Monday 28 April 2014

Jom sertai aksi bola sepak KPD Sarikei pada 2-4 Mei depan ...

Jom sertai aksi <b>bola sepak</b> KPD Sarikei pada 2-4 Mei depan <b>...</b>


Jom sertai aksi <b>bola sepak</b> KPD Sarikei pada 2-4 Mei depan <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2014 02:27 PM PDT

SARIKEI: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei di sini pada 2 hingga 4 Mei depan.

Kejohanan tiga hari itu terbuka kepada semua pasukan bola sepak seluruh negeri ini.

Yuran penyertaan sebanyak RM200 bagi setiap pasukan.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, piala dan pingat.

Naib juara meraih hadiah RM700, piala dan pingat, tempat ketiga RM500 piala dan pingat, manakala tempat keempat RM300 bersama piala dan pingat.

Tarikh tutup menghantar borang penyertaan pada 28 April ini.

Untuk pertanyaan pasukan berminat boleh menghubungi Fadzly di talian 019-5331761 dan Felix (014-8858730).

Print Friendly
We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

LIGA <b>BOLASEPAK MALAYSIA</b>: Gantung seumur hidup?

Posted: 21 Apr 2014 06:10 PM PDT

Sumber: Harian Metro

Kelana Jaya: Hukuman maksimum gantung seumur hidup bakal diterima pengurus Johor Darul Takzim II (JDT II) On Jabbar@Jaafar sekiranya didapati bersalah atas tuduhan memukul pengadil perlawanan Sukri Abd Rahman selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bakal mengeluarkan surat pertuduhan dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, berdasarkan laporan pegawai perlawanan JDT II dengan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang minggu lalu serta bukti rakaman video perlawanan menunjukkan FAM mempunyai alasan kukuh untuk mengheret On menghadap Jawatankuasa Tatatertib. 


"Berdasarkan laporan pegawai perlawanan serta penelitian terhadap video perlawanan kami dapati memang ada kes. Dalam masa terdekat ini kami akan mengeluarkan surat pertuduhan mengikut prosedur dengan individu terbabit diberi masa tujuh hari untuk menjawab surat pertuduhan itu," katanya. 

On yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mencetuskan kontroversi apabila bertindak menumbuk Sukri sebaik perlawanan tamat selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil itu dalam perlawanan Liga Perdana yang berkesudahan seri 2-2.

Dalam laporan Arena Metro semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pengadilan FAM Datuk Astaman Abd Aziz melahirkan rasa kecewa dengan insiden itu dan berharap individu yang tidak boleh mengawal perasaan dan mematuhi peraturan supaya tidak terbabit dalam bola sepak.

Berdasarkan Kod Tatatertib 2.4 dan 2.5 FAM, On boleh dikenakan hukuman gantung minimum enam bulan sehingga maksimum seumur hidup serta denda. 

"Setakat ini kami akan meneliti dulu apakah bentuk pertuduhan yang bakal dikenakan ke atas beliau sama ada di bawah Kod Tatatertib 2.4 atau 2.5," kata Hamidin.

LIGA <b>BOLASEPAK MALAYSIA</b>: Aimar minta lepas, Baihakki direhatkan

Posted: 19 Apr 2014 09:37 PM PDT

Sumber: Utusan Malaysia

JOHOR BAHRU - Bekas pemain antarabangsa Argentina, Pablo Aimar meminta Johor Darul Ta'zim (JDT) melepaskannya manakala tonggak pertahanan, Baihakki Khaizan direhatkan oleh pasukan itu untuk baki perlawanan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Aimar dikatakan minta dilepaskan dengan alasan tidak serasi dengan corak permainan bola sepak tempatan manakala pemain pertahanan terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013, Baihakki pula gagal memikat hati barisan jurulatih JDT yang kini diketuai oleh Bojan Hodak dan Rajko Magic.


Pemain kebangsaan Singapura, Baihakki memaklumkan mengenai keputusan itu menerusi akaun Instagram miliknya, baihakki06 semalam.

"Selamat tinggal kawan-kawan Johor ku, mahu pun di luar padang atau pun di luar sana. Saya ingin ucapkan ribuan banyak terima kasih atas peluang menyarung jersi JDT dan sampai sini saje sumbangan saya.

"Saya tak ingat (fikir) perkara begini boleh berlaku tetapi itu keputusan ahli pelatih (jurulatih). Berjuanglah teman hingga ke garis penamat," tulisnya.

Bekas ketua pasukan Harimau Selatan itu turut memaklumkan mengenai status dirinya yang direhatkan buat sementara waktu dan dijangka akan beraksi semula bersama JDT II musim depan.

Sementara itu, perkara tersebut menjadi isu hangat di laman Facebook dan beberapa peminat JDT menjalankan kempen #savebaihakki di internet selain menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan JDT.

Bagaimanapun buat masa ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berhubung perkara itu.

No comments:

Post a Comment