Friday 18 April 2014

Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) - Malaysian ...

Pelan Pembangunan <b>Bola Sepak</b> Negara (PPBN) - <b>Malaysian</b> <b>...</b>


Pelan Pembangunan <b>Bola Sepak</b> Negara (PPBN) - <b>Malaysian</b> <b>...</b>

Posted: 10 Apr 2014 06:34 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang menjadi pelan nasional, selain turut mengumumkan nama baharu Akademi Bolasepak Negara sebagai Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari.

Pelan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara ini dibentuk dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) , Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mencari pemain yang kompetitif serta memiliki mentaliti bola sepak.

Guna <b>bola sepak</b> sentuh naluri belia - The Borneo Post Online

Posted: 14 Apr 2014 02:59 PM PDT

by Watt Zacchaeus. Posted on April 15, 2014, Tuesday

Dr Annuar, belia tonton siaran langsung Liverpool-Manchester City

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa'ee menggunakan sukan bola sepak sebagai asas bagi menyentuh naluri para belia di konstituensinya.

Beliau berkumpul bersama para belia di D' Simpang 3 Cafe di sini untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Inggeris antara Liverpool dan Manchester City malam kelmarin.

Ia mewujudkan suasana penuh keseronokan kerana beliau dilihat bergurau senda tanpa terlalu protokol dengan generasi muda semasa menonton perlawanan tersebut.

"Apabila melibatkan diri dengan para belia, yang perlu kita lakukan ialah menggunakan cara yang tidak formal atau tidak perlu berprotokol.

"Jika berprotokol sangat, para belia cepat berasa bosan dengan kita sekali gus membuatkan mereka menjauhkan diri daripada kita.

"Justeru cara lebih baik, kita harus mendekatkan diri dengan mereka dengan bersama-sama menonton perlawanan bola sepak yang amat diminati belia masa kini.

"Dari situ secara tidak langsung kita tahu apa masalah mereka.

"Melalui program berkumpul secara tidak rasmi ini (menonton perlawanan bola sepak di televisyen) kita dapat hasilnya," katanya di sini semalam.

Semasa menonton siaran langsung itu, para belia dilihat mudah bergaul dengan Dr Annuar seperti kenalan biasa sambil memintanya memberi nasihat dan bimbingan dalam sesuatu hal.

Program itu dianjurkan bersama Pusat Perkhidmatan Nangka dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon 12 Sibu.

Hadir sama Kaunselor Rabek Ali Hamid.

Bagi memeriahkan program tersebut, acara cabutan bertuah turut diadakan di mana pemenang menerima hadiah berupa jersi-jersi pasukan/kelab bola sepak terkemuka.

Print Friendly

No comments:

Post a Comment