Sunday 31 August 2014

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA: PIALA MALAYSIA 2014: Peringkat ...

LIGA <b>BOLASEPAK MALAYSIA</b>: PIALA MALAYSIA 2014: Peringkat <b>...</b>


LIGA <b>BOLASEPAK MALAYSIA</b>: PIALA MALAYSIA 2014: Peringkat <b>...</b>

Posted: 23 Aug 2014 08:20 AM PDT

A17

Stadium Darulmakmur

8:45pm

PAHANG FA

2

3

FELDA UNITED FC

R. Gopinathan

Matias Conti

Edward Junior Wilson (2)

Mohd Shukor Adan

A18

Stadium TSDHHY Larkin

8:45pm

JOHOR DT 2

2

1

LIONS XII FC

Shafiq Shahruddin

Fandi Ahmad

Mohd Hafiz Sujad

Friday 29 August 2014

LINE MELANCARKAN AKAUN RASMI BAGI KELAB BOLA SEPAK ...

LINE MELANCARKAN AKAUN RASMI BAGI KELAB <b>BOLA SEPAK</b> <b>...</b>


LINE MELANCARKAN AKAUN RASMI BAGI KELAB <b>BOLA SEPAK</b> <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2014 05:02 AM PDT

Juara 20 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United bakal menjadi kelab bola sepak Inggeris pertama mempunyai Akaun Rasmi LINE, peneraju platform mudah alih terkemuka dunia dengan lebih 490 juta pengguna. Dengan jumlah pengikut yang besar di Malaysia dan keupayaan memukau peminat menerusi serangan taktikal bola sepak, peminat kelab tersohor Red Devils di Malaysia kini dapat menerima berita terkini, video dan imej dari kelab itu menerusi LINE. Menerusi akaun rasmi ini, Manchester United akan berupaya untuk berhubung dengan peminat di seluruh dunia menggunakan platform global LINE.

manutd eng 1

"Kami tahu Manchester United adalah sebuah kelab bola sepak yang istimewa dan membawa maksud yang cukup mendalam kepada kebanyakan peminat tegarnya. Oleh itu, kami mahu membawa peminat lebih dekat lagi dengan kelab ini menerusi LINE. Kami dengan bangganya mengumumkan bahawa peminat Manchester United akan berpeluang mendapatkan maklumat terkini secara langsung mengenai kelab mereka itu berbanding tempat lain." kata Pengurus Perhubungan Awam LINE Malaysia, Patricia Yeoh.

manutd eng 2

Ketika ditanya mengenai kehadiran sulung Manchester United menerusi akaun rasmi LINE, peminat yang sekian lama menyokong Manchester United, Hijas berkata: "Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk melihat kandungan yang disesuaikan dari kelab kegemaran saya. Saya menyokong kelab ini sejak sekian lama dan dengan keupayaan LINE untuk mengetahui lebih lagi mengenai Manchester United dan semua yang terkini adalah satu kelebihan bagi saya yang sentiasa bergerak."

manutd eng 3

Ditubuhkan pada 1878, Manchester United adalah salah sebuah kelab yang paling popular dan pasukan bola sepak paling berjaya di dunia. Dengan sejarah pencapaian seperti Juara dua kali Kelab FIFA Piala Dunia, Juara tiga kali Liga Juara Juara UEFA, dan Juara 20 kali Liga Perdana Inggeris, kelab ini telah berjaya membangunkan kelab peminat yang merentas England hingga ke serata pelusuk dunia.

Memandangkan Liga Perdana Inggeris menjadi liga yang paling banyak ditonton di Malaysia, rakyat Malaysia bakal disajikan dengan lebih berita bola sepak mengenai Manchester United secara lebih pantas menerusi LINE.

Peminat Manchester United boleh mula mengikuti Akaun Rasmi Kelab Peminat Manchester United bermula 21 Ogos untuk menerima berita terkini, video dan imej menerusi akaun LINE mereka.

Ringkasan Akaun Rasmi Kelab Peminat Manchester United
Nama Akaun Rasmi: Manchester United
Pengenalan LINE: @manutd
Rantau yang disokong: Global
Bahasa yang disokong: Inggeris, Jepun, Thai

Thursday 28 August 2014

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA: PIALA MALAYSIA 2014: Peringkat ...

LIGA <b>BOLASEPAK MALAYSIA</b>: PIALA MALAYSIA 2014: Peringkat <b>...</b>


LIGA <b>BOLASEPAK MALAYSIA</b>: PIALA MALAYSIA 2014: Peringkat <b>...</b>

Posted: 23 Aug 2014 08:20 AM PDT

A17

Stadium Darulmakmur

8:45pm

PAHANG FA

2

3

FELDA UNITED FC

R. Gopinathan

Matias Conti

Edward Junior Wilson (2)

Mohd Shukor Adan

A18

Stadium TSDHHY Larkin

8:45pm

JOHOR DT 2

2

1

LIONS XII FC

Shafiq Shahruddin

Fandi Ahmad

Mohd Hafiz Sujad

malaysiafootball: <b>Bolasepak</b> Sukan Asia 2014

Posted: 20 Aug 2014 12:19 AM PDT

SUKAN ASIA KE 17 INCHEON 2014
17th Asian Games INCHEON 2014

Acara Bolasepak Lelaki

Tarikh Undian: 21 Ogos 2014 (Khamis)

Venue Undian: Harbor Park Hotel, Incheon

Tarikh acara bolasepak: 14 September -  3 Oktober 2014

Jumlah penyertaan: 29 negara

Kumpulan A: Korea Republic, Malaysia, Saudi Arabia, Laos

Kumpulan B: Uzbekistan, Hong Kong, Bangladesh, Afghanistan

Kumpulan C: Oman, Palestine, Singapore, Tajikstan

Kumpulan D: Japan, Kuwait, Iraq, Nepal

Kumpulan E: Thailand, Maldives, Timor Leste, Indonesia

Kumpulan F: DPR Korea, China PR, Pakistan

Kumpulan G: UAE, India, Jordan

Kumpulan H: IR Iran, Vietnam, Kyrgyzstan

Senarai 20 pemain Korea Selatan:
Ketua Jurulatih: Lee Kwang-jong

Penjaga Gol - Kim Seung-gyu (Ulsan Hyundai FC), No Dong-geon (Suwon Samsung Bluewings)

Pertahanan - Kim Jin-soo (TSG Hoffenheim), Jang Hyun-soo (Guangzhou R&F FC), Lee Joo-yeong (Montedio Yamagata), Kim Min-hyeok (Sagan Tosu), Choi Sung-keun (Sagan Tosu), Rim Chang-woo (Daejeon Citizen FC), Kawk Hae-seong (Seongnam FC)

Tengah - Park Joo-ho (Mainz 05), Moon Sang-yun (Incheon United FC), Yoon Il-rok (FC Seoul), Lee Jae-seong (Cheonbuk Hyundai Motors) Kim Seung-dae (Pohang Steelers), Son Jun-ho (Pohang Steelers), Kim Yeong-wook (Jeonnam Dragons), An Yong-woo (Jeonnam Dragons)

Penyerang - Kim Shin-wook (Ulsan Hyundai FC), Lee Yong-jae (V-Varen Nagasaki), Lee Jong-ho (Jeonnam Dragons)

Pasukan pilihan berdasarkan kepada kepada prestasi Sukan Asia 2010 (8 pasukan):

1. South Korea (Tuan Rumah dan Pingat Gangsa Sukan Asia 2010),
2. Japan (Pingat Emas Sukan Asia 2010),
3. United Arab Emirates (Pingat Perak Sukan Asia 2010),
4. Iran,
5. North Korea,
6. Uzbekistan,
7. Oman,
8. Thailand

Format peringkat kumpulan di bahagikan kepada 8 kumpulan:

Kumpulan A - F: 4 negara setiap kumpulan.

Kumpulan F - H: 3 negara setiap kumpulan..

Dua (2) pasukan teratas setiap kumpulan iaitu Juara dan Naib Juara Kumpulan akan layak ke Pusingan 16 pasukan (Round of 16).

Group Stage (Peringkat Kumpulan)
14 September 2014 (Ahad)
01 A Saudi Arabia 13:00 Laos Munhak Stadium
02 A Korea Republic 16:00 Malaysia Munhak Stadium
03 D Iraq 13:00 Nepal Incheon Football Stadium
04 D Japan 18:30 Kuwait Incheon Football Stadium
05 C Singapore 13:00 Tajikistan Ansan Wa Stadium
06 C Oman 16:00 Palestine Ansan Wa Stadium
15 September 2014 (Isnin)
09 B Bangladesh 16:00 Afghanistan Munhak Stadium
10 B Uzbekistan 19:00 Hong Kong Munhak Stadium
11 E Timor Leste 16:00 Indonesia Goyang Stadium
12 E Thailand 21:00 Maldives Goyang Stadium
13 F DPR Korea 16:00 China PR Incheon Football Stadium
14 G UAE 16:00 India Hwaseong Sports Complex Main Stadium
15 H Iran 16:00 Vietnam Ansan Wa Stadium
17 September 2014 (Rabu)
19 A Malaysia 16:00 Laos Ansan Wa Stadium
20 A Korea Republic 19:00 Saudi Arabia Ansan Wa Stadium
21 D Kuwait 16:00 Nepal Goyang Stadium
22 D Japan 19:00 Iraq Goyang Stadium
23 C Palestine 16:00 Tajikistan Hwaseong Sports Complex Main Stadium
24 C Oman 19:00 Singapore Hwaseong Sports Complex Main Stadium
18 September 2014 (Khamis)
27 B Hong Kong 16:00 Afghanistan Ansan Wa Stadium
28 B Uzbekistan 19:00 Bangladesh Ansan Wa Stadium
29 E Maldives 13:00 Indonesia Incheon Football Stadium
30 E Thailand 19:00 Timor Leste Incheon Football Stadium
31 F Pakistan 16:00 DPR Korea Hwaseong Sports Complex Main Stadium
32 G Jordan 16:00 UAE Goyang Stadium
33 H Kyrgyzstan 16:00 Iran Munhak Stadium
21 September 2014 (Ahad)
37 D Nepal 13:00 Japan Goyang Stadium
38 A Malaysia 16:00 Saudi Arabia Goyang Stadium
39 D Kuwait 13:00 Iraq Hwaseong Sports Complex Main Stadium
40 A Laos 16:00 Korea Republic Hwaseong Sports Complex Main Stadium
41 C Palestine 16:00 Singapore Ansan Wa Stadium
42 C Tajikistan 16:00 Oman Goyang Stadium
22 September 2014 (Isnin)
44 B Hong Kong 16:00 Bangladesh Hwaseong Sports Complex Main Stadium
45 F China PR 19:00 Pakistan Hwaseong Sports Complex Main Stadium
47 B Afghanistan 16:00 Uzbekistan Goyang Stadium
48 H Vietnam 16:00 Kyrgyzstan Ansan Wa Stadium
49 E Maldives 19:00 Timor Leste Ansan Wa Stadium
50 G India 16:00 Jordan Goyang Stadium
52 E Indonesia 19:00 Thailand Incheon Football Stadium
Round of 16 (Pusingan 16)
25 September 2014 (Khamis)
55 R16 1st of C 16:00 2nd of D Hwaseong Sports Complex Main Stadium
56 R16 1st of G 16:00 2nd of H Munhak Stadium
57 R16 1st of A 19:00 2nd of B Goyang Stadium
58 R16 1st of E 19:00 2nd of F Ansan Wa Stadium
26 September 2014 (Jumaat)
59 R16 1st of D 15:00 2nd of C Incheon Football Stadium
60 R16 1st of H 15:00 2nd of G Hwaseong Sports Complex Main Stadium
63 R16 1st of B 19:00 2nd of A Goyang Stadium
65 R16 1st of F 19:00 2nd of E Ansan Wa Stadium
Quarter-finals (Suku Akhir)
28 September 2014 (Ahad)
67 QF Winner M58 13:00 Winner M56 Incheon Football Stadium
68 QF Winner M65 13:00 Winner M60 Hwaseong Sports Complex Main Stadium
69 QF Winner M57 16:00 Winner M55 Munhak Stadium
70 QF Winner M63 16:00 Winner M59 Goyang Stadium
Semi-finals (Separuh Akhir)
30 September 2014 (Selasa)
73 SF Winner M70 16:00 Winner M68 Incheon Football Stadium
74 SF Winner M69 19:00 Winner M67 Munhak Stadium
FINALS (AKHIR)
02 Oktober 2014 (Khamis)
77 3-4 Loser M74 16:00 Loser M73 Incheon Football Stadium
74 FINAL Winner M74 19:00 Winner M73 Munhak Stadium

Tuesday 26 August 2014

LINE MELANCARKAN AKAUN RASMI BAGI KELAB BOLA SEPAK ...

LINE MELANCARKAN AKAUN RASMI BAGI KELAB <b>BOLA SEPAK</b> <b>...</b>


LINE MELANCARKAN AKAUN RASMI BAGI KELAB <b>BOLA SEPAK</b> <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2014 05:02 AM PDT

Juara 20 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United bakal menjadi kelab bola sepak Inggeris pertama mempunyai Akaun Rasmi LINE, peneraju platform mudah alih terkemuka dunia dengan lebih 490 juta pengguna. Dengan jumlah pengikut yang besar di Malaysia dan keupayaan memukau peminat menerusi serangan taktikal bola sepak, peminat kelab tersohor Red Devils di Malaysia kini dapat menerima berita terkini, video dan imej dari kelab itu menerusi LINE. Menerusi akaun rasmi ini, Manchester United akan berupaya untuk berhubung dengan peminat di seluruh dunia menggunakan platform global LINE.

manutd eng 1

"Kami tahu Manchester United adalah sebuah kelab bola sepak yang istimewa dan membawa maksud yang cukup mendalam kepada kebanyakan peminat tegarnya. Oleh itu, kami mahu membawa peminat lebih dekat lagi dengan kelab ini menerusi LINE. Kami dengan bangganya mengumumkan bahawa peminat Manchester United akan berpeluang mendapatkan maklumat terkini secara langsung mengenai kelab mereka itu berbanding tempat lain." kata Pengurus Perhubungan Awam LINE Malaysia, Patricia Yeoh.

manutd eng 2

Ketika ditanya mengenai kehadiran sulung Manchester United menerusi akaun rasmi LINE, peminat yang sekian lama menyokong Manchester United, Hijas berkata: "Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk melihat kandungan yang disesuaikan dari kelab kegemaran saya. Saya menyokong kelab ini sejak sekian lama dan dengan keupayaan LINE untuk mengetahui lebih lagi mengenai Manchester United dan semua yang terkini adalah satu kelebihan bagi saya yang sentiasa bergerak."

manutd eng 3

Ditubuhkan pada 1878, Manchester United adalah salah sebuah kelab yang paling popular dan pasukan bola sepak paling berjaya di dunia. Dengan sejarah pencapaian seperti Juara dua kali Kelab FIFA Piala Dunia, Juara tiga kali Liga Juara Juara UEFA, dan Juara 20 kali Liga Perdana Inggeris, kelab ini telah berjaya membangunkan kelab peminat yang merentas England hingga ke serata pelusuk dunia.

Memandangkan Liga Perdana Inggeris menjadi liga yang paling banyak ditonton di Malaysia, rakyat Malaysia bakal disajikan dengan lebih berita bola sepak mengenai Manchester United secara lebih pantas menerusi LINE.

Peminat Manchester United boleh mula mengikuti Akaun Rasmi Kelab Peminat Manchester United bermula 21 Ogos untuk menerima berita terkini, video dan imej menerusi akaun LINE mereka.

Ringkasan Akaun Rasmi Kelab Peminat Manchester United
Nama Akaun Rasmi: Manchester United
Pengenalan LINE: @manutd
Rantau yang disokong: Global
Bahasa yang disokong: Inggeris, Jepun, Thai

Friday 22 August 2014

Bola sepak Malaysia ranking 155, FAM perlu tindakan drastik ...

<b>Bola sepak Malaysia</b> ranking 155, FAM perlu tindakan drastik <b>...</b>


<b>Bola sepak Malaysia</b> ranking 155, FAM perlu tindakan drastik <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2014 12:17 AM PDT

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 OGOS: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disaran untuk menjadikan Piala Malaysia yang baru bermula musim ini sebagai platform memilih pemain skuad Harimau Malaya.

Bekas Pengurus Pasukan Selangor, Zakaria Abd Rahim berkata, FAM perlu memastikan pemain yang menampilkan aksi meyakinkan sepanjang liga berlangsung dipilih bagi mewakili Malaysia dalam Piala Suzuki AFF 2014 akan datang.

harimau malaya 640 x 480Katanya, langkah itu penting agar barisan pemain berkualiti ditampilkan bagi melonjakkan kembali prestasi pasukan bola sepak negara seterusnya memperbaiki kedudukan dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"FAM perlu berani gugurkan pemain yang mungkin ternama tetapi tidak menampilkan aksi terbaik, pilih hanya pemain yang berkebolehan dan cergas dalam Piala Malaysia.

"Liga Malaysia inilah tempat yang perlu dilihat untuk mencungkil pemain, mana-mana kejohanan rujuk sahaja pada liga, bukan bersandarkan pada nama," katanya kepada Selangor Kini.

Beliau ditanya langkah perlu diambil FAM bagi memperbaiki kedudukan bola sepak negara yang berada pada kedudukan 155 dalam ranking terbaharu FIFA bulan ini.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia turun dua anak tangga untuk  berada di tangga kelima di belakang Filipina (128), Vietnam (139), Singapura (152) dan Indonesia (153) selain menurun tiga anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-29 daripada 46 negara Asia.

"Abaikan kedudukan dunia buat sementara ini tetapi fokus pada kedudukan Asia Tenggara ini, perbaiki melalui kejohanan AFF 2014 yang akan datang.

Zakaria"Dahulu kita setanding Jepun dan Korea tetapi sekarang Filipina daripada tiada apa pun dah melangkaui kita. Sesuatu mesti dilakukan," katanya lagi.

Singapura dan Vietnam akan menjadi tuan rumah bersama Piala Suzuki AFF 2014 yang dijadual berlangsung pada bulan Oktober nanti.

Zakaria berjaya memimpin pasukan Selangor menjadi naib juara piala FA dan Piala Malaysia pada 2008 serta muncul juara tiga piala iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih pada musim berikutnya.

EZY

Wednesday 20 August 2014

Contohi Jerman bangunkan pemain muda kembalikan ...

Contohi Jerman bangunkan pemain muda kembalikan <b>...</b>


Contohi Jerman bangunkan pemain muda kembalikan <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2014 01:00 AM PDT

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 OGOS: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) patut merangka pelan pembangunan pemain pelapis secara lebih konsisten dan progresif bagi pelan jangka masa panjang bagi mengembalikan kegemilangan bola sepak negara.

Bekas Pengurus Pasukan Selangor, Zakaria Abdul Rahim berkata, FAM harus menyediakan rangka pelan pembangunan untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 15 tahun yang akan datang.

gotzeKatanya, FAM perlu mencontohi komitmen jangka panjang negara maju lain dalam pembangunan sukan, khususnya bola sepak.

"Seperti Jerman yang memenangi Piala Dunia 2014 lepas, kebanyakan pemain adalah pemain muda yang dilatih sejak kanak-kanak lagi.

"Jerman mengambil masa lama sebelum dapat menggenggam piala berkenaan. Penantian itu nyata berbaloi," katanya kepada Selangor Kini.

Beliau dihubungi bagi mengulas kedudukan dan hala tuju bola sepak Malaysia yang kini jatuh di tangga 155 dalam ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Lim Teong KhimMengulas lanjut, Zakaria turut menggesa FAM mengambil peluang menggunakan pengalaman dan kepakaran bekas penolong jurulatih pasukan bawah 19 tahun Bayern Munich, Lim Teong Kim membangun generasi pelapis bola sepak negara.

"Dia sekarang berada di sini, jadi ambil peluang ini dan minta bantuan dia mencungkil dan memperkembangkan bakat bola sepak Malaysia.

"Selain itu, pastikan juga program yang dianjurkan benar-benar bermanfaat dan dana yang diberi dibelanjakan secara bijak demi pembangunan bola sepak," katanya lagi.

Teong Kim yang baru-baru ini dilantik sebagai Pengarah Projek Pembangunan Bola Sepak Negara juga pernah bermain di Eropah dalam pasukan Hertha BSC di Jerman pada tahun 1987.

EZY

Monday 18 August 2014

16 pasukan rebut gelaran bola sepak antarabangsa – BorneoPost ...

16 pasukan rebut gelaran <b>bola sepak</b> antarabangsa – BorneoPost <b>...</b>


16 pasukan rebut gelaran <b>bola sepak</b> antarabangsa – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 05 Aug 2014 02:32 PM PDT

KUALA LUMPUR: Enam belas pasukan, termasuk beberapa pasukan veteran dari luar negara, akan merebut gelaran juara pada Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Antarabangsa Royal Selangor Club (RSC)-Tiger Ke-14 di Gelanggang Sukan RSC Bukit Kiara, di sini hujung minggu ini.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Vincent Thambyrajah berkata peningkatan jumlah pasukan yang mengambil bahagian pada tahun ini menunjukkan kejohanan itu terus mendapat sambutan hebat daripada kelab tempatan dan antarabangsa.

Katanya penganjur memberi keutamaan kepada pasukan yang mempunyai bekas pemain senior antarabangsa dan negeri dalam kejohanan ini, yang terbahagi kepada dua kategori — Masters (40 tahun ke atas) dan Grand Masters (50 tahun ke atas), dan menggunakan format round-robin.

"Banyak pasukan berkualiti mengambil bahagian pada tahun ini, berbanding tahun-tahun terdahulu… Kami menetapkan kejohanan ini hanya berlangsung selama dua hari kerana tidak mahu mengganggu pasukan antarabangsa yang mungkin mempunyai aktiviti lain," katanya kepada pemberita selepas pengumuman tentang kejohanan itu oleh presiden RSC Andrew Bryan Perera di sini semalam.

Beliau berkata pemenang kategori Masters dan Grand Masters (pertandingan merebut piala) masing-masing akan menerima hadiah RM2,000, trofi rebutan dan pingat, manakala naib johan dalam kedua-dua kategori masing-masing akan menerima RM1,000 serta pingat.

Johan dan naib johan pertandingan Plate dalam kedua-dua kategori pula masing-masing akan menerima RM800 dan RM500 serta pingat.

Sementara itu, Thambyrajah berkata 16 pasukan akan bersaing dalam kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Bawah 12 Tahun Tujuh Sebelah RSC ke-12, yang diadakan serentak dengan kejohanan untuk veteran di venue sama. — Bernama

Print Friendly

Sunday 17 August 2014

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA: Ujian pertama hambar

LIGA <b>BOLASEPAK MALAYSIA</b>: Ujian pertama hambar


LIGA <b>BOLASEPAK MALAYSIA</b>: Ujian pertama hambar

Posted: 08 Aug 2014 08:38 PM PDT

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Bahang pasti mula dirasai ketua jurulatih Harimau Malaya Dollah Salleh selepas menyaksikan anak buahnya 'ditaji' Tajikistan 1-4 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Dushanbe Central malam tadi.

Ia perlawanan pertama kendalian pengendali berusia 50 tahun itu selepas dilantik menggantikan Datuk K Rajagobal pada 1 Julai lalu dan tugasan pertamanya itu nyata tidak memihak kepadanya yang membuat sedikit perubahan dalam kesebelasan utamanya.


Dollah membuat percaturan berani dengan meletakkan pemain corak serangan termasuk menurunkan Mohd Badhri Radzi bagi mengemudi bahagian tengah serta pemain sayap kiri dan kanan R Gopinathan dan S Chanturu yang jarang diberi peluang sebelum ini.

Penyerang Johor Darul Ta'zim Mohd Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha kembali bergabung di pentas antarabangsa dengan kapten Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak memberi arahan kepada rakan sepasukan dari bahagian belakang.

Skuad kebangsaan tampak bergelut beraksi dalam cuaca panas di padang rumput tiruan apabila Tajikistan kendalian Mukhsin Mukhamadiev lebih menguasai permainan sejak sepak mula.

Ketika anak buah Dollah tercari-cari rentak, mereka dikejutkan dengan gol pertama pasukan tuan rumah menerusi tandukan pemain pertahanan, Davron Ergashev yang menewaskan penjaga gol, Mohd Farizal Marlias pada minit ke-15.

Harimau Malaya memiliki dua peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-24 namun Safee gagal menolak masuk hantaran lintang Gopinathan dari sebelah kiri manakala jaringan Mohd Amri Yahya tidak disahkan pengadil kerana ofsaid dua minit kemudian.

Tajikistan yang menduduki ranking ke-124 dunia menambah jaringan pada minit ke-35 menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti Dilshod Vasiev untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Skuad kebangsaan merapatkan kedudukan dengan Amri menyempurnakan sepakan penalti penghujung babak pertama selepas Norsharul Idlan dikasari pemain pertahanan Tajikistan.

Kebangkitan yang diharapkan tidak kesampaian apabila dua gol pantas Tajikistan dalam tempoh tiga minit pada minit ke-51 dan 53 menerusi Vasiev dan Nuriddin Davronov seakan-akan mematikan semangat pemain negara.

Biarpun Dollah membuat beberapa pertukaran pemain dengan memasukkan Safiq Rahim, Baddrol Bakhtiar dan Mohd Azzamuddin Akil, namun gagal merubah kedudukan.

Kekalahan itu bukan saja membuatkan Malaysia terlepas peluang untuk memperbaiki ranking ke-151 dunia malah memberi isyarat jelas kepada Dollah banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum misi sebenar Piala AFF November ini.

Sukan <b>Malaysia</b> dan Antarabangsa: <b>Bola Sepak</b> : Jadual <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2014 08:51 AM PDT

Sepak mula Liga Perdana Inggeris Musim 2014/15 akan bermula pada 16 Ogos ini. 20 pasukan akan bersaing merebut kejuaraan musim ini. Setiap pasukan kini sedang sibuk mempersiapkan pasukan masing-masing dengan menandatangani pemain-pemain berkualiti di pasaran perpindahan bagi menguatkan pasukan masing-masing. Pasukan juara bertahan, Manchester City pastinya akan berusaha mempertahankan kejuaraan yang mereka kecapi pada musim lalu. 

Namun begitu saingan dijangka sengit dengan pasukan-pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris seperti Chelsea, Liverpool, Arsenal, Manchester United, Tottenham dan Everton juga menandatangni pemain-pemain baru menguatkan pasukan masing-masing. Saingan 13 kelab lain juga tidak boleh dipandang mudah kerana tidak mustahil kejutan berlaku sepertimana yang berlaku kepada pasukan Manchester United musim lalu yang tewas kepada pasukan-pasukan ini.

Berikut adalah jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris bagi musim 2014/15 akan datang tertakluk kepada pindaan :   

16 Ogos 2014

Arsenal v Crystal Palace
Burnley v Chelsea
Leicester City v Everton
Liverpool v Southampton
Manchester United v Swansea City
Newcastle United v Manchester City
Queens Park Rangers v Hull City
Stoke City v Aston Villa
West Bromwich Albion v Sunderland
West Ham United v Tottenham Hotspur

23 Ogos 2014

Aston Villa v Newcastle United
Chelsea v Leicester City
Crystal Palace v West Ham United
Everton v Arsenal
Hull City v Stoke City
Manchester City v Liverpool
Southampton v West Bromwich Albion
Sunderland v Manchester United
Swansea City v Burnley
Tottenham Hotspur v Queens Park Rangers

30 Ogos 2014

Aston Villa v Hull City
Burnley v Manchester United
Everton v Chelsea
Leicester City v Arsenal
Manchester City v Stoke City
Newcastle United v Crystal Palace
Queens Park Rangers v Sunderland
Swansea City v West Bromwich Albion
Tottenham Hotspur v Liverpool
West Ham United v Southampton

13 September 2014

Arsenal v Manchester City
Chelsea v Swansea City
Crystal Palace v Burnley
Hull City v West Ham United
Liverpool v Aston Villa
Manchester United v Queens Park Rangers
Southampton v Newcastle United
Stoke City v Leicester City
Sunderland v Tottenham Hotspur
West Bromwich Albion v Everton

20 September 2014

Aston Villa v Arsenal
Burnley v Sunderland
Everton v Crystal Palace
Leicester City v Manchester United
Manchester City v Chelsea
Newcastle United v Hull City
Queens Park Rangers v Stoke City
Swansea City v Southampton
Tottenham Hotspur v West Bromwich Albion
West Ham United v Liverpool

27 September 2014

Arsenal v Tottenham Hotspur
Chelsea v Aston Villa
Crystal Palace v Leicester City
Hull City v Manchester City
Liverpool v Everton
Manchester United v West Ham United
Southampton v Queens Park Rangers
Stoke City v Newcastle United
Sunderland v Swansea City
West Bromwich Albion v Burnley

4 Oktober 2014

Aston Villa v Manchester City
Chelsea v Arsenal
Hull City v Crystal Palace
Leicester City v Burnley
Liverpool v West Bromwich Albion
Manchester United v Everton
Sunderland v Stoke City
Swansea City v Newcastle United
Tottenham Hotspur v Southampton
West Ham United v Queens Park Rangers

18 Oktober 2014

Arsenal v Hull City
Burnley v West Ham United
Crystal Palace v Chelsea
Everton v Aston Villa
Manchester City v Tottenham Hotspur
Newcastle United v Leicester City
Queens Park Rangers v Liverpool
Southampton v Sunderland
Stoke City v Swansea City
West Bromwich Albion v Manchester United

25 Oktober 2014

Burnley v Everton
Liverpool v Hull City
Manchester United v Chelsea
Queens Park Rangers v Aston Villa
Southampton v Stoke City
Sunderland v Arsenal
Swansea City v Leicester City
Tottenham Hotspur v Newcastle United
West Bromwich Albion v Crystal Palace
West Ham United v Manchester City

1 November 2014

Arsenal v Burnley
Aston Villa v Tottenham Hotspur
Chelsea v Queens Park Rangers
Crystal Palace v Sunderland
Everton v Swansea City
Hull City v Southampton
Leicester City v West Bromwich Albion
Manchester City v Manchester United
Newcastle United v Liverpool
Stoke City v West Ham United

8 November 2014

Burnley v Hull City
Liverpool v Chelsea
Manchester United v Crystal Palace
Queens Park Rangers v Manchester City
Southampton v Leicester City
Sunderland v Everton
Swansea City v Arsenal
Tottenham Hotspur v Stoke City
West Bromwich Albion v Newcastle United
West Ham United v Aston Villa

22 November 2014

Arsenal v Manchester United
Aston Villa v Southampton
Chelsea v West Bromwich Albion
Crystal Palace v Liverpool
Everton v West Ham United
Hull City v Tottenham Hotspur
Leicester City v Sunderland
Manchester City v Swansea City
Newcastle United v Queens Park Rangers
Stoke City v Burnley

29 November 2014

Burnley v Aston Villa
Liverpool v Stoke City
Manchester United v Hull City
Queens Park Rangers v Leicester City
Southampton v Manchester City
Sunderland v Chelsea
Swansea City v Crystal Palace
Tottenham Hotspur v Everton
West Bromwich Albion v Arsenal
West Ham United v Newcastle United

2 Disember 2014

Arsenal v Southampton, 7.45pm
Burnley v Newcastle United, 7.45pm
Crystal Palace v Aston Villa, 8pm
Leicester City v Liverpool, 7.45pm
Manchester United v Stoke City, 7.45pm
Swansea City v Queens Park Rangers, 7.45pm
West Bromwich Albion v West Ham United, 8pm

Disember 2014

Chelsea v Tottenham Hotspur
Everton v Hull City
Sunderland v Manchester City

Disember 2014

Aston Villa v Leicester City
Hull City v West Bromwich Albion
Liverpool v Sunderland
Manchester City v Everton
Newcastle United v Chelsea
Queens Park Rangers v Burnley
Southampton v Manchester United
Stoke City v Arsenal
Tottenham Hotspur v Crystal Palace
West Ham United v Swansea City

13 Disember 2014

Arsenal v Newcastle United
Burnley v Southampton
Chelsea v Hull City
Crystal Palace v Stoke City
Everton v Queens Park Rangers
Leicester City v Manchester City
Manchester United v Liverpool
Sunderland v West Ham United
Swansea City v Tottenham Hotspur
West Bromwich Albion v Aston Villa

20 Disember 2014

Aston Villa v Manchester United
Hull City v Swansea City
Liverpool v Arsenal
Manchester City v Crystal Palace
Newcastle United v Sunderland
Queens Park Rangers v West Bromwich Albion
Southampton v Everton
Stoke City v Chelsea
Tottenham Hotspur v Burnley
West Ham United v Leicester City

26 Disember 2014

Arsenal v Queens Park Rangers
Burnley v Liverpool
Chelsea v West Ham United
Crystal Palace v Southampton
Everton v Stoke City
Leicester City v Tottenham Hotspur
Manchester United v Newcastle United
Sunderland v Hull City
Swansea City v Aston Villa
West Bromwich Albion v Manchester City

28 Disember 2014

Aston Villa v Sunderland
Hull City v Leicester City
Liverpool v Swansea City
Manchester City v Burnley
Newcastle United v Everton
Queens Park Rangers v Crystal Palace
Southampton v Chelsea
Stoke City v West Bromwich Albion
Tottenham Hotspur v Manchester United
West Ham United v Arsenal

1 Januari 2015

Aston Villa v Crystal Palace
Hull City v Everton
Liverpool v Leicester City
Manchester City v Sunderland
Newcastle United v Burnley
Queens Park Rangers v Swansea City
Southampton v Arsenal
Stoke City v Manchester United
Tottenham Hotspur v Chelsea
West Ham United v West Bromwich Albion

10 Januari 2015

Arsenal v Stoke City
Burnley v Queens Park Rangers
Chelsea v Newcastle United
Crystal Palace v Tottenham Hotspur
Everton v Manchester City
Leicester City v Aston Villa
Manchester United v Southampton
Sunderland v Liverpool
Swansea City v West Ham United
West Bromwich Albion v Hull City

17 Januari 2015

Aston Villa v Liverpool
Burnley v Crystal Palace
Everton v West Bromwich Albion
Leicester City v Stoke City
Manchester City v Arsenal
Newcastle United v Southampton
Queens Park Rangers v Manchester United
Swansea City v Chelsea
Tottenham Hotspur v Sunderland
West Ham United v Hull City

31 Januari 2015

Arsenal v Aston Villa
Chelsea v Manchester City
Crystal Palace v Everton
Hull City v Newcastle United
Liverpool v West Ham United
Manchester United v Leicester City
Southampton v Swansea City
Stoke City v Queens Park Rangers
Sunderland v Burnley
West Bromwich Albion v Tottenham Hotspur

7 Februari 2015

Aston Villa v Chelsea
Burnley v West Bromwich Albion
Everton v Liverpool
Leicester City v Crystal Palace
Manchester City v Hull City
Newcastle United v Stoke City
Queens Park Rangers v Southampton
Swansea City v Sunderland
Tottenham Hotspur v Arsenal
West Ham United v Manchester United

10 Februari 2015

Arsenal v Leicester City, 7.45pm
Crystal Palace v Newcastle United, 8pm
Hull City v Aston Villa, 7.45pm
Liverpool v Tottenham Hotspur, 8pm
Manchester United v Burnley, 7.45pm
Southampton v West Ham United, 7.45pm
West Bromwich Albion v Swansea City, 8pm

11 Februari 2015

Chelsea v Everton
Stoke City v Manchester City
Sunderland v Queens Park Rangers

21 Februari 2015

Aston Villa v Stoke City
Chelsea v Burnley
Crystal Palace v Arsenal
Everton v Leicester City
Hull City v Queens Park Rangers
Manchester City v Newcastle United
Southampton v Liverpool
Sunderland v West Bromwich Albion
Swansea City v Manchester United
Tottenham Hotspur v West Ham United

28 Februari 2015

Arsenal v Everton
Burnley v Swansea City
Leicester City v Chelsea
Liverpool v Manchester City
Manchester United v Sunderland
Newcastle United v Aston Villa
Queens Park Rangers v Tottenham Hotspur
Stoke City v Hull City
West Bromwich Albion v Southampton
West Ham United v Crystal Palace

3 Mac 2015

Aston Villa v West Bromwich Albion
Hull City v Sunderland
Liverpool v Burnley
Queens Park Rangers v Arsenal
Southampton v Crystal Palace
West Ham United v Chelsea

4 Mac 2015

Manchester City v Leicester City
Newcastle United v Manchester United
Stoke City v Everton
Tottenham Hotspur v Swansea City

14 Mac 2015

Arsenal v West Ham United
Burnley v Manchester City
Chelsea v Southampton
Crystal Palace v Queens Park Rangers
Everton v Newcastle United
Leicester City v Hull City
Manchester United v Tottenham Hotspur
Sunderland v Aston Villa
Swansea City v Liverpool
West Bromwich Albion v Stoke City

21 Mac 2015

Aston Villa v Swansea City
Hull City v Chelsea
Liverpool v Manchester United
Manchester City v West Bromwich Albion
Newcastle United v Arsenal
Queens Park Rangers v Everton
Southampton v Burnley
Stoke City v Crystal Palace
Tottenham Hotspur v Leicester City
West Ham United v Sunderland

4 April 2015

Arsenal v Liverpool
Burnley v Tottenham Hotspur
Chelsea v Stoke City
Crystal Palace v Manchester City
Everton v Southampton
Leicester City v West Ham United
Manchester United v Aston Villa
Sunderland v Newcastle United
Swansea City v Hull City
West Bromwich Albion v Queens Park Rangers

11 April 2015

Burnley v Arsenal
Liverpool v Newcastle United
Manchester United v Manchester City
Queens Park Rangers v Chelsea
Southampton v Hull City
Sunderland v Crystal Palace
Swansea City v Everton
Tottenham Hotspur v Aston Villa
West Bromwich Albion v Leicester City
West Ham United v Stoke City

18 April 2015

Arsenal v Sunderland
Aston Villa v Queens Park Rangers
Chelsea v Manchester United
Crystal Palace v West Bromwich Albion
Everton v Burnley
Hull City v Liverpool
Leicester City v Swansea City
Manchester City v West Ham United
Newcastle United v Tottenham Hotspur
Stoke City v Southampton

25 April 2015

Arsenal v Chelsea
Burnley v Leicester City
Crystal Palace v Hull City
Everton v Manchester United
Manchester City v Aston Villa
Newcastle United v Swansea City
Queens Park Rangers v West Ham United
Southampton v Tottenham Hotspur
Stoke City v Sunderland
West Bromwich Albion v Liverpool

2 Mei 2015

Aston Villa v Everton
Chelsea v Crystal Palace
Hull City v Arsenal
Leicester City v Newcastle United
Liverpool v Queens Park Rangers
Manchester United v West Bromwich Albion
Sunderland v Southampton
Swansea City v Stoke City
Tottenham Hotspur v Manchester City
West Ham United v Burnley

9 Mei 2015

Arsenal v Swansea City
Aston Villa v West Ham United
Chelsea v Liverpool
Crystal Palace v Manchester United
Everton v Sunderland
Hull City v Burnley
Leicester City v Southampton
Manchester City v Queens Park Rangers
Newcastle United v West Bromwich Albion
Stoke City v Tottenham Hotspur

16 Mei 2015

Burnley v Stoke City
Liverpool v Crystal Palace
Manchester United v Arsenal
Queens Park Rangers v Newcastle United
Southampton v Aston Villa
Sunderland v Leicester City
Swansea City v Manchester City
Tottenham Hotspur v Hull City
West Bromwich Albion v Chelsea
West Ham United v Everton

24 Mei 2015

Arsenal v West Bromwich Albion
Aston Villa v Burnley
Chelsea v Sunderland
Crystal Palace v Swansea City
Everton v Tottenham Hotspur
Hull City v Manchester United
Leicester City v Queens Park Rangers
Manchester City v Southampton
Newcastle United v West Ham United
Stoke City v Liverpool

Thursday 14 August 2014

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM)

Persatuan Pemain <b>Bola Sepak</b> Profesional <b>Malaysia</b> (PFAM)


Persatuan Pemain <b>Bola Sepak</b> Profesional <b>Malaysia</b> (PFAM)

Posted: 11 Aug 2014 12:38 AM PDT

Jom Kongsi Cerita ini..Share on Facebook0Share on Google+1Tweet about this on Twitter1Share on LinkedIn1
hairuddin omar 1

Hairuddin Omar

Persatuan ini sebenarnya telah lama wujud di Malaysia. Tujuan persatuan ini ditubuhakn sudah pasti untuk menjadi pembela dan payung kepada semua pemain bola sepak Malaysia.

Pada Jun 2013, Hairuddin Omar dilantik sebagai presiden baru persatuan ini. Selain Hairuddin, turut terbabit dengan PFAM ialah dua lagi pemain ATM, Reezal Zambry yahya dan bekas kapten skuad kebangsaan, Shukor Adan.

Reezal adalah Timbalan Presiden PFAM, manakala Shukor adalah exco persatuan itu, bersama dengan tiga lagi pemain, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safee Sali (Johor D-T) dan P Gunalan (PKNS Selangor).

Dalam satu laporan akhbar baru-baru ini, Hairuddin meluahkan, ramai lagi sebenarnya pemain-pemain bola sepak Malaysia yang tidak menjadi ahli persatuan ini.

Kebanyakkan ahlinya yang sedia ada sekarang pula, hanyalah di kalangan pemain-pemain kebangsaan.

Apa pentingnya ber-persatuan ini?

Sebenarnya, banyak fungsi persatuan. Pemain-pemain yang sudah menjadi ahli boleh menjadikan persatuan sebagai tempat rujukan jika terdapat sebarang masalah yang melibatkan kerjaya mereka ini.

Contohnya, jika terdapat keraguan soal kontrak pemain, pemain boleh merujuk kepada persatuan untuk mendapatkan hak yang sewajarnya sebagai pemain.

Menurut laman facebook Hairuddin Omar (Official fan page) , PFAM telah didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Langkah seterus menurut Hairuddin ialah ingin memohon menjadi ahli gabungan FAM.

Bila sudah sah menjadi ahli gabungan, maka pemain bola sepak Malaysia akan secara automatiknya akan ada 'suara' di dalam mesyuarat FAM.

Ketika ini, FAM hanya mempunyai 20 badan gabungan. Wakil dari 20 badan gabungan ini juga lah yang menentukan barisan kempimpina FAM setiap 4 tahun. Baca lanjut di  Presiden FAM Ditentukan Oleh 39 Orang Sahaja !

PFAM perlu menambahkan bilangan ahlinya. Ini penting supaya nasib pemain bola sepak profesional Malaysia akan lebih terbela.

Persatuan ini juga perlu bergerak lebih aktif. Membuat promosi tentang kewujudan persatuan ini supaya ramai pemain yang sedar kepentingan sebuah persatuan yang boleh membela dan menjaga hak-hak pemain.

Jika adavpihak PFAM yang membaca blog ini dan ingin menjadikan Bola Daily sebagai medium menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti PFAM, kami amat berbesar hati.

Jom Kongsi Cerita ini..Share on Facebook0Share on Google+1Tweet about this on Twitter1Share on LinkedIn1

Demam <b>Bola Sepak</b> Inggeris Bakal Bermula | University News Capital

Posted: 08 Aug 2014 07:38 PM PDT

Kurang seminggu lagi, rakyat Malaysia kebanyakannya bakal mengalami demam bola sekali lagi terutama Liga Perdana Inggeris musim 2014-15 bakal bermula. Liga Perdana Inggeris antara liga bola sepak berprestij di dunia kerana menempatkan pasukan terkenal, pemain terhebat, pengurus bijaksana. Malah kekuatan jenama turut membantu populariti liga tersebut. Tanyalah peminat bola sepak di serata pelusuk Bumi, pasti paling kurang mereka akan tonton liga Inggeris.

Sedikit ringkasan sejarah, Liga Perdana Inggeris merupakan liga yang dibentuk oleh 20 pasukan divisyen teratas dalam negara England yang membentuk United Kingdom meskipun ada pasukan dari Wales. Dahulunya dikenali sebagai Liga Bola Sepak Divisyen Pertama. Pada awal 1990-an, kelab Divisyen Pertama mengambil keputusan untuk keluar dari Liga Bola Sepak untuk menubuhkan Liga Perdana sebagai badan berasingan. Namun begitu, kedua dua badan pentadbir liga masih terus berkerjasama memartabatkan bola sepak Inggeris. Liga Bola Sepak menguruskan Liga Kejohanan (Divisyen Dua), Liga Satu (Divisyen Tiga) dan Liga Dua (Divisyen Empat). Di bawah Liga Dua iaitu Sidang Bola Sepak Perdana (Divisyen Lima) dan Divisyen Enam ialah Sidang Bola Sepak Utara dan Selatan. Divisyen Lima dan Enam diuruskan oleh Sidang Bola Sepak. Lima divisyen teratas merangkumi keseluruhan negara England manakala divisyen enam ke bawah barulah dipisahkan mengikut wilayah lebih kecil.

Manchester City juarai Liga Perdana musim 2014-15
Tanyalah kaum Adam (dan segelintir kaum Hawa) daripada generasi 'baby-boomers', Generasi X, Generasi Y malah Generasi Z pasti mempunyai sekurang-kurangnya mengikuti satu pasukan liga dari Inggeris. Malah 'public-figure' negara kita pun ada juga mempunyai sokongan satu kelab dari sana tidak kisahlah mereka dari dunia politik, hiburan, korporat atau sukan. Ketaranya masa kini ada penyokong Manchester United, Arsenal dan Liverpool. Malah tumbuh pula penyokong dari Chelsea, Manchester City, dan Tottenham Hotspur. Ada juga penyokong dari Aston Villa, Blackburn Rovers, Leeds United, Everton dan Newcastle United tetapi tidak ramai. Ada yang meminati Middlesbrough, Norwich City, Fulham malah Oldham Athletic. Tak lupa pasukan yang mempunyai kaitan dengan negara kita seperti Queens Park Rangers dan Cardiff City. Ada saja setiap tahun rakyat kita datang ke United Kingdom semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak yang memakan kos belanja ribuan Ringgit! Seperti musim lalu, ada seorang penyokong Everton dari negara kita diberi peluang bertemu pemain The Toffees kerana perlawanan ditangguhkan kerana masalah cuaca.

Pertembungan Arsenal dengan Chelsea

Selepas ini penulis akan menyingkap kenapakah liga Inggeris amat digemari untuk ditonton rakyat kita. Waktu Malaysia dengan United Kingdom beza 8 jam (walaupun ada tempoh negara itu menggunakan 'Summer Time' yang menjadikan 7 jam) menjadi faktor mudah rakyat kita menontonnya. Perlawanan di sana paling awal bermula pada jam 12 tengah hari. Maka di Malaysia akan menjadi pada 8 malam iaitu waktu perdana di televisyen. Maka, penuhlah kebanyakan restoran di sekitar negara ini untuk menonton liga ini. Selain itu, media di negara kita amat memberikan liputan lebih mengenai liga Inggeris tidak kiralah akhbar, televisyen dan radio. Malah laman sosial di Internet amat sering memaparkan berita terkini mengenai liga ini. Termasuk juga beberapa tahun kebelakangan ini amat kerap pasukan liga Inggeris datang membuat perlawanan persahabatan dengan pasukan dari negara kita.

Faktor ketiga iaitu faktor bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar itu sendiri. Malah bahasa Inggeris Malaysia banyak menggunakan perkataan dan istilah dari negara tersebut. Jika dibandingkan dengan liga Sepanyol dan Itali, amat sukar mendapat info mengenainya dari bahasa Inggeris. Jika ada sekalipun, pasti terma dan istilah amat sukar difahami. Seterusnya, kebanyakan rakyat Malaysia telah terdidik dengan liga Inggeris dengan liputan meluas atau pengaruh keluarga dan kawan. Ada pernah penulis jumpa anak muda menyokong Liverpool kerana pengaruh abangnya yang penyokong The Kops. Ada juga yang menyokong kelab lain kerana tidak menyukai kelab yang utama seperti Manchester United. Pelik bukan? Sedangkan rakyat Malaysia yang bukan lahir di Manchester.

Faktor kelima iaitu keunikan liga Inggeris itu sendiri terutama Liga Perdana. Juara pun boleh ditentukan pada hari perlawanan terakhir liga. Seperti pada musim 2013-14 lalu. Manchester City hanya mampu berjaya menjulang kejuaraan pada hari terakhir apabila Liverpool gagal memanfaatkan peluang untuk menjadi juara. Malah saingan untuk ke kejohanan Liga Juara-Juara dan Liga Europa anjuran Konferendasi Bola Sepak Eropah (UEFA) pun sangat sengit. Apatah lagi untuk relegasi ke divisyen bawah. Persaingan divisyen bawah pun amat sengit dan mencabar. Faktor keenam ialah lambakan pemain berkelas dunia, taktikal menarik, kebijaksanaan percaturan pengurus serta kuasa kewangan kelab menjadi penarik.

Pertemuan antara Manchester United dengan Liverpool
Disebabkan faktor inilah, pengaruh liga Inggeris amat kuat. Malah pengaruh ini sehingga menenggelamkan sedikit pengaruh beberapa liga Eropah seperti liga Sepanyol, Jerman dan Itali. Budaya menonton liga Inggeris di Malaysia mungkin telah menjadi satu budaya urban. Malah, di laman sosial sendiri, amat popular sekali mengenai info liga Inggeris yang ada masanya disekalikan dengan gurauan. Ada seorang kenalan penulis memberitahu bahawa ada satu 'page' Facebook yang mempunyai unsur jenaka bola sepak antarabangsa ditadbir seorang rakyat Malaysia. Malah, pada musim lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berjenaka mengenai pasukan sokongannya, Manchester United di laman Twitter miliknya sehingga menimbulkan gelak tawa rakyat.

Meskipun liga Inggeris menjadi tontonan rakyat kita, jangan terkejut bahawa tidak ramai rakyat kita menyokong pasukan England di pentas antarabangsa. Kebanyakan daripada mereka menyokong negara sekitar seperti Sepanyol, Itali, Jerman, Belanda dan Perancis. Lagi mengejutkan mereka tidak menonton sangat liga dari negara tersebut. Adakah liga Malaysia menerima kesan besar daripada kekuatan pengaruh liga Inggeris? Tidak sama sekali. Malah mereka memberikan sokongan kepada liga kita terutama pasukan negeri. Liga kita pun dianggap sebagai antara liga domestik terbaik di rantau Asia Tenggara selepas liga Indonesia dan Thailand. Ada juga laman web bola sepak antarabangsa membawakan berita mengenai liga Malaysia sebagai paparan.

Sebagai konklusi, dalam keriuhan meminati liga Inggeris janganlah sampai melupakan liga tempatan. Sokonglah liga tempatan juga. Dalam pada itu, jagalah kelakuan dan adab dalam menonton bola sepak. Kurangkan provokasi dan banyakkan perbincangan ilmiah dan berfaedah. Budaya tidak baik di sana tidak perlulah dituruti yang mungkin menyalahi akhlak dan kesopanan masyarakat timur. Budaya baik dari sudut agama dan akhlak masyarakat kita haruslah diikut agar kita tidak ketinggalan dengan perubahan semasa. Tidak salah untuk menonton, cuma kita perlu mengawalnya agar tidak sia-sia.

Ahmad Loqman Izzat merupakan penulis bebas menumpukan hal ehwal sukan sejagat. Berasal dari Terengganu tetapi membesar di Pahang. Merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Malaysia. Merupakan penulis tetap seksyen Sukan dalam untuk laman University News Capital. Mempunyai laman sendiri di Facebook iaitu, Sepakan Korner Ahmad Loqman Izzat (SKALI).