Friday 22 August 2014

Bola sepak Malaysia ranking 155, FAM perlu tindakan drastik ...

<b>Bola sepak Malaysia</b> ranking 155, FAM perlu tindakan drastik <b>...</b>


<b>Bola sepak Malaysia</b> ranking 155, FAM perlu tindakan drastik <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2014 12:17 AM PDT

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 OGOS: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disaran untuk menjadikan Piala Malaysia yang baru bermula musim ini sebagai platform memilih pemain skuad Harimau Malaya.

Bekas Pengurus Pasukan Selangor, Zakaria Abd Rahim berkata, FAM perlu memastikan pemain yang menampilkan aksi meyakinkan sepanjang liga berlangsung dipilih bagi mewakili Malaysia dalam Piala Suzuki AFF 2014 akan datang.

harimau malaya 640 x 480Katanya, langkah itu penting agar barisan pemain berkualiti ditampilkan bagi melonjakkan kembali prestasi pasukan bola sepak negara seterusnya memperbaiki kedudukan dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"FAM perlu berani gugurkan pemain yang mungkin ternama tetapi tidak menampilkan aksi terbaik, pilih hanya pemain yang berkebolehan dan cergas dalam Piala Malaysia.

"Liga Malaysia inilah tempat yang perlu dilihat untuk mencungkil pemain, mana-mana kejohanan rujuk sahaja pada liga, bukan bersandarkan pada nama," katanya kepada Selangor Kini.

Beliau ditanya langkah perlu diambil FAM bagi memperbaiki kedudukan bola sepak negara yang berada pada kedudukan 155 dalam ranking terbaharu FIFA bulan ini.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia turun dua anak tangga untuk  berada di tangga kelima di belakang Filipina (128), Vietnam (139), Singapura (152) dan Indonesia (153) selain menurun tiga anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-29 daripada 46 negara Asia.

"Abaikan kedudukan dunia buat sementara ini tetapi fokus pada kedudukan Asia Tenggara ini, perbaiki melalui kejohanan AFF 2014 yang akan datang.

Zakaria"Dahulu kita setanding Jepun dan Korea tetapi sekarang Filipina daripada tiada apa pun dah melangkaui kita. Sesuatu mesti dilakukan," katanya lagi.

Singapura dan Vietnam akan menjadi tuan rumah bersama Piala Suzuki AFF 2014 yang dijadual berlangsung pada bulan Oktober nanti.

Zakaria berjaya memimpin pasukan Selangor menjadi naib juara piala FA dan Piala Malaysia pada 2008 serta muncul juara tiga piala iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih pada musim berikutnya.

EZY

No comments:

Post a Comment