Tuesday 3 June 2014

Kecelaruan Dunia Bola Sepak Malaysia - Anak Askar Pencen

Kecelaruan Dunia <b>Bola Sepak Malaysia</b> - Anak Askar Pencen


Kecelaruan Dunia <b>Bola Sepak Malaysia</b> - Anak Askar Pencen

Posted: 26 May 2014 04:57 PM PDT

Malaysia, dahulunya adalah gergasi bola sepak Asia. Malahan, taraf dan prestij bola sepak Malaysia membuatkan banyak pasukan bola sepak di seluruh dunia, baik dari pasukan kebangsaan mahupun kelab-kelab utama seperti Boca Juniors dari Argentina, berbangga dapat menyertai Pesta Bolasepak Merdeka.

Itu dulu. Sekarang, lain cerita.

hil.my

Mengikut laporan dari Bernama pada 8 Mei lalu, kegagalan Malaysia untuk menewaskan Filipina di tempat sendiri mahupun di tempat lawan dalam perlawanan persahabatan mutakhir ini, telah menjadi sebab musabab mengapa kedudukan Malaysia tergelincir 3 anak tangga. Pada April lalu, ranking Malaysia di dalam carta Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi pasukan bolasepak kebangsaan dunia adalah pada anak tangga ke 142. Bulan ini pula, telah jatuh ke 145.

Skuad di bawah kendalian jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee telah menduduki anak tangga ke 154 Januari lalu. Kemudian 150 pada Februari dan pada bulan Mac di kedudukan 141.

Ranking Malaysia tidak penting?

Kedudukan terkini Malaysia ini meletakkan tahap dan prestasi bola sepak Malaysia setaraf dengan negara-negara seperti Belize (144), Kyrgyzstan (146), Singapura dan India (147) dan Puerto Rico (149).

razkein

Pada senarai Asia Tenggara pula, kedudukan Malaysia jatuh ke anak tangga keempat (kedudukan ketiga sebelum ini) dibelakang Vietnam, Filipina dan Thailand. Malah, di peringkat Asia juga, kedudukan Malaysia tergelincir dari 22 ke tempat ke 23.

Di dalam carta bola sepak antarabangsa berkenaan yang menyenaraikan 209 buah negara di seluruh dunia, juara Eropah dan juara dunia Sepanyol masih kekal mengungguli carta. Manakala Jerman dan Portugal pula masih kekal di tempat kedua dan ketiga.

Sepanyol mengumpulkan 1,460 mata, diikuti oleh Jerman 1,390 mata dan Portugal 1,245 mata.

Malang selalu

Nasib malang yang menimpa bola sepak Malaysia, yang dizahirkan pada kurangnya jumlah kejuaraan berprestij yang dimenangi, adalah kerana campur tangan bersifat politik oleh golongan-golongan elit yang cuba meluaskan pengaruh masing-masing melalui bola sepak hingga membantutkan usaha pembangunan bola sepak tempatan

Keganasan bola sepak, baik di dalam mahupun di luar padang, sudah menjadi hampir kebiasaan di laporkan di dalam media massa. Bukan satu kebanggaan jika hal-hal keganasan ini yang menjadi tajuk utama perihal bola sepak tempatan.

Ganas

28 Mei tahun sudah, sewaktu separuh akhir kedua Piala FA, perlawanan di antara Pahang menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Darul Makmur dicemari insiden keganasan penyokong dan juga limpahan jumlah penonton yang terlalu ramai melebihi kapasiti stadium yang hanya mampu menampung jumlah pengunjung maksima 35,000. Sesetengah pihak mendakwa jumlah penyokong telah melebihi 42,000 hingga melimpah ke trek larian.

Perlawanan tersebut pada asalnya dilewatkan waktu sepak mulanya oleh kerana jumlah penyokong yang terlalu ramai, telah diumumkan pembatalannya pada jam 10.45 malam. Sejurus pengumuman rasmi tersebut dibuat oleh Naib Setiausaha FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud, sejumlah penyokong mengamuk dan meluru ke tengah padang dan bertembung dengan pihak keselamatan. Pelbagai objek dilontar hingga menyebabkan berlaku kecederaan.

Berdekad lamanya FAM mengendalikan bola sepak Malaysia, tidak banyak perubahan positif berlaku dalam arena bila sepak tempatan, termasuk menguruskan penyokong.

Wang bukanlah segala-galanya untuk membangunkan Bola Sepak

Jutaan ringgit telah dilaburkan untuk membangunkan sukan tempatan termasuklah sukan bola sepak. Namun hasilnya, tidak memberangsangkan. Bola sepak ni nama je sukan nombor satu rakyat Malaysia, tapi rakyat nak sokong pun rasa sakit hati bila banyak hal-hal kelemahan pengurusan FAM masih lagi tidak diatasi. So, tak hairanlah jikalau lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang menyokong liga-liga Eropah dari menyokong Liga Super.

Pengurusan bola sepak itu sendiri seharusnya dipertanggungjawabkan pada orang yang arif dengan bola sepak dan bukannya pada kerabat mahupun orang-orang politik yang berkepentingan peribadi.

Duit sahaja tidak mampu membeli kejayaan dalam arena bola sepak. Tak percaya? Cuba tanya pada Vincent Tan dan Tony Fernandez yang masing-masing menjadi pemilik kelab Cardiff City dan Queen's Park Rangers di England.

The Ant Daily

Bola sepak seharusnya dikembalikan semula haknya kepada rakyat yang arif tentang sukan ini. Ia bersesuaian dengan semangat bola sepak itu sendiri sebagai sukan rakyat. Dalam keadaan bola sepak tempatan yang huru-hara ni, aku rasa ada besar hikmahnya, mengapa Malaysia tidak layak ke Piala Dunia.


No comments:

Post a Comment