Daily


Tolak tindakan jahanam <b>bola sepak Malaysia</b> - Harakah Daily

Posted: 11 Feb 2014 11:48 PM PST

KUALA LUMPUR: Insiden keganasan atau rusuhan bola sepak yang berlaku baru-baru ini ketika perlawanan Liga Super 2014 di antara Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) adalah sesuatu yang amat mendukacitakan.

"Apatah lagi ketika bola sepak Malaysia sedang cuba bangkit dari kesuraman akibat prestasi yang kurang memberangsangkan dan juga gejala rasuah bola sepak," ujar Pengarah DACS Pemuda PAS Malaysia, Zulkarnain Zaki.

Katanya, insiden di Kuantan juga sedikit sebanyak telah dikaitkan dengan 'insiden terowong' yang berlaku dalam perlawanan Piala FA di antara JDT yang menjadi tuan rumah kepada T-Team.

Katanya, pasukan-pasukan atau kelab-kelab lain telah reda dengan masalah keganasan atau rusuhan bola sepak ekoran tindakan-tindakan tegas yang telah diambil oleh Persatuan Bola sepak Malaysia termasuk mendenda pasukan-pasukan yang bersalah dan bertanggungjawab hingga tercetusnya gejala yang buruk ini dengan jumlah yang besar.

Kini, ujarnya pasukan-pasukan termasuk kelab-kelab penyokong lebih berdisiplin dalam setiap perlawanan yang melibatkan pasukan yang mereka sokong.

"Malangnya sikap dan emosi sebahagian pimpinan kelab telah mengatasi semangat kesukanan yang sepatutnya hadir bersama dengan prestasi pasukan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, ekoran dari segala tindak tanduk yang diambil menyebabkan para penyokong turut merasakan mereka juga 'kebal'.
 
Katanya, media mengambil kesempatan untuk menggembar-gemburkan pelbagai situasi dan insiden rentetan dari 'insiden terowong' untuk menggambarkan bahawa bola sepak Malaysia dilanda faktor 'hooligans' sekalipun tidak dinafikan bahawa perkara ini perlu ditangani dengan tegas sejak awal lagi sebelum ia merebak menjadi lebih buruk.

"Situasi diburukkan lagi dengan tindakan pemimpin negeri melaksanakan 'sumpah' dengan al-Quran yang ternyata jauh menyimpang dari keperluan situasi itu sendiri," ujarnya.

"Di pihak saya, sebaiknya kita tidak terlalu membesarkan perkara ini sebaliknya menyokong usaha transformasi yang telah diambil oleh JDT, TRW dan sebagainya demi kemajuan dan kemeriahan bola sepak negara," katanya lagi.

Tetapi, tegas beliau pihaknya menolak sekeras-kerasnya sebarang tindakan oleh mana-mana pihak yang mengundang ketidakamanan, kejahanaman dan huru-hara dalam bola sepak Malaysia.

"Kita boleh menganjurkan agar pemimpin setiap persatuan atau kelab menunjukkan contoh dan akhlak yang baik supaya para penyokong dan masyarakat bola sepak dapat mengikuti mereka dan dijadikan contoh teladan yang baik," ujarnya.

No comments:

Post a Comment