Sunday 4 May 2014

Kursus Jurulatih Bola Sepak Pra C akan diadakan dari 15-17 Mei ...

Kursus Jurulatih <b>Bola Sepak</b> Pra C akan diadakan dari 15-17 Mei <b>...</b>


Kursus Jurulatih <b>Bola Sepak</b> Pra C akan diadakan dari 15-17 Mei <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2014 02:38 PM PDT

SRI AMAN: Orang ramai dipelawa untuk menyertai Kursus Jurulatih Bola Sepak Pra C yang yang akan diadakan di Kompleks Sukan Sri Aman pada 15 hingga 17 Mei 2014 nanti.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (SAFA), Zaidil Ripin berkata, Kursus Jurulatih Bola Sepak Pra C ini hanya dibuka untuk 100 individu sahaja.

Kursus tiga hari ini adalah anjuran bersama SAFA dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), jelas beliau.

Menurutnya, syarat kelayakan umur untuk menyertai kursus ini adalah 18 tahun ke atas.

Sementara itu, yuran penyertaan berjumlah RM50 dikenakan untuk peserta dari Sri Aman manakala RM100 buat peserta dari luar kawasan ini, kata beliau.

"Bagaimanapun pihak kami tidak akan menyediakan tempat penginapan untuk para peserta yang bakal menyertai kursus ini nanti," katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Menurutnya lagi, beliau bersama dengan Alfred Kendim dan Mas Shamsuddin dari SAFA yang akan mengendalikan kursus ini nanti.

Sehubungan itu, sesiapa yang berminat boleh menghubungi beliau sendiri di talian 013-5673629, Alfred Kendim (013-8248062) atau Mas Shamsuddin (019- 8347971).

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 13 Mei depan.

Print Friendly

Saksikan aksi hebat Karnival <b>Bola Sepak</b> Sembilan Sebelah hujung <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2014 02:35 PM PDT

LIMBANG: Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Bahagian Limbang bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA) buat julung kalinya akan menganjurkan Karnival Bola Sepak Sembilan Sebelah yang berlangsung di Kompleks Sukan pada 26 dan 27 April.

Timbalan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA), Alidin@Brahim Tawar berkata, pasukan yang bertanding terdiri daripada pasukan dari Zon Utara termasuk, Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas.

Katanya, pelbagai hadiah lumayan ditawarkan kepada bakal-bakal pemenang kejohanan itu nanti.

"Juara akan menerima wang tunai RM1,000, tempat kedua menerima RM700, ketiga RM500 dan keempat RM300," katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Beliau turut berharap kejohanan berkenaan akan dapat dianjurkan secara berterusan dalam usaha memeriahkan lagi industri bola sepak tempatan.

"Kejohanan ini juga merupakan permulaan yang baik untuk Liga Limbang yang bakal melabuhkan tirainya awal Mei depan," ujarnya lagi.

Alidin turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai dan peminat bola sepak tempatan agar datang beramairamai bagi memeriahkan kejohanan itu pada hujung minggu ini.

Print Friendly

Dalat layak ke final <b>bola sepak</b> Pesta Kaul Mukah – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2014 02:18 PM PDT

MUKAH: Pasukan Dalat berjaya menjinakkan Belawai 1-0 pada perlawanan separuh akhir pertandingan bola sepak sempena Pesta Kaul Mukah 2014 sekali gus layak ke perlawanan akhir.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bekerja keras untuk mendapat jaringan, namun usaha kedua-dua pasukan untuk mencari jaringan gagal.

Separuh masa kedua pemain Dalat, Benjamin Alphonsus berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-52 menjadikan kedudukan 1-0 sehingga tamat perlawanan.

Jurulatih Dalat, Nizam Mahdi memberitahu beliau amat gembira dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua pemain terutama bahagian serangan dan pertahanan.

"Saya amat gembira dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua pemain terutamanya di bahagian serangan menunjukkan disiplin baik walaupun pihak lawan memberi tekanan," katanya.

Mengulas mengenai persediaan untuk bertemu pasukan Mukah pada 29 April ini, beliau memberitahu akan mengatur strategi baharu bagi menentang pasukan tuan rumah itu (Mukah).

"Saya akan mengatur strategi baharu bagi menentang pasukan Mukah dalam perlawanan akhir nanti," katanya.

Print Friendly
We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

No comments:

Post a Comment