Thursday 15 May 2014

Bola Sepak Malaysia Ranking Nombor 4 di ASEAN - Phat Corner

<b>Bola Sepak Malaysia</b> Ranking Nombor 4 di ASEAN - Phat Corner


<b>Bola Sepak Malaysia</b> Ranking Nombor 4 di ASEAN - Phat Corner

Posted: 08 May 2014 02:30 AM PDT

Kemaskini sehingga May 2014. Pasukan bola sepak Malaysia menduduki tangga ke- 4 dalam kedudukan FIFA bagi pasukan di ASEAN ( AFF ).

Mengejutkan untuk ranking terbaru ini adalah Philipina yang menduduki tangga ke-2 di belakang Vietnam.

Untuk kedudukan ranking dunia Malaysia menduduki tangga ke - 145.

Semoga ranking bola sepak negara akan terus meningkat dari masa ke semasa.

Sukan <b>Malaysia</b> dan Antarabangsa: <b>Bola Sepak</b> : Keputusan <b>...</b>

Posted: 05 May 2014 02:35 AM PDT

Piala FA 2014 telah memasuki pusingan separuh akhir di mana 4 pasukan akan bersaing merebut 2 tempat ke perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun 2014 akan datang. 4 pasukan tersebut ialah juara bertahan musim lalu yang juga kini di bawah kendalian Ketua Jurulatih baru, Kelantan yang dijadualkan bertemu pasukan Liga premier Felda United manakala finalis musim lalu, Johor Darul Ta'zim FC bertemu dengan Juara Piala Malaysia 2013 yang juga pendahulu carta kedudukan Liga Super 2014, Pahang.

Perlawanan dijadualkan berlangsung secara timbal balik di mana pada 5 dan 6 Mei 2014 bagi pusingan pertama manakala 30 dan 31 bagi pusingan kedua. Pasukan yang menang akan ke pentas perlawanan akhir 2014 pada Jun akan datang. Pada pandangan Bual Sukan, saingan ke pentas akhir dijangka sengit dengan keempat-empat pasukan mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing.

Berikut adalah keputusan perlawanan separuh akhir Piala FA 2014 :

SEPARUH AKHIR PERTAMA

5 Mei 2014 (Isnin)

Johor Darul Ta'zim FC lwn Pahang (1-1)
JDT FC : Luciano Figeroa
Pahang : Matias Conti

6 Mei 2014 (Selasa)

Kelantan lwn Felda United FC (3-3)
Kelantan : Francis Forkey Doe, Ahmad Fakri Saarani, Wan Zaharulnizam Zakaria
Felda United FC : Edward Junior Wilson, Indra Putra Mahyuddin, Mohd. Khairul Ismail 

SEPARUH AKHIR KEDUA

30 Mei 2014 (Jumaat)

Pahang lwn Johor Darul Ta'zim

31 Mei 2014 (Sabtu)

Felda United FC lwn Kelantan

Pemain tumbuk pengadil aksi <b>bola sepak</b> di Limbang BorneoPost <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2014 02:23 PM PDT

LIMBANG: Belum pun reda isu Pengurus Johor Darul Ta'zim II, On Jabar menumbuk muka pengadil, Sukri Abdul Rahman selepas tamat perlawanan antara pasukannya dengan UiTM di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Limbang dikejutkan dengan insiden sama apabila salah seorang pemain menumbuk muka pengadil pada Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Peringkat Negeri Sarawak Zon Utara di sini petang Sabtu lalu.

Insiden menggemparkan itu menyebabkan pengadil berkenaan mengalami kecederaan di ba- hagian muka dan menerima dua jahitan dan kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

Selain itu, segelintir peminat turut mendakwa pengadil tidak menjalankan tugas dengan adil apabila terdapat beberapa keputusan yang dibuat tidak memihak kepada pasukan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA), Dr Abdul Rahman Ismail melahirkan perasaan terkejut sebaik dimaklumkan insiden memalukan itu semalam.

Katanya, faktor terlalu mengikut emosi dan ghairah untuk mencapai kemenangan menyebabkan pemain berkenaan bertindak melulu sehingga menumbuk muka pengadil.

"Kita faham banyak pasukan baharu menyertai kejohanan itu dan mereka terlalu terbawabawa dengan emosi sehingga mencetuskan insiden yang tidak diingini," katanya di sini semalam.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota mahu ketua dan pengurus pasukan agar dapat memberi taklimat dan nasihat kepada anak-anak buah masing- masing pada masa akan datang bagi mengelak 'pisang berbuah dua kali'.

Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah yang berlangsung di Kompleks Sukan Limbang hujung minggu lalu dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Bahagian Limbang dan LFA turut bekerjasama membantu kejohanan itu dari segi teknikal.

Dr Abdul Rahman berkata, LFA bersedia membantu dan bekerjasama dengan penganjur jika diminta berhubung insiden berkenaan yang kini masih dalam siasatan polis.

Katanya, LFA akan bertindak tegas bagi mengelak insiden sama berulang pada Liga Limbang akan datang.

"Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan dan siasatan melalui Lembaga Disiplin terhadap mereka yang mencetuskan sebarang insiden yang tidak dingini jika berlaku pada kejohanan yang dianjurkan LFA (Liga Limbang).

"Siasatan menyeluruh juga dijalankan termasuk terhadap pengadil yang dikatakan 'berat sebelah' sekiranya perkara itu berlaku pada Liga Limbang 2014 nanti," jelasnya.

LFA juga akan memberi taklimat kepada semua pengurus, jurulatih dan termasuk pengadil bagi memastikan mereka menjalankan tugas seadil-adilnya dalam Liga Limbang.

"Kita memberi jaminan akan memastikan Liga Limbang 2014 berjalan dengan bersih bagi mengelak insiden sedemikian mencemarkan liga sekali gus industri bola sepak tempatan.

"Ini termasuk menyingkirkan pasukan yang mencetuskan masalah dan tidak terkawal," katanya.

Print Friendly

No comments:

Post a Comment