Tuesday 27 May 2014

24 pengadil bola sepak hadiri kursus peringkat kebangsaan ...

24 pengadil <b>bola sepak</b> hadiri kursus peringkat kebangsaan <b>...</b>


24 pengadil <b>bola sepak</b> hadiri kursus peringkat kebangsaan <b>...</b>

Posted: 19 May 2014 02:32 PM PDT

KUCHING: Unit Pengadil Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengadakan kursus pengadil dan ujian bertulis kebangsaan Kelas 3 di Bangunan Yayasan Sarawak di sini.

Kursus tiga hari berlangsung pada 15 hinga 17 Mei lalu disertai seramai 24 orang peserta kalangan pengadil tempatan dari seluruh negeri ini.

Pegawai Pembangunan Pengadil Sarawak, Marsid Dahalan berkata kursus itu bagi meningkatkan pengetahuan dan pengalaman para pengadil tempatan pada peringkat kebangsaan.

"Kita sememangnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan pengalaman para pengadil tempatan untuk bersedia menghadapi kejohanan- kejohanan bola sepak peringkat kebangsaan.

"Malah, sekarang banyak kejohanan peringkat kebangsaan dan negeri diadakan secara liga oleh persatuan bola sepak negeri dan bahagian negeri ini," katanya.

Print Friendly
We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Tengku Abdullah lebih sesuai - Raja Ahmad - liga <b>bolasepak malaysia</b>

Posted: 22 May 2014 06:24 PM PDT

Sumber: Utusan Malaysia

PETALING JAYA - Jika mengharapkan perubahan berlaku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), calon yang paling tepat untuk me­laksanakan tugas itu adalah Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sokongan itu disuarakan oleh bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang melihat satu kerugian besar buat badan induk bola sepak negara itu jika para perwakilan menolak kepimpinan Tengku Abdullah yang dianggapnya kaya dengan pengalaman bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga antarabangsa.


Bukan mahu menidakkan ke­upayaan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim namun personaliti Tengku Abdullah seperti sikap merendah diri dan senang dibawa berbincang menjadi tambah nilai kepada kualiti kepimpinan yang ada, katanya.

"Kalau ditanya kepada orang lama, saya rasa Sultan Ahmad Shah boleh dikekalkan berdasarkan pe­ngalaman baginda namun jika untuk perubahan, saya tidak nampak calon lebih baik selain Tengku Abdullah.

"Beliau boleh dianggap sebagai salah seorang tokoh bola sepak di peringkat antarabangsa, rugi kalau kita tolak memandangkan buat masa sekarang beliau adalah Naib Presiden AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) dan salah seorang ahli jawatankuasa di dalam FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).

"Saya begitu me­ngenali Tengku Abdullah secara peribadi dan tahu beliau ada kemampuan di sam­ping karakter tersendiri seperti penyabar, ketokohan di pentas antarabangsa, mempunyai ramai kenalan.

"Banyak jasa beliau kepada FAM terutama dalam aspek belakang tabir dan dalam hal ini, saya tahu perwakilan sudah matang untuk memilih siapa yang lebih layak menjadi presiden," katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran buku Bola Sepak, Pro dan Kontra karyanya semalam.

Dalam pemilihan FAM bagi penggal 2014-2018 sempena kong­res ke-50, penyandang, Sultan Ahmad Shah bakal dicabar oleh Tengku Abdullah dan Tunku Ismail bagi jawatan Presiden.

Berdasarkan jumlah pencalonan, Tengku Abdullah dilihat berada di depan setelah menerima 12 pencalonan sementara Sultan Ahmad Shah sekadar lima pencalonan sementara Tunku Ismail, tiga pencalonan.

LIGA <b>BOLASEPAK MALAYSIA</b>: Sevilla lawan Selangor 26 Mei

Posted: 20 May 2014 05:57 PM PDT

Sumber: Utusan Malaysia

SHAH ALAM - Juara Liga Europa, Sevilla bakal bertandang ke ibu negara bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan pendahulu Liga Super, Selangor di Stadium Shah Alam pada 26 Mei ini.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad.

Katanya, satu penghormatan besar buat Red Giants dan berasa bertuah kerana dapat berdepan dengan kelab terkemuka Sepanyol itu.

"Saya cukup berbangga untuk memberitahu Sevilla sudi hadir ke sini bagi mengadakan perlawanan di sini tambahan mereka baharu sahaja memenangi Liga Europa baru-baru ini," katanya dalam kenyataan akhbar.

Tiket bagi menyaksikan itu berharga RM20 dan boleh dibeli di perkarangan Stadium Shah Alam bermula Jumaat ini mulai pukul 3 petang.


No comments:

Post a Comment