Wednesday 30 April 2014

Sukan Malaysia dan Antarabangsa: Bola Sepak : Keputusan ...

Sukan <b>Malaysia</b> dan Antarabangsa: <b>Bola Sepak</b> : Keputusan <b>...</b>


Sukan <b>Malaysia</b> dan Antarabangsa: <b>Bola Sepak</b> : Keputusan <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2014 05:42 PM PDT

Saingan Liga Juara-Juara Eropah musim 2013/2014 semakin menuju ke kemuncaknya apabila 4 pasukan bersaing di peringkat separuh akhir bagi merebut 2 tiket ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang dijadualkan berlangsung di Lisbon, Portugal pada 24 Mei 2014 akan datang. 4 pasukan yang bersaing ialah juara bertahan FC Bayern Munich, Real Madrid, Atletico Madrid dan Chelsea.

Berikut adalah keputusan perlawanan peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 2012/2014 : 

Separuh Akhir Pertama

22 April 2014
Atletico Madrid vs Chelsea (0-0)

23 April 2014
Real Madrid vs FC Bayern Munich (1-0)
Real Madrid : Karim Benzema


Separuh Akhir Kedua


29 April 2014

FC Bayern Munich vs Real Madrid (0-4)

Real Madrid : Sergio Ramos (2), Cristiano Ronaldo (2)

* Real Madrid mara ke perlawanan akhir dengan agregat 5-0


30 April 2014

Chelsea vs Atletico Madrid


* Kemaskini pada 30 April 2014

<b>Bola Sepak</b> : Perlawanan Persahabatan Antarabangsa <b>Malaysia</b>

Posted: 22 Apr 2014 01:37 AM PDT

Pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Ketua Jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee dijadualkan bertemu dengan pasukan Filipina di Cebu pada 27 April 2014 ini. Ini merupakan perlawanan kompetitif ketiga pasukan Malaysia setelah mencatat keputusan seri 0-0 bertemu Filipina selain mencatat kemenangan 2-1 ke atas Yemen pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015. Pengendali sementara negara pastinya akan berusaha memastikan pasukan negara di landasan terbaik untuk menghadapi Filipina dengan mencatat keputusan yang membanggakan sekaligus memperbaiki kedudukan ranking pasukan negara yang kini berada di kedudukan ke 142 dunia.

Pasukan Harimau Malaya dalam rangka persiapan menghadapi kejohanan Piala AFF 2014 akan datang perlu menggunakan kesempatan ini dengan mengadakan lebih banyak perlawanan kompetitif di peringkat antarabangsa. Pasukan Filipina atau The Azkals pastinya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mempersiapkan pasukan mereka menghadapi kejohanan Piala Cabaran Asia 2014 di Maldives yang mana pasukan juara akan layak secara automatik ke Kejohanan Piala Asia 2015 Australia akan datang. Pasukan Filipina yang dahulunya adalah antara pasukan belasahan kini merupakan antara pasukan yang paling meningkat naik di peringkat ASEAN. 

Pada pandangan Bual Sukan, perlawanan persahabatan ini pastinya menjanjikan aksi menarik kedua-dua pasukan dan dijangkakan perlawanan ini akan berlangsung sengit kerana kedua-dua pasukan pastinya inginkan kemenangan untuk negara masing-masing.

Berjaya 6298 dinobatkan juara Kejohanan <b>Bola Sepak</b> 7 Sebelah <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2014 01:43 PM PST

SIBU: Pasukan Berjaya 6298 dinobatkan juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Piala Sibintek Edisi Kedua 2014.

Dengan kemenangan itu, Berjaya 6298 membawa pulang hadiah berupa piala pusingan, piala iringan, medal dan wang tunai bernilai RM700.

Pasukan Sembawang FC menduduki tempat kedua mendapat hadiah berupa piala iringan, medal dan wang tunai bernilai RM500.

Pasukan Sekuau FC yang menduduki tempat ketiga membawa pulang hadiah berupa piala iringan, medal dan wang tunai RM300.

Sementara itu, pasukan Tamin FC terpaksa akur di tempat keempat mendapat hadiah berupa medal.

Kejohanan itu dianjurkan Kelab Belia, Sukan dan Kebudayaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sibintek Skim B.

Penganjuran kejohanan itu untuk menggalakkan aktiviti bersukan di kalangan belia di samping merapatkan hubungan silaturahim sesama masyarakat setempat.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Sibintek, Ajah Angkah di Padang Bola Kampung Sibintek.

Print Friendly

No comments:

Post a Comment