Persatuan Pemain <b>Bola Sepak</b> Profesional <b>Malaysia</b> (PFAM) |
Persatuan Pemain <b>Bola Sepak</b> Profesional <b>Malaysia</b> (PFAM) Posted: 11 Aug 2014 12:38 AM PDT Persatuan ini sebenarnya telah lama wujud di Malaysia. Tujuan persatuan ini ditubuhakn sudah pasti untuk menjadi pembela dan payung kepada semua pemain bola sepak Malaysia. Pada Jun 2013, Hairuddin Omar dilantik sebagai presiden baru persatuan ini. Selain Hairuddin, turut terbabit dengan PFAM ialah dua lagi pemain ATM, Reezal Zambry yahya dan bekas kapten skuad kebangsaan, Shukor Adan. Reezal adalah Timbalan Presiden PFAM, manakala Shukor adalah exco persatuan itu, bersama dengan tiga lagi pemain, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safee Sali (Johor D-T) dan P Gunalan (PKNS Selangor). Dalam satu laporan akhbar baru-baru ini, Hairuddin meluahkan, ramai lagi sebenarnya pemain-pemain bola sepak Malaysia yang tidak menjadi ahli persatuan ini. Kebanyakkan ahlinya yang sedia ada sekarang pula, hanyalah di kalangan pemain-pemain kebangsaan. Apa pentingnya ber-persatuan ini? Sebenarnya, banyak fungsi persatuan. Pemain-pemain yang sudah menjadi ahli boleh menjadikan persatuan sebagai tempat rujukan jika terdapat sebarang masalah yang melibatkan kerjaya mereka ini. Contohnya, jika terdapat keraguan soal kontrak pemain, pemain boleh merujuk kepada persatuan untuk mendapatkan hak yang sewajarnya sebagai pemain. Menurut laman facebook Hairuddin Omar (Official fan page) , PFAM telah didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Langkah seterus menurut Hairuddin ialah ingin memohon menjadi ahli gabungan FAM. Bila sudah sah menjadi ahli gabungan, maka pemain bola sepak Malaysia akan secara automatiknya akan ada 'suara' di dalam mesyuarat FAM. Ketika ini, FAM hanya mempunyai 20 badan gabungan. Wakil dari 20 badan gabungan ini juga lah yang menentukan barisan kempimpina FAM setiap 4 tahun. Baca lanjut di Presiden FAM Ditentukan Oleh 39 Orang Sahaja ! PFAM perlu menambahkan bilangan ahlinya. Ini penting supaya nasib pemain bola sepak profesional Malaysia akan lebih terbela. Persatuan ini juga perlu bergerak lebih aktif. Membuat promosi tentang kewujudan persatuan ini supaya ramai pemain yang sedar kepentingan sebuah persatuan yang boleh membela dan menjaga hak-hak pemain. Jika adavpihak PFAM yang membaca blog ini dan ingin menjadikan Bola Daily sebagai medium menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti PFAM, kami amat berbesar hati.
Related | ||||||
Demam <b>Bola Sepak</b> Inggeris Bakal Bermula | University News Capital Posted: 08 Aug 2014 07:38 PM PDT Kurang seminggu lagi, rakyat Malaysia kebanyakannya bakal mengalami demam bola sekali lagi terutama Liga Perdana Inggeris musim 2014-15 bakal bermula. Liga Perdana Inggeris antara liga bola sepak berprestij di dunia kerana menempatkan pasukan terkenal, pemain terhebat, pengurus bijaksana. Malah kekuatan jenama turut membantu populariti liga tersebut. Tanyalah peminat bola sepak di serata pelusuk Bumi, pasti paling kurang mereka akan tonton liga Inggeris. Sedikit ringkasan sejarah, Liga Perdana Inggeris merupakan liga yang dibentuk oleh 20 pasukan divisyen teratas dalam negara England yang membentuk United Kingdom meskipun ada pasukan dari Wales. Dahulunya dikenali sebagai Liga Bola Sepak Divisyen Pertama. Pada awal 1990-an, kelab Divisyen Pertama mengambil keputusan untuk keluar dari Liga Bola Sepak untuk menubuhkan Liga Perdana sebagai badan berasingan. Namun begitu, kedua dua badan pentadbir liga masih terus berkerjasama memartabatkan bola sepak Inggeris. Liga Bola Sepak menguruskan Liga Kejohanan (Divisyen Dua), Liga Satu (Divisyen Tiga) dan Liga Dua (Divisyen Empat). Di bawah Liga Dua iaitu Sidang Bola Sepak Perdana (Divisyen Lima) dan Divisyen Enam ialah Sidang Bola Sepak Utara dan Selatan. Divisyen Lima dan Enam diuruskan oleh Sidang Bola Sepak. Lima divisyen teratas merangkumi keseluruhan negara England manakala divisyen enam ke bawah barulah dipisahkan mengikut wilayah lebih kecil.
Selepas ini penulis akan menyingkap kenapakah liga Inggeris amat digemari untuk ditonton rakyat kita. Waktu Malaysia dengan United Kingdom beza 8 jam (walaupun ada tempoh negara itu menggunakan 'Summer Time' yang menjadikan 7 jam) menjadi faktor mudah rakyat kita menontonnya. Perlawanan di sana paling awal bermula pada jam 12 tengah hari. Maka di Malaysia akan menjadi pada 8 malam iaitu waktu perdana di televisyen. Maka, penuhlah kebanyakan restoran di sekitar negara ini untuk menonton liga ini. Selain itu, media di negara kita amat memberikan liputan lebih mengenai liga Inggeris tidak kiralah akhbar, televisyen dan radio. Malah laman sosial di Internet amat sering memaparkan berita terkini mengenai liga ini. Termasuk juga beberapa tahun kebelakangan ini amat kerap pasukan liga Inggeris datang membuat perlawanan persahabatan dengan pasukan dari negara kita. Faktor ketiga iaitu faktor bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar itu sendiri. Malah bahasa Inggeris Malaysia banyak menggunakan perkataan dan istilah dari negara tersebut. Jika dibandingkan dengan liga Sepanyol dan Itali, amat sukar mendapat info mengenainya dari bahasa Inggeris. Jika ada sekalipun, pasti terma dan istilah amat sukar difahami. Seterusnya, kebanyakan rakyat Malaysia telah terdidik dengan liga Inggeris dengan liputan meluas atau pengaruh keluarga dan kawan. Ada pernah penulis jumpa anak muda menyokong Liverpool kerana pengaruh abangnya yang penyokong The Kops. Ada juga yang menyokong kelab lain kerana tidak menyukai kelab yang utama seperti Manchester United. Pelik bukan? Sedangkan rakyat Malaysia yang bukan lahir di Manchester. Faktor kelima iaitu keunikan liga Inggeris itu sendiri terutama Liga Perdana. Juara pun boleh ditentukan pada hari perlawanan terakhir liga. Seperti pada musim 2013-14 lalu. Manchester City hanya mampu berjaya menjulang kejuaraan pada hari terakhir apabila Liverpool gagal memanfaatkan peluang untuk menjadi juara. Malah saingan untuk ke kejohanan Liga Juara-Juara dan Liga Europa anjuran Konferendasi Bola Sepak Eropah (UEFA) pun sangat sengit. Apatah lagi untuk relegasi ke divisyen bawah. Persaingan divisyen bawah pun amat sengit dan mencabar. Faktor keenam ialah lambakan pemain berkelas dunia, taktikal menarik, kebijaksanaan percaturan pengurus serta kuasa kewangan kelab menjadi penarik.
Meskipun liga Inggeris menjadi tontonan rakyat kita, jangan terkejut bahawa tidak ramai rakyat kita menyokong pasukan England di pentas antarabangsa. Kebanyakan daripada mereka menyokong negara sekitar seperti Sepanyol, Itali, Jerman, Belanda dan Perancis. Lagi mengejutkan mereka tidak menonton sangat liga dari negara tersebut. Adakah liga Malaysia menerima kesan besar daripada kekuatan pengaruh liga Inggeris? Tidak sama sekali. Malah mereka memberikan sokongan kepada liga kita terutama pasukan negeri. Liga kita pun dianggap sebagai antara liga domestik terbaik di rantau Asia Tenggara selepas liga Indonesia dan Thailand. Ada juga laman web bola sepak antarabangsa membawakan berita mengenai liga Malaysia sebagai paparan. Sebagai konklusi, dalam keriuhan meminati liga Inggeris janganlah sampai melupakan liga tempatan. Sokonglah liga tempatan juga. Dalam pada itu, jagalah kelakuan dan adab dalam menonton bola sepak. Kurangkan provokasi dan banyakkan perbincangan ilmiah dan berfaedah. Budaya tidak baik di sana tidak perlulah dituruti yang mungkin menyalahi akhlak dan kesopanan masyarakat timur. Budaya baik dari sudut agama dan akhlak masyarakat kita haruslah diikut agar kita tidak ketinggalan dengan perubahan semasa. Tidak salah untuk menonton, cuma kita perlu mengawalnya agar tidak sia-sia. Ahmad Loqman Izzat merupakan penulis bebas menumpukan hal ehwal sukan sejagat. Berasal dari Terengganu tetapi membesar di Pahang. Merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Malaysia. Merupakan penulis tetap seksyen Sukan dalam untuk laman University News Capital. Mempunyai laman sendiri di Facebook iaitu, Sepakan Korner Ahmad Loqman Izzat (SKALI). |
You are subscribed to email updates from bola sepak malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Cari Player & Team Bola Malaysia /
ReplyDeleteCari Game Friendly bola sepak padang & futsal. =>
https://bola.pja.my