Friday 29 August 2014

LINE MELANCARKAN AKAUN RASMI BAGI KELAB BOLA SEPAK ...

LINE MELANCARKAN AKAUN RASMI BAGI KELAB <b>BOLA SEPAK</b> <b>...</b>


LINE MELANCARKAN AKAUN RASMI BAGI KELAB <b>BOLA SEPAK</b> <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2014 05:02 AM PDT

Juara 20 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United bakal menjadi kelab bola sepak Inggeris pertama mempunyai Akaun Rasmi LINE, peneraju platform mudah alih terkemuka dunia dengan lebih 490 juta pengguna. Dengan jumlah pengikut yang besar di Malaysia dan keupayaan memukau peminat menerusi serangan taktikal bola sepak, peminat kelab tersohor Red Devils di Malaysia kini dapat menerima berita terkini, video dan imej dari kelab itu menerusi LINE. Menerusi akaun rasmi ini, Manchester United akan berupaya untuk berhubung dengan peminat di seluruh dunia menggunakan platform global LINE.

manutd eng 1

"Kami tahu Manchester United adalah sebuah kelab bola sepak yang istimewa dan membawa maksud yang cukup mendalam kepada kebanyakan peminat tegarnya. Oleh itu, kami mahu membawa peminat lebih dekat lagi dengan kelab ini menerusi LINE. Kami dengan bangganya mengumumkan bahawa peminat Manchester United akan berpeluang mendapatkan maklumat terkini secara langsung mengenai kelab mereka itu berbanding tempat lain." kata Pengurus Perhubungan Awam LINE Malaysia, Patricia Yeoh.

manutd eng 2

Ketika ditanya mengenai kehadiran sulung Manchester United menerusi akaun rasmi LINE, peminat yang sekian lama menyokong Manchester United, Hijas berkata: "Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk melihat kandungan yang disesuaikan dari kelab kegemaran saya. Saya menyokong kelab ini sejak sekian lama dan dengan keupayaan LINE untuk mengetahui lebih lagi mengenai Manchester United dan semua yang terkini adalah satu kelebihan bagi saya yang sentiasa bergerak."

manutd eng 3

Ditubuhkan pada 1878, Manchester United adalah salah sebuah kelab yang paling popular dan pasukan bola sepak paling berjaya di dunia. Dengan sejarah pencapaian seperti Juara dua kali Kelab FIFA Piala Dunia, Juara tiga kali Liga Juara Juara UEFA, dan Juara 20 kali Liga Perdana Inggeris, kelab ini telah berjaya membangunkan kelab peminat yang merentas England hingga ke serata pelusuk dunia.

Memandangkan Liga Perdana Inggeris menjadi liga yang paling banyak ditonton di Malaysia, rakyat Malaysia bakal disajikan dengan lebih berita bola sepak mengenai Manchester United secara lebih pantas menerusi LINE.

Peminat Manchester United boleh mula mengikuti Akaun Rasmi Kelab Peminat Manchester United bermula 21 Ogos untuk menerima berita terkini, video dan imej menerusi akaun LINE mereka.

Ringkasan Akaun Rasmi Kelab Peminat Manchester United
Nama Akaun Rasmi: Manchester United
Pengenalan LINE: @manutd
Rantau yang disokong: Global
Bahasa yang disokong: Inggeris, Jepun, Thai

No comments:

Post a Comment