Saturday 31 May 2014

Kecelaruan Dunia Bola Sepak Malaysia - Anak Askar Pencen

Kecelaruan Dunia <b>Bola Sepak Malaysia</b> - Anak Askar Pencen


Kecelaruan Dunia <b>Bola Sepak Malaysia</b> - Anak Askar Pencen

Posted: 26 May 2014 04:57 PM PDT

Malaysia, dahulunya adalah gergasi bola sepak Asia. Malahan, taraf dan prestij bola sepak Malaysia membuatkan banyak pasukan bola sepak di seluruh dunia, baik dari pasukan kebangsaan mahupun kelab-kelab utama seperti Boca Juniors dari Argentina, berbangga dapat menyertai Pesta Bolasepak Merdeka.

Itu dulu. Sekarang, lain cerita.

hil.my

Mengikut laporan dari Bernama pada 8 Mei lalu, kegagalan Malaysia untuk menewaskan Filipina di tempat sendiri mahupun di tempat lawan dalam perlawanan persahabatan mutakhir ini, telah menjadi sebab musabab mengapa kedudukan Malaysia tergelincir 3 anak tangga. Pada April lalu, ranking Malaysia di dalam carta Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi pasukan bolasepak kebangsaan dunia adalah pada anak tangga ke 142. Bulan ini pula, telah jatuh ke 145.

Skuad di bawah kendalian jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee telah menduduki anak tangga ke 154 Januari lalu. Kemudian 150 pada Februari dan pada bulan Mac di kedudukan 141.

Ranking Malaysia tidak penting?

Kedudukan terkini Malaysia ini meletakkan tahap dan prestasi bola sepak Malaysia setaraf dengan negara-negara seperti Belize (144), Kyrgyzstan (146), Singapura dan India (147) dan Puerto Rico (149).

razkein

Pada senarai Asia Tenggara pula, kedudukan Malaysia jatuh ke anak tangga keempat (kedudukan ketiga sebelum ini) dibelakang Vietnam, Filipina dan Thailand. Malah, di peringkat Asia juga, kedudukan Malaysia tergelincir dari 22 ke tempat ke 23.

Di dalam carta bola sepak antarabangsa berkenaan yang menyenaraikan 209 buah negara di seluruh dunia, juara Eropah dan juara dunia Sepanyol masih kekal mengungguli carta. Manakala Jerman dan Portugal pula masih kekal di tempat kedua dan ketiga.

Sepanyol mengumpulkan 1,460 mata, diikuti oleh Jerman 1,390 mata dan Portugal 1,245 mata.

Malang selalu

Nasib malang yang menimpa bola sepak Malaysia, yang dizahirkan pada kurangnya jumlah kejuaraan berprestij yang dimenangi, adalah kerana campur tangan bersifat politik oleh golongan-golongan elit yang cuba meluaskan pengaruh masing-masing melalui bola sepak hingga membantutkan usaha pembangunan bola sepak tempatan

Keganasan bola sepak, baik di dalam mahupun di luar padang, sudah menjadi hampir kebiasaan di laporkan di dalam media massa. Bukan satu kebanggaan jika hal-hal keganasan ini yang menjadi tajuk utama perihal bola sepak tempatan.

Ganas

28 Mei tahun sudah, sewaktu separuh akhir kedua Piala FA, perlawanan di antara Pahang menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Darul Makmur dicemari insiden keganasan penyokong dan juga limpahan jumlah penonton yang terlalu ramai melebihi kapasiti stadium yang hanya mampu menampung jumlah pengunjung maksima 35,000. Sesetengah pihak mendakwa jumlah penyokong telah melebihi 42,000 hingga melimpah ke trek larian.

Perlawanan tersebut pada asalnya dilewatkan waktu sepak mulanya oleh kerana jumlah penyokong yang terlalu ramai, telah diumumkan pembatalannya pada jam 10.45 malam. Sejurus pengumuman rasmi tersebut dibuat oleh Naib Setiausaha FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud, sejumlah penyokong mengamuk dan meluru ke tengah padang dan bertembung dengan pihak keselamatan. Pelbagai objek dilontar hingga menyebabkan berlaku kecederaan.

Berdekad lamanya FAM mengendalikan bola sepak Malaysia, tidak banyak perubahan positif berlaku dalam arena bila sepak tempatan, termasuk menguruskan penyokong.

Wang bukanlah segala-galanya untuk membangunkan Bola Sepak

Jutaan ringgit telah dilaburkan untuk membangunkan sukan tempatan termasuklah sukan bola sepak. Namun hasilnya, tidak memberangsangkan. Bola sepak ni nama je sukan nombor satu rakyat Malaysia, tapi rakyat nak sokong pun rasa sakit hati bila banyak hal-hal kelemahan pengurusan FAM masih lagi tidak diatasi. So, tak hairanlah jikalau lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang menyokong liga-liga Eropah dari menyokong Liga Super.

Pengurusan bola sepak itu sendiri seharusnya dipertanggungjawabkan pada orang yang arif dengan bola sepak dan bukannya pada kerabat mahupun orang-orang politik yang berkepentingan peribadi.

Duit sahaja tidak mampu membeli kejayaan dalam arena bola sepak. Tak percaya? Cuba tanya pada Vincent Tan dan Tony Fernandez yang masing-masing menjadi pemilik kelab Cardiff City dan Queen's Park Rangers di England.

The Ant Daily

Bola sepak seharusnya dikembalikan semula haknya kepada rakyat yang arif tentang sukan ini. Ia bersesuaian dengan semangat bola sepak itu sendiri sebagai sukan rakyat. Dalam keadaan bola sepak tempatan yang huru-hara ni, aku rasa ada besar hikmahnya, mengapa Malaysia tidak layak ke Piala Dunia.


[Singapore Cup] Devalution SHUTOUT... - BoLASEPaKO.com

Posted: 31 May 2014 09:06 AM PDT

Another SHUTOUT again...
The seven goals conceded by the Filipino powerhouses Global FC to S.League table toppers, DPMM FC in last evening's RHB Singapore Cup totalled up to 15 goals, in which eight were let in two other invited sides days earlier (i.e.: five by Nagacorp to Home Utd on Friday, three were scored by Albirex Niigata (S) against Svay Rieng on Wednesday).

Not a pretty statistics to justify their presence in the tournament after another shutout on one of these guest sides playing in local premier Cup competition and somehow made a mockery out of one of those comments to have them in the first place.

"The RHB Singapore Cup has grown to be a big regional tournament. I am very pleased to have the top clubs from the region to participate annually in the RHB Singapore Cup and every year the level of competition is being raised. ..."
as mentioned in one of those words (extracted from the FAS media release issued on 23/5/14).

However, results don't lie and the outcome of those matches involved those invited sides of late had protruded the wide gap of standard between them and their opponents.

And having seen one of the most one-sided matches in my life hours earlier at the Jalan Besar Stadium, it can only affirm the notion that it isn't any value added to spice up the competition but adding further embarrassment to whoever is involved.

A dreadful first half of football was on display that saw no difference between Global and DPMM before the Brunei's only professional football team (as what one of their papers always kept emphasizing) pulled the trigger in the 58th minute to open the floodgates with Rodrigo Tosi headed home the first goal of the night.

Barely a minute later Irishman Roy O'Donovan doubled the tally on a one-on-one amid the frail defense.

Not long after which both O'Donovan and Tosi hit a rampage with the former went on to claim his hat trick while the Brazilian headed home his second in the 71st minute, further two more goals were scored by substitutes Azwan Saleh (80th minute) and Shahrazen Said (93rd minute).

Summing up his thoughts during the post-match press conference, Global FC's coach Leigh Manson said:"In the second half, we were our own worst enemy, after we had tried everything we have done in the training.

"But we must be fair to Brunei (DPMM) for their finishing being those in the high calibre and we played against a good side that got us punished." concluded the Scotsman who took the reins of the UFL side earlier this year.

Friday 30 May 2014

Barisan peneraju baharu FAM janjikan perubahan bola sepak negara

Barisan peneraju baharu FAM janjikan perubahan <b>bola sepak</b> negara


Barisan peneraju baharu FAM janjikan perubahan <b>bola sepak</b> negara

Posted: 25 May 2014 02:33 PM PDT

SHAH ALAM: Barisan kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji akan membawa perubahan kepada corak pengurusan badan induk itu kepada satu tahap yang lebih baik bagi memperkasakan sukan bola sepak negara.

Kehadiran 10 muka baharu dalam barisan exco FAM yang dipilih menerusi undian pada Kongres Tahunan ke-50 sudah jelas memberi gambaran awal bahawa berlaku perubahanan besar dalam pentadbiran FAM pada masa akan datang.

Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah baginda mempunyai dua visi tersendiri iaitu meningkatkan mutu sukan bola sepak negara dan merakyatkan sukan tersebut dalam jangka masa empat tahun.

Tengku Abdullah bertitah semua pihak dalam FAM perlu kembali bersama dan memperbetulkan kekurangan yang ada dan baginda bersedia untuk menerima pandangan daripada sesiapa sahaja.

Baginda bertitah ingin memulakan tugas sebagai presiden dengan langkah yang baik kerana 'perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah yang baik'.

"Saya perlukan masa untuk berbincang dengan timbalan presiden, naib presiden dan exco yang baru dilantik terlebih dahulu sebelum mengumumkan rancangan yang bakal dilaksanakan oleh kepimpinan baharu FAM," titah baginda pada sidang media selepas kongres di sini semalam.

Baginda bertitah kejayaanya memenangi jawatan presiden FAM bukan satu kejayaan tetapi satu tanggungjawab besar yang harus dipikul dan dilaksana secara bersama antara kerajaan, individu dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bola sepak.

"Usaha memperkasakan sukan bola sepak perlu dilakukan secara bersama dan ia adalah merupakan agenda nasional yang seharusnya direalisasikan oleh semua orang," titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah setiap pemain kebangsaan perlu ada semangat untuk mencari kemenangan dan sekiranya perkara tersebut tidak terdapat dalam diri mereka perubahan pada kepimpinan FAM tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada mutu bola sepak negara.

Timbalan presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata adalah menjadi tugasnya sebagai pembantu presiden untuk menjayakan hasrat presiden baharu FAM yang ingin membawa perubahan positif dan apa yang lebih penting adalah melipat gandakan usaha untuk mengembalikan semula kegemilangan bola sepak negara.

Afandi berkata selain menjayakan hasrat presiden, beliau akan meneruskan usaha bagi merealisasikan penswastaan Liga Malaysia menjelang tahun 2015.

Sementara itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yakin dengan kemampuan Tengku Abdullah yang dilihat mampu untuk membawa pembaharuan dalam usaha mengangkat martabat bola sepak negara.

Bagaimanapun, baginda bertitah segala usaha itu perlu diiringi dengan kerjasama daripada anggota jawatankuasa yang juga menampilkan beberapa muka baharu dalam barisan pimpinan FAM.

"Saya berharap anakanda saya akan berusaha untuk kebaikan bola sepak di Malaysia dan saya percaya anakanda saya dapat laksanakan tanggungjawab itu.

"Perkara utama untuk hendak memajukan dan menaik taraf bola sepak negara adalah kita kena sabar. Ini tidak boleh dilakukan semalaman. Tengku Mahkota dan barisan baharu juga perlukan masa," titah baginda.

Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong yakin dengan keupayaan Tengku Abdullah memimpin dua persatuan sukan besar iaitu FAM dan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Bagi Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu, Datu Sudarsono Osman berjanji akan melaksanakan tugas sebaik mungkin dalam membantu melonjakkan semula martabat bola sepak negara.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) itu menzahirkan janjinya sebagai balasan kepada kepercayaan yang diberikan oleh badan induk bola sepak negara itu kepadanya untuk berada dalam barisan Exco FAM bagi penggal 2014-2018.

Sudarsono dilantik sebagai Naib Presiden FAM baharu setelah meraih 26 undi pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) FAM 2014-2018 yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.

"Saya berasa amat terharu apabila terpilih untuk jawatan ini dan ingin merakamkan terima kasih kepada delegasi yang memilih saya," kata Sudarsono ketika diminta mengulas pemilihannya sebagai naib presiden FAM semalam.

Menurut Sudarsono, beliau akan cuba sedaya upaya untuk membantu mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negara yang pernah dikecapi satu ketika dahulu.

"Memang satu cabaran bagi saya apabila menjadi sebahagian daripada Exco FAM, apapun saya akan cuba memberikan khidmat yang terbaik," katanya.

Print Friendly

Liga-F- Inisiatif Baharu Felda Untuk Sukan <b>Bola Sepak Malaysia</b> <b>...</b>

Posted: 27 May 2014 01:37 AM PDT

Liga-F- Inisiatif Baharu Felda Untuk Sukan Bola Sepak Malaysia

KUALA LUMPUR- Felda hari ini mengorak langkah baru dalam dunia sukan tanah air apabila melancarkan Liga-F, sebuah liga yang dianjurkan FELDA sendiri dibawah kelolaan Persatuan Bolasepak FELDA (PBFM) untuk warga FELDA termasuk generasi baru FELDA.

Majlis yang berlangsung petang tadi dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Faizoull Ahmad Pengarah Besar FELDA di Menara FELDA Kuala Lumpur.Liga-F mengandungi tiga pertandingan iaitu Piala Komuniti,Piala Pengarah Besar FELDA dan Piala Tan Sri Pengerusi FELDA. Pertandingan ini dijangka bermula seawal 1 Jun 2014.

13 pasukan terlibat dalam kejohanan ini iaitu, 11 pasukan daripada Wilayah FELDA, 1 pasukan jemputan Ibu Pejabat FELDA dan 1 pasukan jemputan dari Akademi Bolasepak FELDA. Antara pasukan yang terlibat ialah dari Trolak,Raja Alias,Mempaga,Sahabat, Gua Musang serta beberapa pasukan lain.

Dalam ucapan perasmian Pengarah Besar FELDA Y.Bhg Datuk Faizoull, beliau mengharapkan Liga-F ini dapat melahirkan pemain yang berkualiti atau bertaraf Professional untuk diserapkan kedalam pasukan utama FELDA United dan juga mewakili Malaysia, serta  mahu menjadikan Persatuan Bola Sepak FELDA Malaysia(PBFM) salah sebuah persatuan bolasepak terunggul di negara ini.

Artikel disiar pada May 27, 2014 - 4:37 pm oleh Zafarollah Nordin

Thursday 29 May 2014

BoLASEPaKO.com - a simple view on Singapore Soccer: [Guest ...

BoLASEPaKO.com - a simple view on Singapore Soccer: [Guest <b>...</b>


BoLASEPaKO.com - a simple view on Singapore Soccer: [Guest <b>...</b>

Posted: 29 May 2014 10:01 AM PDT

Days after I posted the entry titled "Hello! #sleague is NOT a FARM LEAGUE!", I received a mail from Mr Foo Mao Chian and with his permission, I reproduced the content of this said mail.

I share your frustration with the direction FAS is taking Singapore football and the way the S.League is being run.


S.League kicked off in 1996
The league started out in 1996 as a competition between clubs representing regions in Singapore (with the exceptions of Police and SAFFC). Fans were encouraged to identify and support the clubs representing their kampung.

Somehow along the way, we seemed to have lost our way.

Foreign teams, who Singaporeans have no sense of affinity with, joined the league. To make matters worse, these foreign clubs were generally badly run, players ill-disciplined and some were even corrupted and playing standards have overall been poor.

And then FAS started the CYL (Courts Young Lions) initiative, which deprived the clubs of the young talents that they nurtured.

I have tried to understand the rationales behind FAS' decisions on foreign teams and CYL initiative. For former, I suppose it is to inject a greater sense of partisanship and increase the number of matches clubs play in a season. For the CYL project, it is a platform for potential national players to hone their craft together.


Come and Go after a year.
However, there are certainly other ways to address these issues that FAS should have looked at more intently, e.g., encourage the majority ethnic group to take up pro football to increase the talent pool rather than wholesale bringing in of foreign teams.

Instead of the CYL, S.League could limit number of foreign players per club and mandate that each club field x number of under-23 players in a match as a way to expose promising youngsters to top-level football.
Balestier's Poh Yifeng's brief Lions stint in 2012

They then took further steps to rob S.League clubs of talents by drawing the core of the national team to form the LionsXII to participate in the Malaysian league and cup competitions. Up next: extracting more top local talent to form a franchise team to play in the ASEAN Super League.

If the FAS has achieved anything at all through these, it is not in raising Singapore's football standards or world ranking. Rather, they have succeeded in turning the S.League into a multinational league that has no clear identity and nurture no rapport with most local soccer fans.

It is time to hit the reset button. Are we on the right track or has the project has been hijacked along the way for other agendas, to serve as a nursery league that benefits foreign teams and a cultivating ground for unearthing talent for the glory of the LionsXII and the future ASL team?

Tuesday 27 May 2014

24 pengadil bola sepak hadiri kursus peringkat kebangsaan ...

24 pengadil <b>bola sepak</b> hadiri kursus peringkat kebangsaan <b>...</b>


24 pengadil <b>bola sepak</b> hadiri kursus peringkat kebangsaan <b>...</b>

Posted: 19 May 2014 02:32 PM PDT

KUCHING: Unit Pengadil Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengadakan kursus pengadil dan ujian bertulis kebangsaan Kelas 3 di Bangunan Yayasan Sarawak di sini.

Kursus tiga hari berlangsung pada 15 hinga 17 Mei lalu disertai seramai 24 orang peserta kalangan pengadil tempatan dari seluruh negeri ini.

Pegawai Pembangunan Pengadil Sarawak, Marsid Dahalan berkata kursus itu bagi meningkatkan pengetahuan dan pengalaman para pengadil tempatan pada peringkat kebangsaan.

"Kita sememangnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan pengalaman para pengadil tempatan untuk bersedia menghadapi kejohanan- kejohanan bola sepak peringkat kebangsaan.

"Malah, sekarang banyak kejohanan peringkat kebangsaan dan negeri diadakan secara liga oleh persatuan bola sepak negeri dan bahagian negeri ini," katanya.

Print Friendly
We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Tengku Abdullah lebih sesuai - Raja Ahmad - liga <b>bolasepak malaysia</b>

Posted: 22 May 2014 06:24 PM PDT

Sumber: Utusan Malaysia

PETALING JAYA - Jika mengharapkan perubahan berlaku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), calon yang paling tepat untuk me­laksanakan tugas itu adalah Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sokongan itu disuarakan oleh bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang melihat satu kerugian besar buat badan induk bola sepak negara itu jika para perwakilan menolak kepimpinan Tengku Abdullah yang dianggapnya kaya dengan pengalaman bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga antarabangsa.


Bukan mahu menidakkan ke­upayaan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim namun personaliti Tengku Abdullah seperti sikap merendah diri dan senang dibawa berbincang menjadi tambah nilai kepada kualiti kepimpinan yang ada, katanya.

"Kalau ditanya kepada orang lama, saya rasa Sultan Ahmad Shah boleh dikekalkan berdasarkan pe­ngalaman baginda namun jika untuk perubahan, saya tidak nampak calon lebih baik selain Tengku Abdullah.

"Beliau boleh dianggap sebagai salah seorang tokoh bola sepak di peringkat antarabangsa, rugi kalau kita tolak memandangkan buat masa sekarang beliau adalah Naib Presiden AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) dan salah seorang ahli jawatankuasa di dalam FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).

"Saya begitu me­ngenali Tengku Abdullah secara peribadi dan tahu beliau ada kemampuan di sam­ping karakter tersendiri seperti penyabar, ketokohan di pentas antarabangsa, mempunyai ramai kenalan.

"Banyak jasa beliau kepada FAM terutama dalam aspek belakang tabir dan dalam hal ini, saya tahu perwakilan sudah matang untuk memilih siapa yang lebih layak menjadi presiden," katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran buku Bola Sepak, Pro dan Kontra karyanya semalam.

Dalam pemilihan FAM bagi penggal 2014-2018 sempena kong­res ke-50, penyandang, Sultan Ahmad Shah bakal dicabar oleh Tengku Abdullah dan Tunku Ismail bagi jawatan Presiden.

Berdasarkan jumlah pencalonan, Tengku Abdullah dilihat berada di depan setelah menerima 12 pencalonan sementara Sultan Ahmad Shah sekadar lima pencalonan sementara Tunku Ismail, tiga pencalonan.

LIGA <b>BOLASEPAK MALAYSIA</b>: Sevilla lawan Selangor 26 Mei

Posted: 20 May 2014 05:57 PM PDT

Sumber: Utusan Malaysia

SHAH ALAM - Juara Liga Europa, Sevilla bakal bertandang ke ibu negara bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan pendahulu Liga Super, Selangor di Stadium Shah Alam pada 26 Mei ini.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad.

Katanya, satu penghormatan besar buat Red Giants dan berasa bertuah kerana dapat berdepan dengan kelab terkemuka Sepanyol itu.

"Saya cukup berbangga untuk memberitahu Sevilla sudi hadir ke sini bagi mengadakan perlawanan di sini tambahan mereka baharu sahaja memenangi Liga Europa baru-baru ini," katanya dalam kenyataan akhbar.

Tiket bagi menyaksikan itu berharga RM20 dan boleh dibeli di perkarangan Stadium Shah Alam bermula Jumaat ini mulai pukul 3 petang.


Saturday 24 May 2014

Kursus Jurulatih Bola Sepak Pra C akan diadakan dari 15-17 Mei ...

Kursus Jurulatih <b>Bola Sepak</b> Pra C akan diadakan dari 15-17 Mei <b>...</b>


Kursus Jurulatih <b>Bola Sepak</b> Pra C akan diadakan dari 15-17 Mei <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2014 02:38 PM PDT

SRI AMAN: Orang ramai dipelawa untuk menyertai Kursus Jurulatih Bola Sepak Pra C yang yang akan diadakan di Kompleks Sukan Sri Aman pada 15 hingga 17 Mei 2014 nanti.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (SAFA), Zaidil Ripin berkata, Kursus Jurulatih Bola Sepak Pra C ini hanya dibuka untuk 100 individu sahaja.

Kursus tiga hari ini adalah anjuran bersama SAFA dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), jelas beliau.

Menurutnya, syarat kelayakan umur untuk menyertai kursus ini adalah 18 tahun ke atas.

Sementara itu, yuran penyertaan berjumlah RM50 dikenakan untuk peserta dari Sri Aman manakala RM100 buat peserta dari luar kawasan ini, kata beliau.

"Bagaimanapun pihak kami tidak akan menyediakan tempat penginapan untuk para peserta yang bakal menyertai kursus ini nanti," katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Menurutnya lagi, beliau bersama dengan Alfred Kendim dan Mas Shamsuddin dari SAFA yang akan mengendalikan kursus ini nanti.

Sehubungan itu, sesiapa yang berminat boleh menghubungi beliau sendiri di talian 013-5673629, Alfred Kendim (013-8248062) atau Mas Shamsuddin (019- 8347971).

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 13 Mei depan.

Print Friendly

LIGA <b>BOLASEPAK MALAYSIA</b>: SELANGOR PKNS FC 2014

Posted: 17 Dec 2013 12:00 AM PST

NAMA PASUKAN SELANGOR PKNS FC
GELARAN The Fire Ants
STADIUM Stadium Shah Alam
PRESIDEN Noor Hisham Mohd Ghouth
PENGURUS PASUKAN Mahfizul Rusydin Abdul Rashid
PEN. PENGURUS
KETUA JURULATIH Wan Jamak Wan Hassan
PEN. JURULATIH Annuar Abu Bakar
Rusdi Suparman
JURULATIH PENJAGA GOL Shuhaimi Abdul Hamid
FISIOTERAPI Mohd Azrilreza Azman
Muhamad bin Mohd Isa
JURULATIH KECERGASAN Hamizar Hamzah
KITMAN Isman Baharum
PEG MEDIA Muhamad Azrin Mohamed
PENCAPAIAN 2013 Liga Super - Tempat ke 8
Piala FA - Pusingan Ke 2
Piala Malaysia - Suku Akhir
LAMAN SESAWANG http://pknsfc.com/
FACEBOOK https://www.facebook.com/pages/PKNS-FC/210399889040066
KETUA PASUKAN Mohd Fauzan Dzulkifli
Jersi Nama T/Lahir Umur Pasukan Sebelum Warganegara
2 Mohd Faiz Mohd Isa 2-May-86 27 PKNS FC Malaysia
3 Es Lizuan Zahid Amir 5-Nov-83 30 PKNS FC Malaysia
4 Patrick Ronaldinho Wleh 17-Jun-91 22 PKNS FC Liberia
5 Shahrul Azhar Ture 15-Sep-85 29 Sabah FA Malaysia
6 Shafuan Adli Shaari 11-Dec-85 29 Perlis FA Malaysia
8 Muhammad Khairu Azrin Khazali 13-Jul-91 22 PKNS FC Malaysia
10 Karlo Primorac 1-Jun-84 29 Selangor PKNS FC Croatia
11 Mohd Nazrin Syamsul Bahari 11-Sep-90 23 PKNS FC Malaysia
12 Ally Imran Samarkhan Ismail 22 PKNS FC Malaysia
13 Mohd Fauzan Dzulkifli 13-Oct-87 26 PKNS FC Malaysia
14 Muhammad Fakhrul Aiman Sidid 12-Aug-89 24 PKNS FC Malaysia
15 Gunalan A/L Pandathan 11-Sep-81 32 PKNS FC Malaysia
16 Mohd Zulharis Mohd Noor 10-May-90 23 PKNS FC Malaysia
17 Abdul Ghani Abdul Rahman 12-Dec-85 29 Negeri Sembilan FA Malaysia
18 Mohd Zamir Selamat (PG) 9-Jun-89 25 Darul Takzim FC Malaysia
20 Mohd Aminuddin Mohd Noor 18-Aug-91 23 PKNS FC Malaysia
21 Helmi Rameli 24-Mar-89 24 PKNS FC Malaysia
22 Mohd Remezey Che Ros (PG) 6-Sep-82 31 PKNS FC Malaysia
23 Hamka Hamzah 29-Jan-84 30 Mitra Kukar, Indonesia Indonesia
24 Kim Dong-Chan 19-Dec-81 33 Persita Tangerang, Indonesia South Korea
27 Ibrahim Aziz 11-Jan-93 21 PKNS FC Malaysia
29 Nik Syafiq Syazwan Nik Min 21-Jan-94 20 Harimau Muda B Malaysia
30 Mohd Arip Amiruddin 15-Dec-92 22 Harimau Muda B Malaysia
32 Muhd Hafiz Abu Hassan Malaysia
Tauffiq Ar Rasyid Johar (PG) 18 PKNS FC Malaysia
45 Shahurain Abu Samah 23-Dec-86 28 Felda United FC Malaysia
 TOP 3 PENJARING MUSIM 2013
1 Patrick Ronaldinho Wleh Liga Super 13 Jumlah Gol Musim 2013 20
Piala FA 0
Piala Malaysia 7
2 Roman Chemelo Liga Super 3 Jumlah Gol Musim 2013 7
Piala FA 0
Piala Malaysia 4
3 Mohd Nizad Ayub Liga Super 4 Jumlah Gol Musim 2013 6
Piala FA 1
Piala Malaysia 1

LIGA <b>BOLASEPAK MALAYSIA</b>: LIGA FAM 2014: Keputusan <b>...</b>

Posted: 18 May 2014 06:01 AM PDT

079

Stadium Mini UPM

4:45pm

KUALA LUMPUR FA

2

2

KL MOF FC

S. Sumindran

Azrol Hisham Talib

Rery Martinaz Muhamad

Faizul Abdullah

080

Padang Terbuka Ibu Pejabat MADA

4:45pm

PB MELAYU KEDAH

1

0

MISC-MIFA FC

Muhammad Khidhir Ahmad Muzafar

-

081

Stadium Hang Jebat

4:45pm

MELAKA FA

2

3

SHAHZAN MUDA FC

Rajan a/l Koran

Wan Mohd Aliff Wan Jasmi

Muhd Helmi Abdullah (2)

Muhammad Hariz Fazrin Mohd Nazri

082

Stadium Darul Makmur

8:45pm

PAHANG KUANTAN FA

2

1

PERAK YBU FC

083

Stadium Olahraga USM

8:45pm

PP SUNGAI ARA FC

0

1

SABAH CEBAGOO FC

-

Mohammad Nizam Jefferi

084

Komp Sukan Maybank Bangi

4:45pm

HARIMAU MUDA C

2

2

TERENGGANU HANELANG FC

LIGA <b>BOLASEPAK MALAYSIA</b>: Alberts happy to take ugly win

Posted: 19 May 2014 01:05 AM PDT

Sumber: Borneo Post

Sarawak coach says result more important than style

KUCHING: Sarawak head coach Robert Alberts is happy his team edged Selangor PKNS 2-1 on Friday night even if they had to do it the ugly way.

He said it was always good to play attractive football but the bottom line was the result.

The first half of that home match was dour goalless affair with both sides struggling to create chances.

The goals came early in the second half when Sarawak captain Joseph Kalang Tie's long range effort put the crocs ahead.


However, before the celebrations over that goal ended Selangor PKNS captain Mohd Fauzan Dzulkifli equalised to silence the crowd.

The match seemed to be heading for a draw until Muamer Salibasic, who has been plagued by injuries since January, finally scored his first goal of the season in the 80th minute.

After the match Alberts said the players did what they were told to do – keep the play tight and fight for every ball.

"We managed to secure the three points and to me that is a job well done. Everybody worked hard to win and we did it," he added.

However, the win came with a price as team captain Joseph and Mohd Rashid Aya will miss the next match against Perak after accumulating three yellow cards and have to serve the mandatory one match ban.

Joseph, who has just returned to the Crocs' starting lineup against Selangor PKNS after a spell of injury was obviously frustrated and showed his feelings by storming off the pitch after the final whistle.

Alberts seemed unperturbed by the absence of his two first team players as he believed Sarawak had adequate cover for both of them.

"Ashri (Chuchu) can fill in for either Joseph or Rashid's roles and we have the others in the team who are also capable of doing that job in the midfield too. 

We can cope with their absence," he said.

Sarawak's next match against Perak will be played on Friday next week (May 23) at the Perak Stadium in Ipoh before the Super League takes another three-week break.

LIGA <b>BOLASEPAK MALAYSIA</b>: Baihakki sah tamat kontrak Johor DT

Posted: 07 May 2014 07:07 PM PDT

Friday 16 May 2014

Jom sertai aksi bola sepak KPD Sarikei pada 2-4 Mei depan ...

Jom sertai aksi <b>bola sepak</b> KPD Sarikei pada 2-4 Mei depan <b>...</b>


Jom sertai aksi <b>bola sepak</b> KPD Sarikei pada 2-4 Mei depan <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2014 02:27 PM PDT

SARIKEI: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei di sini pada 2 hingga 4 Mei depan.

Kejohanan tiga hari itu terbuka kepada semua pasukan bola sepak seluruh negeri ini.

Yuran penyertaan sebanyak RM200 bagi setiap pasukan.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, piala dan pingat.

Naib juara meraih hadiah RM700, piala dan pingat, tempat ketiga RM500 piala dan pingat, manakala tempat keempat RM300 bersama piala dan pingat.

Tarikh tutup menghantar borang penyertaan pada 28 April ini.

Untuk pertanyaan pasukan berminat boleh menghubungi Fadzly di talian 019-5331761 dan Felix (014-8858730).

Print Friendly
We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Tiket retro <b>bolasepak Malaysia</b> - Obsesi Dengan Bola - Segalanya <b>...</b>

Posted: 12 May 2014 04:18 AM PDT

Thursday 15 May 2014

Bola Sepak Malaysia Ranking Nombor 4 di ASEAN - Phat Corner

<b>Bola Sepak Malaysia</b> Ranking Nombor 4 di ASEAN - Phat Corner


<b>Bola Sepak Malaysia</b> Ranking Nombor 4 di ASEAN - Phat Corner

Posted: 08 May 2014 02:30 AM PDT

Kemaskini sehingga May 2014. Pasukan bola sepak Malaysia menduduki tangga ke- 4 dalam kedudukan FIFA bagi pasukan di ASEAN ( AFF ).

Mengejutkan untuk ranking terbaru ini adalah Philipina yang menduduki tangga ke-2 di belakang Vietnam.

Untuk kedudukan ranking dunia Malaysia menduduki tangga ke - 145.

Semoga ranking bola sepak negara akan terus meningkat dari masa ke semasa.

Sukan <b>Malaysia</b> dan Antarabangsa: <b>Bola Sepak</b> : Keputusan <b>...</b>

Posted: 05 May 2014 02:35 AM PDT

Piala FA 2014 telah memasuki pusingan separuh akhir di mana 4 pasukan akan bersaing merebut 2 tempat ke perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun 2014 akan datang. 4 pasukan tersebut ialah juara bertahan musim lalu yang juga kini di bawah kendalian Ketua Jurulatih baru, Kelantan yang dijadualkan bertemu pasukan Liga premier Felda United manakala finalis musim lalu, Johor Darul Ta'zim FC bertemu dengan Juara Piala Malaysia 2013 yang juga pendahulu carta kedudukan Liga Super 2014, Pahang.

Perlawanan dijadualkan berlangsung secara timbal balik di mana pada 5 dan 6 Mei 2014 bagi pusingan pertama manakala 30 dan 31 bagi pusingan kedua. Pasukan yang menang akan ke pentas perlawanan akhir 2014 pada Jun akan datang. Pada pandangan Bual Sukan, saingan ke pentas akhir dijangka sengit dengan keempat-empat pasukan mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing.

Berikut adalah keputusan perlawanan separuh akhir Piala FA 2014 :

SEPARUH AKHIR PERTAMA

5 Mei 2014 (Isnin)

Johor Darul Ta'zim FC lwn Pahang (1-1)
JDT FC : Luciano Figeroa
Pahang : Matias Conti

6 Mei 2014 (Selasa)

Kelantan lwn Felda United FC (3-3)
Kelantan : Francis Forkey Doe, Ahmad Fakri Saarani, Wan Zaharulnizam Zakaria
Felda United FC : Edward Junior Wilson, Indra Putra Mahyuddin, Mohd. Khairul Ismail 

SEPARUH AKHIR KEDUA

30 Mei 2014 (Jumaat)

Pahang lwn Johor Darul Ta'zim

31 Mei 2014 (Sabtu)

Felda United FC lwn Kelantan

Pemain tumbuk pengadil aksi <b>bola sepak</b> di Limbang BorneoPost <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2014 02:23 PM PDT

LIMBANG: Belum pun reda isu Pengurus Johor Darul Ta'zim II, On Jabar menumbuk muka pengadil, Sukri Abdul Rahman selepas tamat perlawanan antara pasukannya dengan UiTM di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Limbang dikejutkan dengan insiden sama apabila salah seorang pemain menumbuk muka pengadil pada Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Peringkat Negeri Sarawak Zon Utara di sini petang Sabtu lalu.

Insiden menggemparkan itu menyebabkan pengadil berkenaan mengalami kecederaan di ba- hagian muka dan menerima dua jahitan dan kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

Selain itu, segelintir peminat turut mendakwa pengadil tidak menjalankan tugas dengan adil apabila terdapat beberapa keputusan yang dibuat tidak memihak kepada pasukan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA), Dr Abdul Rahman Ismail melahirkan perasaan terkejut sebaik dimaklumkan insiden memalukan itu semalam.

Katanya, faktor terlalu mengikut emosi dan ghairah untuk mencapai kemenangan menyebabkan pemain berkenaan bertindak melulu sehingga menumbuk muka pengadil.

"Kita faham banyak pasukan baharu menyertai kejohanan itu dan mereka terlalu terbawabawa dengan emosi sehingga mencetuskan insiden yang tidak diingini," katanya di sini semalam.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota mahu ketua dan pengurus pasukan agar dapat memberi taklimat dan nasihat kepada anak-anak buah masing- masing pada masa akan datang bagi mengelak 'pisang berbuah dua kali'.

Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah yang berlangsung di Kompleks Sukan Limbang hujung minggu lalu dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Bahagian Limbang dan LFA turut bekerjasama membantu kejohanan itu dari segi teknikal.

Dr Abdul Rahman berkata, LFA bersedia membantu dan bekerjasama dengan penganjur jika diminta berhubung insiden berkenaan yang kini masih dalam siasatan polis.

Katanya, LFA akan bertindak tegas bagi mengelak insiden sama berulang pada Liga Limbang akan datang.

"Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan dan siasatan melalui Lembaga Disiplin terhadap mereka yang mencetuskan sebarang insiden yang tidak dingini jika berlaku pada kejohanan yang dianjurkan LFA (Liga Limbang).

"Siasatan menyeluruh juga dijalankan termasuk terhadap pengadil yang dikatakan 'berat sebelah' sekiranya perkara itu berlaku pada Liga Limbang 2014 nanti," jelasnya.

LFA juga akan memberi taklimat kepada semua pengurus, jurulatih dan termasuk pengadil bagi memastikan mereka menjalankan tugas seadil-adilnya dalam Liga Limbang.

"Kita memberi jaminan akan memastikan Liga Limbang 2014 berjalan dengan bersih bagi mengelak insiden sedemikian mencemarkan liga sekali gus industri bola sepak tempatan.

"Ini termasuk menyingkirkan pasukan yang mencetuskan masalah dan tidak terkawal," katanya.

Print Friendly