16 pasukan rebut gelaran <b>bola sepak</b> antarabangsa – BorneoPost <b>...</b> |
- 16 pasukan rebut gelaran <b>bola sepak</b> antarabangsa – BorneoPost <b>...</b>
- LIGA <b>BOLASEPAK MALAYSIA</b>: Tingkat ranking
- Sukan <b>Malaysia</b> dan Antarabangsa: <b>Bola Sepak</b> : Piala AFF Suzuki <b>...</b>
- Sukan <b>Malaysia</b> dan Antarabangsa: <b>Bola Sepak</b> : Jadual <b>...</b>
- Martabatkan <b>bola sepak</b> – BorneoPost Online | Borneo , <b>Malaysia</b> <b>...</b>
- <b>Bola Sepak</b> : Persahabatan Antarabangsa : <b>Malaysia</b> lawan Tajikistan
16 pasukan rebut gelaran <b>bola sepak</b> antarabangsa – BorneoPost <b>...</b> Posted: 05 Aug 2014 02:32 PM PDT KUALA LUMPUR: Enam belas pasukan, termasuk beberapa pasukan veteran dari luar negara, akan merebut gelaran juara pada Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Antarabangsa Royal Selangor Club (RSC)-Tiger Ke-14 di Gelanggang Sukan RSC Bukit Kiara, di sini hujung minggu ini. Pengerusi jawatankuasa penganjur, Vincent Thambyrajah berkata peningkatan jumlah pasukan yang mengambil bahagian pada tahun ini menunjukkan kejohanan itu terus mendapat sambutan hebat daripada kelab tempatan dan antarabangsa. Katanya penganjur memberi keutamaan kepada pasukan yang mempunyai bekas pemain senior antarabangsa dan negeri dalam kejohanan ini, yang terbahagi kepada dua kategori — Masters (40 tahun ke atas) dan Grand Masters (50 tahun ke atas), dan menggunakan format round-robin. "Banyak pasukan berkualiti mengambil bahagian pada tahun ini, berbanding tahun-tahun terdahulu… Kami menetapkan kejohanan ini hanya berlangsung selama dua hari kerana tidak mahu mengganggu pasukan antarabangsa yang mungkin mempunyai aktiviti lain," katanya kepada pemberita selepas pengumuman tentang kejohanan itu oleh presiden RSC Andrew Bryan Perera di sini semalam. Beliau berkata pemenang kategori Masters dan Grand Masters (pertandingan merebut piala) masing-masing akan menerima hadiah RM2,000, trofi rebutan dan pingat, manakala naib johan dalam kedua-dua kategori masing-masing akan menerima RM1,000 serta pingat. Johan dan naib johan pertandingan Plate dalam kedua-dua kategori pula masing-masing akan menerima RM800 dan RM500 serta pingat. Sementara itu, Thambyrajah berkata 16 pasukan akan bersaing dalam kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Bawah 12 Tahun Tujuh Sebelah RSC ke-12, yang diadakan serentak dengan kejohanan untuk veteran di venue sama. — Bernama |
LIGA <b>BOLASEPAK MALAYSIA</b>: Tingkat ranking Posted: 20 Jul 2014 06:01 PM PDT Sumber: Harian Metro Kuala Lumpur: Pertemuan dengan Tajikistan pada aksi persahabatan antarabangsa 8 Ogos ini bukan sekadar perlawanan ujian buat skuad kebangsaan sebaliknya ia peluang terbaik untuk anak buah Dollah Salleh memperbaiki ranking negara. Sebaik ranking terbaru dunia dikeluarkan FIFA minggu lalu, Malaysia memperlihatkan sedikit peningkatan apabila menghuni tangga ke-151, meningkat dua anak tangga meskipun tidak beraksi dalam banyak perlawanan bertaraf A tahun ini. Kali terakhir skuad Harimau Malaya beraksi ketika seri 0-0 dengan Filipina di Cebu pada 27 April lalu, iaitu perlawanan ketiga bagi 2014 selepas menewaskan Yaman, 2-1 pada pusingan kelayakan Piala Asia dan seri tanpa jaringan dengan Filipina pada pertemuan pertama Mac lalu. Melihat kepada kedudukan ranking itu pengurus baru pasukan kebangsaan Datu Sudarsono Osman berkata, skuad kendalian Dollah perlu serius dalam setiap perlawanan apatah lagi membabitkan aksi bertaraf A. "Skuad kebangsaan mempunyai dua objektif utama, mendapatkan keputusan baik untuk memperbaiki ranking dunia serta cuba memenangi setiap pertandingan disertai seperti Piala AFF. "Memang aksi persahabatan memberi peluang kepada jurulatih untuk menguji pemain, namun kita juga perlu mengambil serius kerana jika gagal, ia boleh menjejaskan ranking," katanya kepada Arena Metro semalam. Ternyata pendekatan Sudarsono itu yang memenangi kerusi Naib Presiden FAM pada kongres pemilihan Mei lalu itu berbeza dengan pengurusan skuad kebangsaan yang sebelum ini menganggap ranking tidak penting. Bagaimanapun ujian pertama Dollah bersama pengurusan baru skuad kebangsaan itu bermula dengan aksi persahabatan menentang Tajikistan, pasukan yang menduduki ranking ke-124 dunia. Kemenangan di gelanggang lawan itu bukan saja dapat melebarkan rekod tanpa kalah dilakar bekas pengendali sementara Datuk Ong Kim Swee setakat ini malah ia mampu melonjak ranking negara ke tangga lebih baik. Namun ia bukan pertemuan yang mudah kerana pasukan kendalian Mukhsin Mukhamadiev itu tetap mampu menghadirkan ancaman buat anak buah Dollah yang mempunyai masa singkat untuk melakukan persiapan. "Semua pemain berkumpul pada 1 Ogos dan mereka hanya berlatih empat hari sebelum ke Tajikistan. Kami terpaksa memanggil kebanyakannya muka-muka lama bagi perlawanan kali ini dan saya harap kami akan mendapat keputusan yang baik di sana nanti," kata Sudarsono. |
Sukan <b>Malaysia</b> dan Antarabangsa: <b>Bola Sepak</b> : Piala AFF Suzuki <b>...</b> Posted: 04 Aug 2014 09:20 PM PDT ![]() Kejohanan ini melibatkan 11 negara-negara ASEAN di mana pasukan tuan rumah bersama iaitu Vietnam dan Singapura serta 4 pasukan lain iaitu Filipina, Vietnam, Thailand dan Malaysia layak secara automatik manakala 2 lagi pasukan akan ditentukan dalam pusingan kelayakan melibatkan saingan pasukan Myanmar, Laos, Kemboja, Brunei dan Timor-Leste di mana pasukan Laos akan menjadi tuan rumah pusingan kelayakan tersebut. Undian peringkat kumpulan akan berlangsung pada 5 Ogos 2014 (Selasa) di Vietnam. |
Sukan <b>Malaysia</b> dan Antarabangsa: <b>Bola Sepak</b> : Jadual <b>...</b> Posted: 04 Aug 2014 08:51 AM PDT Sepak mula Liga Perdana Inggeris Musim 2014/15 akan bermula pada 16 Ogos ini. 20 pasukan akan bersaing merebut kejuaraan musim ini. Setiap pasukan kini sedang sibuk mempersiapkan pasukan masing-masing dengan menandatangani pemain-pemain berkualiti di pasaran perpindahan bagi menguatkan pasukan masing-masing. Pasukan juara bertahan, Manchester City pastinya akan berusaha mempertahankan kejuaraan yang mereka kecapi pada musim lalu.Namun begitu saingan dijangka sengit dengan pasukan-pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris seperti Chelsea, Liverpool, Arsenal, Manchester United, Tottenham dan Everton juga menandatangni pemain-pemain baru menguatkan pasukan masing-masing. Saingan 13 kelab lain juga tidak boleh dipandang mudah kerana tidak mustahil kejutan berlaku sepertimana yang berlaku kepada pasukan Manchester United musim lalu yang tewas kepada pasukan-pasukan ini. |
Martabatkan <b>bola sepak</b> – BorneoPost Online | Borneo , <b>Malaysia</b> <b>...</b> Posted: 11 Jul 2014 05:20 PM PDT Oleh Harry Ilias Pelantikan Sudarsono mendapat pelbagai reaksi KUCHING: Pelantikan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono Osman sebagai pengurus baharu skuad kebangsaan mendapat reaksi daripada pelbagai pihak di sini. Naib Presiden FAS, Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki melahirkan rasa bangga dan gembira dengan pelantikan Sudarsono sambil menyifatkan beliau wajar memegang jawatan tersebut. "Bagi FAS, kami amat berbangga dengan pelantikan Sudarsono sebagai pengurus skuad kebangsaan. Ini satu pengiktirafan terhadap usaha beliau selama ini dalam menaikkan sukan bola sepak di Sarawak. "Saya pasti, pelantikan beliau akan menaikkan semangat dan minat kalangan pemain muda di Sarawak untuk terus berusaha agar dapat mewakili negara," katanya di sini semalam. Sementara itu, Pemangku Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) Lucas Kalang Laeng turut menyuarakan rasa bangga dengan pelantikan Sudarsono sambil berharap beliau dapat membantu menaikkan mutu bola sepak kebangsaan. Presiden Persatuan Bola Sepak Miri (MiFA), Harifen Mansor pula menyifatkan Sudarsono calon tepat bagi membimbing skuad kebangsaan. Menurutnya, beliau mula mengenali Sudarsono sejak Naib Presiden FAM itu memegang jawatan presiden MiFA pada 1990 dan yakin beliau memiliki kewibawaan yang cukup tinggi mengendalikan skuad negara. "Ini satu pengiktirafan besar untuk orang Sarawak dan saya yakin Sudarsono mampu menjalankan tugas dengan baik membimbing skuad kebangsaan," katanya. Sementara itu, bekas pemain dan jurulatih Ngap Sayot, Pengiran Bala pula melihat pelantikan Sudarsono sebagai peluang untuk menaikkan mutu bola sepak Sarawak. "Kita cukup mengenali Sudarsono sebagai presiden yang sangat berkaliber dan komited dalam melaksanakan tugasnya. "Ini dapat dilihat semasa beliau membimbing FAS dan pelbagai kejayaan telah diraih oleh skuad bola sepak Sarawak," katanya. |
<b>Bola Sepak</b> : Persahabatan Antarabangsa : <b>Malaysia</b> lawan Tajikistan Posted: 01 Aug 2014 11:40 PM PDT ![]() ![]() Senarai 23 Pemain Skuad Senior Bolasepak Malaysia 2014 : Penjaga Gol : Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA), Farizal Marlias (Selangor FA), Khairul Azhan (Pahang FA) Pertahanan : Zubir Azmi (Terengganu FA), Muslim Ahmad (PDRM FA), Ronny Harun (Sarawak FA), Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Asraruddin Putra, Aidil Zafuan (JDT FC) Tengah : Baddrol Bakhtiar (Kedah FA), Badhri Radzi (Kelantan FA), Azamuddin Akil, Hafiz Kamal, R. Gopinathan (Pahang FA), S.Kunalan (Selangor FA), Safiq Rahim, Amri Yahyah (JDT FC), S. Chanturu (Sarawak FA). Penyerang : Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha (JDT FC), Fakri Saarani (Kelantan FA), Norfarhan Muhammad (Terengganu FA). |
You are subscribed to email updates from bola sepak malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment